Masjid Abu Hurairah Kg Batu, Batu 5, Jln Ipoh, KL

Call Directions Website Contact the organization

Masjid Abu Hurairah Kg Batu, Batu 5, Jln Ipoh, KL Kg Batu, Batu 5, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur Email:[email protected]
No. Whatsapp: 014-3005044

*MISI PRIHATIN PARLIMEN BATU: MUAFAKAT TIGA INSTITUSI RINGANKAN BEBAN GOLONGAN ASNAF**BATU, 26 Ogos 2026 (RABU)* : Rutin...
26/08/2026

*MISI PRIHATIN PARLIMEN BATU: MUAFAKAT TIGA INSTITUSI RINGANKAN BEBAN GOLONGAN ASNAF*

*BATU, 26 Ogos 2026 (RABU)* : Rutin bulanan serta menzahirkan iltizam jitu dalam memelihara kebajikan ummah di _Hutan Besi_, Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Batu bersama Masjid Abu Hurairah Batu 5 dan Surau Jumaat Al-Hidayah PPR Taman Wahyu melangkah bergandingan menerusi penganjuran Program Ziarah Kasih Asnaf.

Hasil kerjasama erat tiga entiti berkenaan, misi kemanusiaan ini berjaya menjejak serta menyantuni enam (6) buah keluarga di PPR Taman Wahyu. Rata-rata mereka kini mendambakan sokongan akibat ujian kesihatan kritikal, cabaran melunaskan sewa rumah, dan kelangsungan hidup yang makin menghimpit.

Kunjungan ini bukan sekadar aktiviti rutin bulanan, malah menjadi wadah menyelami denyut nadi warga setempat. Rombongan ziarah mengambil kesempatan mendengar sendiri luahan hati dan kisah perjuangan setiap keluarga dengan penuh rasa empati.

Bagi meringankan beban serta-merta, pihak MAIWP mendedikasikan Kit Ziarah berisi barangan keperluan asas, di samping huluran sumbangan tunai daripada pihak Masjid Abu Hurairah. Pemantauan dan penilaian lanjut turut dilaksanakan di lokasi bagi menyalurkan bantuan susulan yang bersesuaian, khususnya melibatkan sokongan Bantuan Perubatan, Bantuan Sewa Rumah, dan Bantuan Sara Hidup.

Penglibatan aktif komuniti dan agensi zakat ini membuktikan institusi Islam sentiasa utuh menjadi 'payung perlindungan' buat mereka yang memerlukan. Kerjasama seumpama ini diharap terus menyemarakkan budaya prihatin agar tiada insan yang keciciran.

Setinggi-tinggi penghargaan dititipkan buat seluruh pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). Berkat keprihatinan anda, ukiran senyuman dan sinar harapan dapat dikembalikan kepada mereka yang memerlukan. Semoga usaha murni ini sentiasa diberkati Allah SWT.

*SEKIAN*
*PAZA BATU*

SELAMAT DATANG KE MASJID ABU HURAIRAH, KG. BATUDengan penuh rasa syukur dan sukacita, pihak Masjid Abu Hurairah, Kg. Bat...
26/08/2026

SELAMAT DATANG KE MASJID ABU HURAIRAH, KG. BATU

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, pihak Masjid Abu Hurairah, Kg. Batu mengalu-alukan kehadiran:

Ustaz Ibnuzzaman bin Hasan
Ketua Imam Masjid Abu Hurairah, Kg. Batu

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 26 Ogos 2026.

Semoga kehadiran dan kepimpinan Ustaz Ibnuzzaman dapat membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta bersama-sama mengimarahkan masjid dan membimbing masyarakat ke arah kebaikan dan keredaan Allah SWT.

Selamat datang dan selamat menjalankan amanah.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Daripada:
Pihak Pengurusan & Jawatankuasa Kariah
Masjid Abu Hurairah, Kg. Batu

22/08/2026
22/08/2026
Laporan program gotong royong basmi aedes Masjid Abu HurairahAlhamdulillah hari ahad 16 ogos 2026 bersamaan hari ahad sa...
17/08/2026

Laporan program gotong royong basmi aedes Masjid Abu Hurairah

Alhamdulillah hari ahad 16 ogos 2026 bersamaan hari ahad satu program gotong royong basmi aedes telah berjaya dilaksanakan di Masjid Abu Hurairah.

Program ini disertai oleh anak kariah di sekitar masjid.Masing masing berganding bahu bekerjasama membersihkan kawasan masjid seperti di dalam longkang dan kawasan sekitar dalam memastikan persekitaran masjid bersih dan bebas dari aesdes.Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menyumbang tenaga dalam aktiviti gotong royong ini.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas amal bakti kalian

Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.

πŸ•Œ LAPORAN RINGKAS PROGRAM | MASJID ABU HURAIRAHAlhamdulillah, Program Pengimarahan Masjid telah berjaya dilaksanakan den...
16/08/2026

πŸ•Œ LAPORAN RINGKAS PROGRAM | MASJID ABU HURAIRAH
Alhamdulillah, Program Pengimarahan Masjid telah berjaya dilaksanakan dengan penuh lancar pada:
πŸ“… Sabtu, 15 Ogos 2026
πŸ“ Dewan Utama Masjid Abu Hurairah
πŸ‘₯ 250 orang peserta
Program ini menghimpunkan barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Abu Hurairah, serta Pengerusi, Imam dan Bilal Surau Jumaat dan surau-surau di bawah kelolaan Masjid Abu Hurairah.
πŸŽ™οΈ PENGISIAN PROGRAM
🟒 SLOT 1 β€” Persembahan Maulid bermula jam 6 petang
πŸ”΅ SLOT 2 β€” Kuliah Magrib Khas :Al Fadhil Ustaz Ahmad Rizam bin Ghazali
Program diakhiri dengan jamuan makan kepada para jemaah yang hadir.

🀝 TERIMA KASIH
Pihak Masjid Abu Hurairah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah, , barisan AJK, Imam, Bilal, Muazzin dan seluruh peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.
Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan demi memperkukuhkan pengurusan, kepimpinan dan perkhidmatan masjid kepada masyarakat.
β€œBersama Membina Masjid, Bersama Memajukan Ummah.” πŸ•Œ
*Pentadbiran Masjid Abu Hurairah Batu 5 Kuala Lumpur*

15/08/2026
🌿 Lindungi keluarga dengan Skim Khairat Kematian Masjid Abu Hurairah.Hanya RM50 setahun, ketenangan untuk hari yang tida...
03/08/2026

🌿 Lindungi keluarga dengan Skim Khairat Kematian Masjid Abu Hurairah.
Hanya RM50 setahun, ketenangan untuk hari yang tidak diduga. ❀️

πŸ“… Daftar sebelum 30 September 2026.
πŸ“² Imbas kod QR pada poster sekarang!

🌸 Luangkan sedikit masa, insya-Allah hati akan lebih tenang.Jom hadir ke Kuliah Maghrib Khas bersama Ustaz Ahmad Rizam b...
31/07/2026

🌸 Luangkan sedikit masa, insya-Allah hati akan lebih tenang.
Jom hadir ke Kuliah Maghrib Khas bersama Ustaz Ahmad Rizam bin Ghazali.

πŸ—“οΈ 15 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•Œ Masjid Abu Hurairah, Batu 5 Jalan Ipoh
πŸ•°οΈ Sejurus selepas Solat Maghrib

✨ Ilmu dicari, iman disuburi, ukhuwah diperkukuh.
Semua dijemput hadir.

Address

Batu 5, Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60362425245

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Abu Hurairah Kg Batu, Batu 5, Jln Ipoh, KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Abu Hurairah Kg Batu, Batu 5, Jln Ipoh, KL:

Shortcuts

Sponsored

Share