02/10/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐
KUALA LUMPUR, 1 OKT โ BAKAT ATM dengan kerjasama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT Tuanku Mizan) hari ini bersempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ATM Ke-93.
Lawatan kebajikan ini merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan bagi menyantuni warga ATM serta keluarga mereka yang sedang menerima rawatan di HAT Tuanku Mizan, di samping menyampaikan sokongan moral dan tanda keprihatinan daripada keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia. Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Brig Jen (Dr) Faridzal Harrymen bin Mohd Din, Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, sebelum delegasi meneruskan sesi lawatan dan ziarah ke wad-wad yang terlibat.
Lawatan ini diketuai oleh YBhg Puan Sri Datin Seri Hajah Siti Juana binti Md Ibrahim, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, bersama-sama YBhg Puan Sri Noor Ainy binti Haji Mohd Ali, Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, YBhg Puan Sri Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor, Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, YBhg Datin Seri Hajah Rosilawati binti Ahmad Tajri, Pengerusi BAKAT MK ATM dan YBhg Datin Hayati binti Osman mewakili Pengerusi Jemaah BAKAT Laut serta ahli-ahli BAKAT Perkhidmatan. Turut hadir ialah YBhg Datoโ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.
Sepanjang lawatan berlangsung, delegasi telah menziarahi Wad Obstetrik yang menempatkan 14 orang pesakit dan Wad Pediatrik yang menempatkan sembilan orang pesakit. Secara keseluruhannya, seramai 23 orang pesakit telah disantuni dalam lawatan tersebut. Para pesakit turut menerima sumbangan buah tangan dan bantuan kebajikan daripada BAKAT ATM dan YLTAT sebagai tanda keprihatinan, kasih sayang dan sokongan kepada mereka yang sedang menjalani rawatan. Delegasi turut meluangkan masa beramah mesra, bertanya khabar dan menyampaikan kata-kata semangat kepada para pesakit serta waris.
Lawatan ini juga menjadi wadah untuk menyampaikan sokongan moral kepada para pesakit, khususnya warga ATM dan keluarga mereka yang sedang berdepan ujian kesihatan. Dalam suasana penuh mesra dan kasih sayang, setiap kunjungan, sapaan juga kata-kata semangat diharap dapat memberikan sedikit kekuatan untuk mereka terus tabah menjalani rawatan.
Di sebalik setiap perjuangan seorang warga ATM, ada keluarga yang turut berkongsi pengorbanan, kesetiaan dan ketabahan. Justeru, ketika berdepan ujian kesihatan, mereka tidak seharusnya merasa bersendirian. Kehadiran BAKAT ATM membawa lebih daripada sekadar sumbangan, malah membawa ingatan, kasih sayang dan sebuah pesan bahawa setiap warga ATM serta keluarga mereka sentiasa dekat di hati dan tidak pernah dilupakan.
Program ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan BAKAT ATM bersama Yayasan LTAT dalam memupuk nilai keprihatinan, memperkukuh semangat kebersamaan serta menyemai rasa kekeluargaan dalam kalangan warga ATM dan keluarga mereka.