JTNCP UTMKL

Directions Website

JTNCP UTMKL Selamat Datang ke Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur The Office of Asset and Development (OAD) was established on 27 December, 1973.

Its function was not only as the ‘provider’ for the maintenance for the University but was also responsible for the ongoing campus planning, development, upgrading, renovations, space and vehicle booking services. The office is divided into 5 divisions namely: Maintenance & Upgrading Division, Development Division, Contract Division, Services Division and Administration & Human Resource Division.The Maintenance and Upgrading Division is the largest division in terms of manpower and its scope of work.The division has 5 units which take care of all the aspects of maintenance concerning campus facilities, which include buildings, upgrading works, electrical and air-conditioning systems, water supply, waste management, infrastructures and landscaping. The Development Division is responsible for the planning of infrastructural facilities for UTM campus in order to meet the university requirements as well as the implementation of capital projects. At present, in the division there is a Project Unit which manages the construction of several projects under RMK9 budget amounting to nearly RM 1.0 billion. PHB02
The other unit which is the Planning unit manages the budget submission for RMK 10 projects which was submitted to the Higher Education Ministry in November 2009. The Contract Division is a new division established to be independent of other divisions to manage matters related to procurement and contractual. The Administration and Human Resource Division provides administrative support to the OAD. The Division oversees the administration, finance, human resources and public relations. It manages activities such as training, IT resources, preparation of financial statements, preparation of publications, despatching of documents, preparation of OAD internal space working facilities and office equipment rental. Another new division is the Services Division. The division is in charge of the Ecotourism Campus initiative, fleet booking, space booking, space rental, managing technical preparations for UTM official functions as well as provide other support services for events and activities organized by the UTM community.

Setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Dr. Rafidah binti Othman atas pelantikan sebagai Ketua Bahag...
01/10/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada Dr. Rafidah binti Othman atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian Pendanaan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur.

Berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2026 - 30 September 2028.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan pengurusan pendanaan serta memperluas peluang dan potensi sumber pendanaan bagi menyokong kelestarian dan pembangunan universiti.

Semoga terus dipermudahkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, serta berjaya menerajui Bahagian Pendanaan dengan penuh dedikasi, komitmen dan kecemerlangan.

Tahniah dan syabas!

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Siti Sophiayati Binti Yuhaniz, Ketua Bahag...
01/10/2026

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Siti Sophiayati Binti Yuhaniz, Ketua Bahagian Pendanaan, atas segala sumbangan, kepimpinan, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas di Bahagian Pendanaan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak menyumbang dalam menggerakkan usaha pendanaan dan endowmen, termasuk menyokong pelaksanaan inisiatif yang dapat memperkukuh sumber kewangan serta menyokong kelangsungan agenda pembangunan universiti. Komitmen, kesungguhan dan dedikasi yang dicurahkan dalam mengurus serta menjayakan pelbagai usaha pendanaan amat dihargai. Segala sumbangan, jasa dan khidmat bakti yang diberikan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga JTNC(P) UTMKL.

Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang telah dicurahkan terus menjadi kenangan yang bermakna. Didoakan agar sentiasa dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kejayaan serta terus cemerlang dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang digalas.

Berkuat kuasa 1 Oktober 2026

Dah lapar? Jom makan! Menu meriah, pilihan pun macam-macam! Nak makan berat? Nak kudap-kudap? Nak minum yang sedap?Semua...
30/09/2026

Dah lapar? Jom makan! Menu meriah, pilihan pun macam-macam! Nak makan berat? Nak kudap-kudap? Nak minum yang sedap?
Semua ada!

KINI BEROPERASI! 🎉
📍 Kafeteria Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kafeteria Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur kini dibuka untuk warga pelajar dan komuniti UTM Kuala Lumpur! Beberapa pengusaha kafeteria akan mula beroperasi bagi menyediakan pelbagai pilihan hidangan, makanan ringan dan minuman untuk warga kampus. Dimaklumkan bahawa Kafeteria Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur akan beroperasi secara berperingkat bermula pada 1 Oktober 2026 (Khamis), jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Senarai pengusaha kafeteria yang mula beroperasi:

1. Four Q Delight
2. Bustan Rizqi Enterprise
3. Seri Selera Catering

Jumpa kat sana! yang penting kena cuba tau....

🏆 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶-𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 (𝗔𝗣𝗖) 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 🏆24 September 2026, Khamis - ...
24/09/2026

🏆 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶-𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 (𝗔𝗣𝗖) 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 🏆

24 September 2026, Khamis - Citra Karisma, Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2026

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.
Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan atas komitmen, dedikasi, integriti dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun perkhidmatan.

🌿 Indah berseri bunga melati,
Harum mewangi di tepi laman;
Cemerlang bakti sepenuh hati,
Jadi inspirasi sepanjang zaman.

Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menyumbang kepada kecemerlangan UTM secara berterusan.

Buat warga JTNCP UTM Kuala Lumpur yang masih belum menerima APC, teruskan usaha, kekalkan semangat dan terus berikan yang terbaik.

Insya-Allah, one day, your time will come. 🌟

🌸 Mekar seroja di tengah taman,
Disusun indah di atas para;
Usaha dan doa teruskan berjalan,
Insya-Allah, tiba masa dan giliran kita.

Tahniah kepada semua penerima APC 2025.
Semoga terus cemerlang, terus menginspirasi dan terus menjadi kebanggaan UTM! 👏🏻

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗜𝗡 𝗗𝗢𝗕𝗜 𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗝𝗔𝗬𝗔, 𝗨𝗧𝗠 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥Peluang ...
22/09/2026

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗜𝗡 𝗗𝗢𝗕𝗜 𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗝𝗔𝗬𝗔, 𝗨𝗧𝗠 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Peluang untuk syarikat berpengalaman dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyertai Kontrak Penyelenggaraan Mesin Dobi Layan Diri di UTM Kuala Lumpur. Tawaran ini melibatkan penyelenggaraan 12 unit mesin dobi di Blok C, Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur dengan tempoh kontrak selama tiga (3) tahun.

📍 Lokasi: Blok C, Kolej Siswa Jaya (KSJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur

🗓️ Tarikh Tutup: 4 Oktober 2026 , Ahad

🔍 Syarikat yang berminat boleh mengemukakan dokumen permohonan lengkap kepada Unit Penjanaan, Seksyen Penjanaan, Bahagian Pemajuan Universiti, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur dalam tempoh yang ditetapkan.

Maklumat lanjut, syarat dan dokumen di pautan:
https://dvcdev.utm.my/advancement-kl/sewaan-komersial/

📞 Pertanyaan: 03-4819 9088

Unit Penjanaan, Bahagian Pemajuan Universiti (BPU), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

🏆🇲🇾 KITA JUARA DALAM APA JUA ACARA! 🇲🇾🏆Tahniah diucapkan kepada Mohd Firdaus bin Mansor daripada Pejabat Timbalan Naib C...
17/09/2026

🏆🇲🇾 KITA JUARA DALAM APA JUA ACARA! 🇲🇾🏆

Tahniah diucapkan kepada Mohd Firdaus bin Mansor daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Kuala Lumpur, atas kejayaan meraih Johan Pertandingan Sajak Kemerdekaan KESUMA 2026! 🥇🎉 KELAB Kesuma JTNCP

TAHNIAH JTNCP KL! Kita boleh, kita hebat, kita JUARA! 🏆🔥

TINGKATKAN KESEDARAN, UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYAJabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur t...
17/09/2026

TINGKATKAN KESEDARAN, UTAMAKAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Keselamatan Jalan Raya pada 10 September 2026 bertempat di Bilik Ilmuan 3, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.

Kursus ini memberi penekanan kepada kepentingan keselamatan jalan raya serta tanggungjawab setiap individu dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan ketika memandu dan menggunakan jalan raya. Pengisian kursus turut memberi perhatian kepada amalan pemanduan yang selamat dan berhemah, khususnya dalam kalangan pemandu kenderaan universiti yang bertanggungjawab mengendalikan bas dan kenderaan rasmi UTM, demi menjamin keselamatan penumpang, warga universiti serta pengguna jalan raya yang lain.

Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Azad Ab Rashid dan Ir. Ts. Mohd Hafiz bin Johari, Pegawai Penyelidik, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan dan kesedaran para peserta mengenai amalan keselamatan jalan raya serta membantu membentuk sikap pengguna jalan raya yang lebih berdisiplin, peka dan bertanggungjawab.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah serta semua peserta atas komitmen dan penyertaan sepanjang kursus berlangsung.

Keselamatan di jalan raya bermula dengan sikap dan tindakan kita.

🏆🇲🇾 KITA JUARA DALAM APA JUA ACARA! 🇲🇾🏆Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi semangat, usaha dan kekitaan yang memba...
16/09/2026

🏆🇲🇾 KITA JUARA DALAM APA JUA ACARA! 🇲🇾🏆

Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi semangat, usaha dan kekitaan yang membawa kita ke puncak! 💪🔥

Tahniah buat JTNCP UTM Kuala Lumpur atas kejayaan meraih Tempat Johan Sudut Patriotik KESUMA 2026! 🥇🎉 KELAB Kesuma JTNCP

Bila JTNCP bersatu, apa jua cabaran kita tempuhi — apa jua acara, kita tetap JUARA! 💪❤️💙💛

TAHNIAH JTNCP KL! Kita boleh, kita hebat, kita JUARA! 🏆🔥

🇲🇾 SATU JIWA, SATU NAMA — MALAYSIA! 🇲🇾AYUH! Kita semarakkan semangat patriotisme, eratkan perpaduan dan bersama-sama mel...
16/09/2026

🇲🇾 SATU JIWA, SATU NAMA — MALAYSIA! 🇲🇾

AYUH! Kita semarakkan semangat patriotisme, eratkan perpaduan dan bersama-sama melangkah memacu UTM ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

🌺 Bunga raya mekar berseri,
Jalur Gemilang berkibar megah;
JTNCP sehati, sejiwa berdiri,
UTM tercinta terus gagah!

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!

Daripada seluruh warga
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
UTM Kuala Lumpur

11 September 2026, Jumaat - Alhamdulilah, selesai Sesi Penyerahan Surat Jemputan kepada semua penerima Anugerah Perkhidm...
15/09/2026

11 September 2026, Jumaat - Alhamdulilah, selesai Sesi Penyerahan Surat Jemputan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 yang terdiri dari kalangan warga JTNC(P) UTM Kuala Lumpur, yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pentadbiran JTNC(P) UTM Kuala Lumpur, Pn. Nur Hakimi binti Karsono selaku wakil kepada JTNC(P) Induk.

Untuk makluman, sesi ini turut berlangsung secara atas talian bersama YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, yang telah juga menyampaikan ucapan dan penghargaan secara langsung kepada semua para penerima.

Tahniah buat semua penerima!
Your dedication, commitment & hard work truly deserve to be celebrated.

Kepada yang masih belum terpilih, jangan putus asa. Teruskan usaha, teruskan semangat dan berikan yang terbaik. Insya-Allah, akan sampai masanya nanti, kerana rezeki tak pernah salah alamat cuma menunggu masa untuk tiba.

Proud of you, JTNCP!
Keep shining & keep inspiring!

Address

UNIVERSITI TEKNOLOGI
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JTNCP UTMKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share