Gabungan Perbadanan Pengurusan Fasa 8 & 9 Bandar Baru Sentul

Gabungan Perbadanan Pengurusan Fasa 8 & 9 Bandar Baru Sentul Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gabungan Perbadanan Pengurusan Fasa 8 & 9 Bandar Baru Sentul, Community Center, Jalan 1/48A Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

1) Perbadanan Pengurusan Cemperling
2) Perbadanan Pengurusan Merak
3) Perbadanan Pengurusan Tiong
4) Perbadanan Pengurusan Kelicap
5) Perbadanan Pengurusan Serindit
6) Perbadanan Pengurusan Cenderawasih
7) Perbadanan Pengurusan Terkukur

15/11/2054-16/11/2024Blok 83 Tiong -Berikutan cuaca yang kerap hujan. Pihak pengurusan mendapati longkang di belakang bl...
14/12/2024

15/11/2054-16/11/2024
Blok 83 Tiong -

Berikutan cuaca yang kerap hujan. Pihak pengurusan mendapati longkang di belakang blok Tiong mengalami gangguan aliran air longkang menyebabkan berlaku takungan air. Setelah pemeriksaan dijalankan kontraktor pembersihan telah dilantik bagi membersihkan rumput dan semak di kawasan sekitar longkang. Selain itu, keutamaan diberikan pada kerja-kerja melancarkan aliran air longkang dan membuang halangan yang mengganggu aliran tersebut. Kerja siap dalam tempoh 2 hari. Pelbagai sampah am ditemui dan telah dikeluarkan. Arus aliran air longkang kembali lancar.

30/10/2024Blok 75 Kelicap -Pihak peengurusan menerima aduan mengenai lampu koridor yang malap. Oleh itu, pemeriksaan tel...
14/12/2024

30/10/2024
Blok 75 Kelicap -

Pihak peengurusan menerima aduan mengenai lampu koridor yang malap. Oleh itu, pemeriksaan telah dibuat selepas waktu bekerja dan setelah mengenalpasti mentol-mentol lampu yang tidak menyala serta malap. Juruteknik bangunan telah menukar mentol-mentol tersebut.

29/10/2024 Blok 75 Kelicap - Pejabat pengurusan mendapati lampu limpah di bahagian sisi blok 75 telah tidak menyala untu...
14/12/2024

29/10/2024
Blok 75 Kelicap -

Pejabat pengurusan mendapati lampu limpah di bahagian sisi blok 75 telah tidak menyala untuk beberapa waktu. Setelah pemetriksaan lampu tersebut didapati teelah rosak.Oleh itu, Pejabat Pengurusan mengambil inisiatif menukar lampu tersebut bagi keselesaan penduduk dan mengelakkan risiko kecurian berlaku.

29/10/2024Blok 85 Cenderawasih -Pihak pengurusan telah dimaklumkan mengenai lampu spotlight/limpah yang telah terpadam. ...
14/12/2024

29/10/2024
Blok 85 Cenderawasih -

Pihak pengurusan telah dimaklumkan mengenai lampu spotlight/limpah yang telah terpadam. Hasil pemeriksaan mendapati lampu telah terbakar. Oleh itu, penggantian telah dilakukan. Kawasan belakang blok yang menjadi laluan penduduk telah kembali terang.

29/10/2024Blok 79 Terkukur -Aduan telah diterima berkenaan lampu spotlight/limpah yang menghala ke kawasan tanah lapang ...
14/12/2024

29/10/2024
Blok 79 Terkukur -

Aduan telah diterima berkenaan lampu spotlight/limpah yang menghala ke kawasan tanah lapang telah terbakar di blok 79 Terkukur. Penggantian telah dilakukan bagi memudahkan penduduk.

22/10/2024 Blok 75 Kelicap & Blok 87 Merak -Pihak pengurusan telah menerima aduan berkenaan individu tertentu yang telah...
14/12/2024

22/10/2024
Blok 75 Kelicap & Blok 87 Merak -

Pihak pengurusan telah menerima aduan berkenaan individu tertentu yang telah melakukan aktiviti bercucuk tanam dan meletakkan barangan di kawasan tanah lapang berdekatan blok kediaman mereka. Aktiviti ini tidak dibenarkan kerana kawasan tersebut adalah di bawah hak milik DBKL serta untuk membendung aktiviti sebegini menjadi tidak terkawal.

Pemilik-pemilk petak yang telah menerima notis dari Pejabat pengurusan diberi masa 7 hari untuk mengembalikan tanah kepada keadaan asal (tanpa sebarang tanaman dan barangan peribadi) atau denda akan dikenakan. Pemilik-pemilik petak tersebut akur dan telah memberi kerjasama.

16/10/2024-18/10/2024Kakitangan Pejabat Pengurusan telah mengedarkan Notis Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2024 kepad...
14/12/2024

16/10/2024-18/10/2024

Kakitangan Pejabat Pengurusan telah mengedarkan Notis Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2024 kepada penduduk melalui kaedah serahan tangan bagi memastikan penduduk telah menerima notis tersebut. Selain itu, sedikit penerangan mengenai borang usul dan borang proksi turut di berikan. Manakala, bagi unit-unit yang tidak berpenghuni ketika edaran dilakukan, notis tersebut akan di tampal di hadapan pintu rumah.

13/10/2024Blok 85 Cenderawasih - Aduan telah diterima dari penduduk berkenaan ketiadaan lampu koridor pada waktu yangtel...
14/12/2024

13/10/2024
Blok 85 Cenderawasih -

Aduan telah diterima dari penduduk berkenaan ketiadaan lampu koridor pada waktu yangtelah ditetapkan. Pihak pengurusan diwakili oleh juruteknik bangunan telah hadir dan melakukan pemeriksaan. Didapati fius telah terpadam akibat hujan dan guruh yang telah berlaku pada waktu petang. Fius telah dihidupkan dan lampu di kawasan koridor serta tangga telah kembali menyala.

04/10/2024Pejabat Pengurusan CenderawasihPihak pengurusan telah mengadakan  mesyuarat bersama kakitangan pembersihan pad...
14/12/2024

04/10/2024
Pejabat Pengurusan Cenderawasih

Pihak pengurusan telah mengadakan mesyuarat bersama kakitangan pembersihan pada jam 4 petang bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan secara optimum dan untuk mengenalpasti permasalahan yang di hadapi oleh mereka dalam menjalankan tugasan seharian di kawasan blok yang telah ditetapkan.

07/10/2024Blok 87 Merak -Pihak pengurusan telah mendapati berlaku limpahan air pada tangki berdekatan rumah pam milik Bl...
14/12/2024

07/10/2024
Blok 87 Merak -

Pihak pengurusan telah mendapati berlaku limpahan air pada tangki berdekatan rumah pam milik Blok 87 Merak. Oleh itu, tindakan segera telah diambil dan kerja baikpulih dilakukan pada hari yang sama. Punca didapati akibat daripada injap pelampung tangki telah rosak menyebabkan air tidak dapat dihentikan. Setelah baikpulih selesai, injap tersebut kembali berfungsi dengan baik.

20/09/2024 -24/09/2024Pihak pengurusan telah mengeluarkan notis tuntutan bayaran tunggakan (LOD) kepada blok-blok yang b...
14/12/2024

20/09/2024 -24/09/2024

Pihak pengurusan telah mengeluarkan notis tuntutan bayaran tunggakan (LOD) kepada blok-blok yang berada di bawah seliaan ejen pengurusan melalui serahan tangan pintu ke pintu. Selain itu, kaedah ini diambil untuk mengenalpasti unit-unit yang didiami oleh penyewa dan pemilik unit.

26/09/2024 - 27/09/2024Blok 75 - KelicapPihak pengurusan telah melantik kontraktor bebas bagi melakukan kerja baik pulih...
03/10/2024

26/09/2024 - 27/09/2024
Blok 75 - Kelicap

Pihak pengurusan telah melantik kontraktor bebas bagi melakukan kerja baik pulih lampu koridor di tingkat 2,3 & 4. Kerja tersebut selesai dalam tempoh 2 hari.

Punca didapati kerana wayar asal lampu-lampu koridor di tingkat terbabit telah terbakar dan rosak. Oleh itu, wayar yang rosak telah diganti satu persatu. Fius lama bagi tingkat-tingkat berkenaan juga telah diganti baru.

Hasil pemeriksaan akhir mendapati lampu koridor di blok Kelicap telah menyala sepenuhnya.

Address

Jalan 1/48A Bandar Baru Sentul
Kuala Lumpur
51000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gabungan Perbadanan Pengurusan Fasa 8 & 9 Bandar Baru Sentul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share