Raudah Masjid Muadz Bin Jabal

Call Directions Contact the organization

Raudah Masjid Muadz Bin Jabal Komuniti Raudah Masjid Mu'adz Bin Jabal, Menyampaikan Info-Info aktiviti pengimarahan Masjid.

Assalammualaikum WBTKursus Asas Haji 1448H @ Masjid Mu'adz Bin Jabal 📌Minggu 4 : Rukun Haji : Niat Ihram, Wuquf & Tawaf ...
16/10/2026

Assalammualaikum WBT

Kursus Asas Haji 1448H @ Masjid Mu'adz Bin Jabal

📌Minggu 4 : Rukun Haji : Niat Ihram, Wuquf & Tawaf

📆 : 17 Oktober 2026

🕰️ 9.00 Pagi Hingga 1.00 Tengahari

✅Tiada bayaran yang akan dikenakan, Penyertaan adalah terbuka. Anak-anak kariah @ Luar Kariah juga dijemput menghadiri Kursus Asas Haji yang dibawakan oleh Tabung Haji ini.

✅ Untuk Menginfak & Mengikuti Perkembangan serta pengimarahan, sila ikuti pautan berikut:

https://linktr.ee/masjidmuadzbinjabal?utm_source=linktree_admin_share

Kami sentiasa menghargai sokongan anda kepada kami.

✨ HAFLAH AL-QURAN | MASJID MU’ADZ BIN JABAL ✨Hayati keindahan alunan ayat suci Al-Quran bersama para qari jemputan dalam...
16/10/2026

✨ HAFLAH AL-QURAN | MASJID MU’ADZ BIN JABAL ✨

Hayati keindahan alunan ayat suci Al-Quran bersama para qari jemputan dalam suasana pagi yang penuh ketenangan.

Masjid Mu’adz Bin Jabal mengundang seluruh muslimin dan muslimat ke Haflah Al-Quran yang menampilkan:

🎙️ Ustaz Cik Hasnul Taqiyuddin
🎙️ Ustaz Husaini Mahmur
🎙️ Ustaz Aiman Ridhwan

📅 Tarikh: 18 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ Masa: Selepas solat Subuh
📍 Tempat: Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur

📖 Pengisian: Alunan Al-Quran, tadabbur dan sesi soal jawab.

✅ Masuk percuma
🍽️ Jamuan disediakan
👥 Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Ayuh hadir untuk solat Subuh berjemaah dan terus bersama kami dalam majlis ini. Bawa keluarga, ajak sahabat dan kongsikan jemputan ini agar lebih ramai dapat turut serta.

“ Mengimarahkan Masjid, Menyatukan Ummah ”

❇️ Untuk menginfaq dan mengikuti perkembangan dan pengimarahan, sila ikuti pautan berikut :-

https://linktr.ee/masjidmuadzbinjabal...

Sekian, harap maklum dan terima kasih

PROGRAM MU’ADZ TO CORPORATE & IPTBEKERJA SEBAGAI IBADAH: MEMBINA INTEGRITI, AMANAH DAN KEBERKATAN DALAM KERJAYAAssalamua...
16/10/2026

PROGRAM MU’ADZ TO CORPORATE & IPT
BEKERJA SEBAGAI IBADAH: MEMBINA INTEGRITI, AMANAH DAN KEBERKATAN DALAM KERJAYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang penuh keberkatan, 16 Oktober 2026 bersamaan 05 Jamadilawal 1448H, Masjid Mu'adz Bin Jabal melalui inisiatif Mu'adz To Corporate & IPT telah mengadakan program dakwah dan perkongsian ilmu bertempat di Maybank Cawangan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi ini telah menampilkan penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Us. Fekri Abidin Bin Hassan, yang menyampaikan ceramah bertajuk:

“Bekerja Sebagai Ibadah: Membina Integriti, Amanah dan Keberkatan dalam Kerjaya.”

Pengisian ceramah ini memberikan penekanan terhadap kepentingan menjadikan pekerjaan sebagai satu bentuk ibadah, di samping memupuk nilai integriti, amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas seharian demi memperoleh keberkatan serta keredaan Allah SWT.

Pihak Masjid Mu'adz Bin Jabal ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Maybank Cawangan Taman Setiawangsa atas kesudian menerima kunjungan serta memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan hubungan antara institusi masjid dengan warga korporat, di samping menyemarakkan budaya kerja yang berteraskan nilai-nilai Islam.

“Mengimarahkan Masjid, Menyatukan Ummah”

❇️ Untuk menginfaq dan mengikuti perkembangan dan pengimarahan, sila ikuti pautan berikut :-

https://linktr.ee/masjidmuadzbinjabal...

Sekian, harap maklum dan terima kasih

🎓 MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN POKET SISWA 2026Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Alhamdulillah, pada 15 Oktober ...
16/10/2026

🎓 MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN POKET SISWA 2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, pada 15 Oktober 2026 (Khamis), Majlis Penyerahan Sumbangan Poket Siswa telah berlangsung sejurus selepas Majlis Bacaan Yasin.

Sebanyak RM12,000.00 telah diagihkan kepada 40 para penerima bantuan Poket Siswa yang berdaftar di bawah Khairat Kesejahteraan sepanjang tahun ini.

Poket Siswa merupakan salah satu insentif daripada skim Khairat Kesejahteraan yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan para pelajar, khususnya dalam menampung keperluan kewangan pengajian mereka. Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya serta menjadi pendorong kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan sumbangan bagi menjayakan inisiatif kebajikan ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang dihulurkan mendapat keberkatan serta ganjaran pahala daripada Allah SWT. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

❇️ Untuk menginfaq dan mengikuti perkembangan dan pengimarahan, sila ikuti pautan berikut :-

https://linktr.ee/masjidmuadzbinjabal...

Sekian, harap maklum dan terima kasih

Assalammualaikum WBT📆16/10/2026, Jumaat⏰ 12.30 Tengah Hari👤 Habib Nael Ben Taher📙 Kitab Qabasin Nurul Mubin 🕌 Dewan Sola...
16/10/2026

Assalammualaikum WBT

📆16/10/2026, Jumaat
⏰ 12.30 Tengah Hari
👤 Habib Nael Ben Taher
📙 Kitab Qabasin Nurul Mubin
🕌 Dewan Solat Utama MMBJ

❇️ Untuk menginfaq dan mengikuti perkembangan dan pengimarahan, sila ikuti pautan berikut :-

https://linktr.ee/masjidmuadzbinjabal...

Sekian, harap maklum dan terima kasih

SOLAT JUMAAT D' MU'ADZ 🕌16 Oktober 2026 M05 Jamadilawal 1448 H👤 Khatib & Imam : Ustaz Mohd Faizal Bin Malik👤 Muazzin : U...
16/10/2026

SOLAT JUMAAT D' MU'ADZ 🕌
16 Oktober 2026 M
05 Jamadilawal 1448 H

👤 Khatib & Imam : Ustaz Mohd Faizal Bin Malik
👤 Muazzin : Ustaz Abdul Haris Bin Mohamad
📖 Tajuk Khutbah :Akidah Terpelihara, Umat Sejahtera

ℹ️ Sunnah Hari Jumaat ;

* Membaca Surah Al Kahfi
* Memperbanyakkan Selawat & Doa
* Mandi sebelum Jumaat
* Datang Ke Masjid lebih awal
* Memakai pakaian terbaik
* Menggunakan minyak wangi
* Bersiwak & Memotong kuku
* Diam & Mendengar khutbah

Assalamualaikum WBT." Barang siapa yang bersedekah pada hari Jumaat, selepas Subuh dan sebelum Solat Jumaat, Allah akan ...
16/10/2026

Assalamualaikum WBT.

" Barang siapa yang bersedekah pada hari Jumaat, selepas Subuh dan sebelum Solat Jumaat, Allah akan gandakan kebaikannya dan berkati rezekinya. ” (Hadis Riwayat Ahmad)

Jom infakkan sedikit harta di jalan Allah.

Assalamualaikum WBT📚 KULIAH MAGHRIB📆 14/10/2026 | Rabu⏰ Selepas Solat Maghrib👤 Ust Dr Puzhi Usop📙 3 Jenis Amalan🕌 Dewan ...
14/10/2026

Assalamualaikum WBT

📚 KULIAH MAGHRIB
📆 14/10/2026 | Rabu
⏰ Selepas Solat Maghrib
👤 Ust Dr Puzhi Usop
📙 3 Jenis Amalan
🕌 Dewan Solat Utama MMBJ

❇️ Untuk menginfaq dan mengikuti perkembangan dan pengimarahan, sila ikuti pautan berikut :-

https://linktr.ee/masjidmuadzbinjabal...

Sekian, harap maklum dan terima kasih

Address

Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa
Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60342565417

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raudah Masjid Muadz Bin Jabal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Raudah Masjid Muadz Bin Jabal:

Shortcuts

Sponsored

Share