Majlis Belia Kawasan Segambut

Call Directions Website

Majlis Belia Kawasan Segambut MBK Segambut telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Majlis Belia Kawasan Segambut (MBK) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di Kawasan Segambut yang berpandukan dibawah Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MBWP). Penubuhan rasmi MBM adalah pada 25 Jun 2007 apabila Perlembagaan Majlis Belia Kawasan diterima dan Sdr. Bahtiar bin Adnan telah terpilih sebagai Pengerusi yang pertama. MBK Segambut juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kawasan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan seluruh golongan belia dan pertubuhan/persatuan diperingkat Kawasan yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBK Segambut juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

⚽️ Pertandingan Sepakan Penalti Belia 4B Segambut 2026 πŸ†Khas untuk Kaki Bola❗️Gerakan Belia 4B Kawasan Segambut & 1st In...
13/10/2026

⚽️ Pertandingan Sepakan Penalti Belia 4B Segambut 2026 πŸ†

Khas untuk Kaki Bola❗️
Gerakan Belia 4B Kawasan Segambut & 1st International Soccer Academy akan menganjurkan Pertandingan Sepakan Penalti Belia 4B Segambut 2026 pada :-

πŸ“† - 17/10/2026 (Sabtu)
⏰ - 8:00 pagi
πŸ’Έ - RM80/Pasukan
πŸ“ - Padang Menjalara 62B KL (Home of FISA)

🎁 Hadiah :-
πŸ₯‡ RM 1000
πŸ₯ˆ RM 500
πŸ₯‰ RM 300
πŸ… RM 200

Pada yang berminat untuk turut serta boleh scan QR atau klik Link dibawah untuk pendaftaran ‡️‡️‡️
https://forms.gle/2nCPvB7TVgAoEKDg7

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
☎️ 019-3656375



Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan Majlis Belia Kawasan Segambut Tahun 2026Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara ...
10/10/2026

Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan Majlis Belia Kawasan Segambut Tahun 2026

Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara KL
27 Sept 2026

Setinggi tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh perwakilan Majlis Belia Kawasan Segambut yang terdiri daripada badan gabungan Gerakan Belia 4B, YMM, GPMS, MIYC dan Pengakap Laut bagi menunaikan kewajiban.

Majlis Perasmian bagi Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan Majlis Belia Kawasan Segambut Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Ybrs Puan Norfaridah Binti Mohamed Zainudin, Pengerus DBKL Pejabat Cawangan Segambut.

Turut hadir bersama Ybrs Puan Juwairiah Binti Mohd Zain, Pegawai Belia dan Sukan kawasan Kepong/Segambut dan juga mantan mantan Pengerusi Majlis Belia Kawasan Segambut yang terdahulu.

Di Doa kan agar Majlis Belia Kawasan Segambut terus maju jaya sekaligus dapat melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.



πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ JOM MASUK BELIA β€” SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN 2026! πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡ΎAyuh warga Segambut dan sekitarnya! Kita raikan semangat kemerd...
27/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ JOM MASUK BELIA β€” SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN 2026! πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh warga Segambut dan sekitarnya! Kita raikan semangat kemerdekaan dalam suasana santai, meriah dan penuh kebersamaan bersama keluarga, belia serta komuniti setempat.

Pelbagai acara menarik menanti anda:

🎨 Pertandingan Mewarna | πŸ‘— Pertandingan Pakaian Kemerdekaan Kanak-kanak | πŸ•Ί Pertandingan Pakaian Terbaik Dewasa | 🎬 Tayangan Wayang Pacak | 🎀 Karaoke Lagu Patriotik | πŸŽͺ Permainan Soopa Doopa | πŸ– BBQ Santai | 🎁 Cabutan Bertuah β€” 30 hadiah menarik menanti! | 🀝 Reruai β€œJom Masuk Belia” | πŸŽ† Pertunjukan Bunga Api | πŸ‡²πŸ‡Ύ Nyanyian Lagu Negaraku & Ikrar Rukun Negara

πŸ“… 30 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 malam hingga selesai
πŸ“ Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Segambut, Kuala Lumpur
πŸ‘˜ Tema Pakaian: Busana Zaman-berzaman

Semua badan gabungan Majlis Belia Kawasan Segambut turut dialu-alukan hadir bersama ahli serta membawa bunting atau banner pertubuhan masing-masing.

Datang bersama keluarga dan sahabatβ€”kita meriahkan malam penuh warna, hadiah serta semangat anak muda Malaysia! β€οΈπŸ’™πŸ’›

MALAYSIA MADANI : KESEJAHTERAAN DINIKMATI
KENALI β€’ SERTAI β€’ BERSAMA BELIA

Majlis Belia Kawasan (MBK) Segambut berbesar hati bersama sebagai Rakan Strategik dalam menjayakan Majlis Tahlil Negaraw...
11/08/2026

Majlis Belia Kawasan (MBK) Segambut berbesar hati bersama sebagai Rakan Strategik dalam menjayakan Majlis Tahlil Negarawan 2026.

Sebuah usaha murni mengenang jasa, menitip doa dan meneruskan amanah para negarawan terdahulu. πŸ€²πŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terima kasih Pertubuhan Perdana Nasional

πŸ“’ JOM SERTAI 2 KAJI SELIDIK BELIA SEGAMBUT 2026Majlis Belia Kawasan Segambut mempelawa semua belia berumur 15–30 tahun y...
07/07/2026

πŸ“’ JOM SERTAI 2 KAJI SELIDIK BELIA SEGAMBUT 2026

Majlis Belia Kawasan Segambut mempelawa semua belia berumur 15–30 tahun yang tinggal, belajar atau bekerja di Segambut untuk menyertai dua kaji selidik berikut:

🧠 Kesejahteraan Mental & Kesejahteraan Sosial Belia
πŸ”— https://forms.gle/vBZLrBbtzC7gbFQG6

πŸͺ Pemerkasaan Ekosistem Keusahawanan Belia & Kemudahan Sewaan Ruang Perniagaan
πŸ”— https://forms.gle/24F8ZzeB8dwS6EoL7

⏱️ Hanya 3–5 minit bagi setiap kaji selidik.

πŸ“Š Maklum balas anda akan dijadikan data primer bagi penyediaan usul Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Kawasan Segambut 2026.

Suara anda, asas kepada perubahan. Terima kasih atas penyertaan dan sokongan anda! πŸ™

Jamuan Aidilfitri Terlajak Raya 2026Auditorium Pejabat DBKL Cawangan Segambut, Kuala Lumpur21 April 2026Sempena bulan Sy...
05/06/2026

Jamuan Aidilfitri Terlajak Raya 2026

Auditorium Pejabat DBKL Cawangan Segambut, Kuala Lumpur
21 April 2026

Sempena bulan Syawal yg mulia, Majlis Belia Kawasan Segambut telah berkesempatan menganjurkan Jamuan Aidilfitri bagi meraikan badan badan gabungan dan mantan kepimpinan Majlis Belia Kawasan Segambut serta rakan rakan belia yang lain

Jamuan ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ybrs En Sabran Bin Abd Bahar dan Pegawai Pegawai PBSK Kepong / Segambut Official

Terima kasih pada semua jemputan yg sudi singgah memeriahkan majlis kami ini dan di Doakan moga silaturrahim bersama terus harmoni.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 πŸŒ™Dalam kesederhanaan, kita temui makna. Dalam keheningan, kita belajar memaa...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 πŸŒ™

Dalam kesederhanaan, kita temui makna. Dalam keheningan, kita belajar memaafkan.
Raya bukan sekadar perayaan tetapi tentang kemaafan, kebersamaan dan kasih yang sentiasa hidup dalam hati.

Semoga Syawal ini membawa ketenangan, keikhlasan dan hubungan yang lebih erat 🀍
Maaf Zahir & Batin

Tulus Ikhlas Daripada :
Pengerusi, Kepimpinan dan Warga
Majlis Belia Kaw. Segambut

Salam Ramadhan Al MubarakSelamat menunaikan ibadah puasaMoga segala usaha amalan kita di bulan mulia ini diterima dan di...
24/02/2026

Salam Ramadhan Al Mubarak
Selamat menunaikan ibadah puasa
Moga segala usaha amalan kita di bulan mulia ini diterima dan diberkati oleh NYA


Gong Xi Fa CaiXin Nian Kuai LeSelamat Tahun Baru Cina 2026Semoga tahun baru ini membawa tuah, kegembiraan dan kebaikan k...
17/02/2026

Gong Xi Fa Cai
Xin Nian Kuai Le
Selamat Tahun Baru Cina 2026
Semoga tahun baru ini membawa tuah, kegembiraan dan kebaikan kepada kita semua.


Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Belia Segambut 202615 Februari 2026Padang Arkib Negara MalaysiaGerakan Belia 4B Segamb...
17/02/2026

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Belia Segambut 2026

15 Februari 2026
Padang Arkib Negara Malaysia

Gerakan Belia 4B Segambut dan Majlis Belia Kawasan Segambut telah selesai menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9’s Belia Segambut 2026 dengan jayanya.

Pertandingan ini telah disertai oleh 12 pasukan yang sangat hebat dan padu bagi merebut kejuaraan edisi pertama kali ini. Kesemua pemain telah mempamerkan kebolehan individu yang luar biasa dan menunjukkan semangat kesukanan tinggi.

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Kamarudin Bin Haji Hasan, Timbalan Presiden KLFA merangkap EXCO FAM

Tahniah pada pemenang. Bagi pasukan yang kurang bernasib baik kita jumpa lagi di pertandingan akan datang.

Berikut adalah keputusan rasmi :
Juara - Warisan FC
Naib Juara - SKRZ FC A
Ketiga - Sinarian
Keempat - 4B Titiwangsa Allstar
Best Player - Warisan FC
Best Goalkeeper - Warisan FC



Address

Menara Tkss, Jalan Segambut
Kuala Lumpur
51200

Telephone

+60133563986

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Kawasan Segambut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share