21/10/2026
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada SWCorp Negeri Sembilan dan SWCorp Cawangan Port Dickson atas penganjuran Program Jelajah Bandar Bersih Negeri Sembilan Peringkat Daerah Port Dickson.
Penganjuran program seumpama ini merupakan inisiatif yang baik dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran serta membudayakan amalan pengurusan sisa pepejal yang lebih bertanggungjawab.
SWM Environment sentiasa komited menyokong usaha berterusan ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan lestari demi kesejahteraan komuniti.
Persekitaran Bersih, Tanggungjawab Bersama!