25/08/2026
24.8.2025, Kota Bharu: YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Pengurus Besar, Vehicle Theft and Accident Reduction Council of Malaysia (VTAREC) telah dijemput oleh Radio Kelantan FM dalam Slot Khas bagi advokasi Kemalangan Jalan Raya terutama Kehilangan Nyawa. Kehadiran YBrs Puan Mas Tina disambut oleh YBrs Encik Ivan Toh Swee Ming, Pengarah RTM Kelantan.
DJ Nuha bertugas dikonti Kelantan FM dan bertanya soalan-soalan yang relevan dan dijawab dengan santai dan hemah oleh YBrs Puan Mas Tina.
Sesi Radio Kelantan FM 30 minit tersebut menumpukan “highlights” kepada motosikal yang merupakan kenderaan paling bahaya, yang mana penunggang dan pembonceng motosikal kehilangan nyawa paling tinggi di atas jalan raya. Motosikal menyumbang sebanyak 70% atau melebihi 4,000 penunggang dan penumpang.
Di samping itu, YBrs Puan Mas Tina turut memberi penekanan agar semua pengguna jalan raya termasuk motosikal, kereta dan kenderaan komersial mesti memandu dengan hemah, ikut undang-undang jalan raya antaranya penunggang motorsikal pakailah helmet, pemandu kereta pakailah tali pinggang dan yang naik bas atau pengangkutan awam pakailah tali pinggang. Turut diingatkan adalah kita pemandu perlu “gentle”, jalan raya adalah jalan untuk kita berkongsi dengan pengguna jalan raya lain.
Jangan biarkan kita menjadi penyebab kesengsaraan orang lain. Biar lambat jangan langsung tak sampai. Semoga di mana sahaja kita berada, kita sampai ke destinasi dengan selamat. Turut hadir bagi sesi bersama Radio Kelantan FM adalah Encik Muhammad Amirun Mohd Shamsuri, Eksekutif VTAREC.