Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia - NSD

Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia - NSD Namun, sejak kebelakangan ini, pelbagai organisasi ditubuhkan bertujuan membantu warga pekak mengatasi kelemahan mereka. Dr. R.

Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia (NSD) telah didaftarkan pada tahun 1961 sebagai badan bukan kerajaan yang dikecualikan daripada cukai tempatan dengan tujuan memperbaiki taraf hidup warga pekak Malaysia. Ini membuka ruang bagi NSD menumpukan perhatian mereka terhadap isu bagaimana kanak-kanak pekak dapat dibantu dalam mempelajari bahasa ibunda (bertulis.bertutur) sebagai bahasa utama. Orin Corn

ett mencipta Pertuturan Kiu dalam tahun 1967 dengan tujuan membantu kanak-kanak pekak Amerika membaca gerak bibir dalam bahasa Inggeris. Cara pertuturan ini adalah dengan menggunakan pergerakan tangan yang membawa maksud (kiu) tertentu. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dalam pembacaan gerak bibir. Sayangnya, dengan sifat keunikan Bahasa Inggeris, pertuturan Kiu tidak mencapai pencapaian seperti yang diharapkan semasa penggunaannya di Amerika dan juga di negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Dalam tahuan 1988, NSD menjalankan satu projek bagi memastikan pertuturan Kiu Bahasa Malaysia (PKBM) boleh digunakan dengan jayanya di negara ini berbanding dengan Negara barat yang berbahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda. Ternyata kaedah PKBN ini boleh digunakan secara efektif oleh ibu bapa dengan anak pekak mereka untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia di rumah. Kaedah ini juga mendapati kanak-kanak pekak yang beragama Islam boleh diajar berdoa serta membaca Bahasa Arab dan mengaji Al-Quran. Dengan adanya kemudahan untuk berkomunikasi di rumah menggunakan kaedah ini,kanak-kanak pekak tidak lagi berasa terasing atau berasa ketinggalan secara intelek mahupun dalam pergaulan social. Pertuturan Kiu meningkatkan martabat hidup kanak-kanak pekak ini seperti kanak-kanak lain yang sempurna pendengarannya. Perkembangan Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia

Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia (PKBM) diadaptasikan oleh Encik Tan Chin Guan dengan bantuan Dr R Orin Cornett sendiri pada tahun 1982. Encik Tan yang merupakan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia bertemu dengan Dr Cornett semasa menghadiri seminar antarabangsa berkaitan cacat pendengaran di Universiti Gallaudet, Amerika Syarikat. Setelah meneliti keunikan dan keberkesanan Pertuturan Kiu, Encik Tan yakin dan percaya andainya Bahasa Melayu digunakan dengan kaedah Pertuturan Kiu, ianya pasti dapat membantu golongan cacat pendengaran di Malaysia menguasai bahasa Melayu. Sekembalinya dari Amerika, Encik Tan mula memperkenalkan kaedah ini kepada beberapa ibubapa yang mempunyai anak cacat pendengaran. Bertempat di rumah beliau sendiri, Encik Tan dan isteri, Dr Dora menggunakan pertuturan kiu sebagai kaedah intervensi awal untuk anak-anak istimewa tersebut. Pada tahun 1988, Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia dengan rasminya memulakan kaedah pertuturan kiu untuk mengajar kanak-kanak cacat pendengaran di premis yang ada pada hari ini. Kepercayaan dan keyakinan ibubapa akan keberkesanan kaedah ini bagi membantu anak-anak pekak mereka tidak menjadi bisu menjadi sebab utama pusat ini terus kekal dan berkembang hingga hari ini. PKBA direka untuk memberi peluang kepada setiap individu cacat pendengaran serta guru-guru mereka untuk mengaji Al-Quran dengan suara yang kuat. Ia dicipta sebagai alat untuk memberitahu kanak-kanak tersebut akan perbezaan bunyi pertuturan dalam Bahasa Arab. PKBA menawarkan satu kelebihan ketara jika dibandingkan dengan bahasa isyarat: ia menawarkan kepada golongan cacat pendengaran sebutan perkataan Bahasa Arab yang tepat jika dibandingkan dengan penggunaan bahasa isyarat untuk perkataan tersebut. Dalam projek ini, modul PKBA yang merangkumi kaedah-kaedah dan contoh-contoh untuk menyebut kesemua konsonan dan vokal dalam Bahasa Arab, sehingga dapat mengaji Al Quran, akan didokumentasikan. Pertuturan Kiu Dalam Bahasa Arab (PKBA) akan dibuat berlandaskan prosedur-prosedur yang telah digariskan oleh Tan mengikut format Pertuturan Kiu dalam Bahasa Melayu (Cued Speech in Malay) dan Pertuturan Kiu dalam Bahasa Inggeris. Konsonan dan vokal PKBA akan mengikut cara yang dipraktikkan kini di Pusat Pertuturan Kiu, Kampung Pandan. Walau bagaimanapun, senarai tersebut akan diteliti, disempurnakan dan disahkan oleh pihak berkuasa tertentu apabila projek ini sudah bermula. Fardu Ain Bagi Golongan Islam Cacat Pendengaran (FAICP1 @ FADM1) direka untuk memberi satu sumber kepada setiap individu yang cacat pendengaran serta guru-guru mereka untuk belajar dan berlatih dengan efektif cara melaksanakan ibadah-ibadah wajib seseorang yang beragama Islam walaupun kurang berupaya. FADM1, yang akan tertumpu terutamanya kepada perlaksanaan wuduk dan solat, akan mengandungi latihan sebutan bagi ayat-ayat yang wajib dalam solat seperti membaca takbir, surah Al-Fatihah, tahiyat, salam dsb. Pembacaan ayat-ayat ini dapat dilakukan oleh golongan cacat pendengaran melalui latihan dan intervensi mengikut kursus PKBA. FADM1 menawarkan satu kelebihan berbanding bahasa isyarat tradisi: ia membolehkan golongan cacat pendengaran untuk menunaikan solat mereka seperti insan-insan biasa tanpa memerlukan penterjemahan ayat-ayat tersebut kepada isyarat. FADM1 akan dibentuk berdasarkan buku-buku keluaran Kementerian Pendidikan tentang melatih kanak-kanak Islam untuk menunaikan solat. Manfaat PKBM Untuk Kanak-Kanak Cacat Pendengaran



Kanak-kanak pekak yang menggunakan cara Pertuturan Kiu mampu mencapai kemahiran membaca, menulis dan mengira sepertimana rakan sebaya yang normal. Kanak-kanak yang telah cekap menggunakan PKBM secara tidak langsung mengetahui tentang struktur fonetik setiap perkataan. Ini akan dapat membantu mereka menguasai bahasa Inggeris atau laian-laian bahasa kedua sama ada secara bertulis atau bertutur. PKBM Dan Kanak-Kanak Cacat Pendengaran

Walaupun kanak-kanak cacat pendengaran tidak dapat mendengar butir pertuturan dengan jelas, PKBM menjamin penerimaan dan pemahaman sesuatu bahasa. Untuk itu, penguasaan bahasa mereka tidak terjejas oleh sebutan yang kurang terang. Tambahan p**a, mereka sentiasa menyebut setiap perkataan yang diucap dan mengkiunya serentak. Kanak-kanak ini juga sentiasa digalakkan agar boleh memperbaiki sebutan mereka. Jelas kini, PKBM boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang dapat membantu penguasaan bahasa dan kemahiran bertutur kanak-kanak cacat pendengaran (sama ada yang sederhana ataupun yang teruk). Sekiranya PKBM digunakan, ia juga memanfaatkan kanak-kanak da dalam sesi terapi pertuturan mereka.

COUNCIL MEETING PERSATUAN KEBANGSAAN PEKAK MALAYSIA (NSD)Mesyurat pertama pada tahun 2026, dijalankan secara hibrid iait...
11/01/2026

COUNCIL MEETING PERSATUAN KEBANGSAAN PEKAK MALAYSIA (NSD)

Mesyurat pertama pada tahun 2026, dijalankan secara hibrid iaitu secara fizikal dan online.

Diantara utama yang dibincangkan ialah :-

1] Persediaan sesi persekolahan 2026
2] Update geran dan one off payment yang diterima pada tahun 2023, 2024 & 2025
3) Laporan Aktiviti SPK Pertuturan Kiu pada 2025
4] Draft Audited Account 2024
5] Cadangan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 5 April 2026
6) Lain-lain hal

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1446H SPK PERTUTURAN KIU
12/04/2025

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1446H SPK PERTUTURAN KIU

02/03/2025

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1446H

TINGKATKAN IBADAH
KURANGKAN JUADAH
TAMBAHKAN SADAQAH

BENGKEL REHABILITASI AURAL DI SPK PERTUTURAN KIU22 FEBRUARI 2025 SABTU
02/03/2025

BENGKEL REHABILITASI AURAL DI SPK PERTUTURAN KIU

22 FEBRUARI 2025 SABTU

02/03/2025
01/03/2025

PENGAMBILAN MURID BARU UNTUK PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 SESI 2025 - 2026 MASIH DIBUKA

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH Program CSR anjuran TH Properties telah dihadiri oleh tetamu utama iaitu Group CEO En Mohd Is...
26/02/2025

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH

Program CSR anjuran TH Properties telah dihadiri oleh tetamu utama iaitu Group CEO En Mohd Ismadi bin Ishak dan En Amri Shaari, Head of Operations & Projects

Terima kasih di atas sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada SPK Pertuturan Kiu.

Address

25A, Jalan Kampung Pandan
Kuala Lumpur
55000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia - NSD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share