CIOFF Malaysia

CIOFF Malaysia CIOFF Malaysia is International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts.

CIOFF is official partner of UNESCO, accredited to The UNESCO ICH Commitee.

KUNJUNGAN HORMAT CIOFF MALAYSIA KE SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK (SSeMPk)22 April 2026 | Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeM...
24/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT CIOFF MALAYSIA KE SEKOLAH SENI MALAYSIA PERAK (SSeMPk)

22 April 2026 | Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk)

Majlis Antarabangsa Festival dan Pertubuhan Kesenian Rakyat Malaysia (CIOFF Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk).

Sesi pertemuan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Anuar bin Mamat, Pengetua Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk). Turut hadir ialah barisan pengurusan sekolah serta pegawai-pegawai kanan institusi.

Delegasi CIOFF Malaysia p**a telah diketuai oleh Presiden, YBrs. Encik Abdul Samad bin Tahir, bersama YM Raja Norsheela binti Raja Aziddin, Setiausaha Agung serta YBrs. Encik Amier Arrazzi bin Mohd Jefferi, Presiden Belia CIOFF Malaysia.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam pembangunan seni dan budaya, khususnya dalam usaha melahirkan bakat-bakat muda serta memperluas platform kesenian di peringkat nasional dan antarabangsa.

KUNJUNGAN HORMAT CIOFF MALAYSIA KE JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN)10 April 2026 | Ibu Pejabat JKKNMajlis A...
15/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT CIOFF MALAYSIA KE JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN)

10 April 2026 | Ibu Pejabat JKKN

Majlis Antarabangsa Festival dan Pertubuhan Kesenian Rakyat Malaysia (CIOFF Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Sesi pertemuan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN. Turut hadir ialah YBrs. Encik Radzi bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian); YBrs. Encik Rosnan Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan), serta pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Dasar dan Penyelidikan dan Bahagian Pengembangan Seni Budaya.

Delegasi CIOFF Malaysia p**a telah diketuai oleh Presiden, YBrs. Encik Abdul Samad bin Tahir, bersama YM Raja Nor Sheela binti Raja Aziddin, Setiausaha Agung serta Encik Amier Arrazzi bin Mohd Jefferi, Presiden Belia CIOFF Malaysia.

Kunjungan ini bertujuan untuk membentangkan cadangan penganjuran Mesyuarat CIOFF Sektor Asia dan Pasifik yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 17 November 2026, di samping mendapatkan pandangan, sokongan serta potensi kerjasama strategik daripada pihak JKKN.

04/10/2025
Meriahkan Festival Sewang 2025 dengan PERTANDINGAN TARIAN & NYANYIAN SEWANG! 💃🎶 Buktikan bakat kump**an anda di pentas b...
25/08/2025

Meriahkan Festival Sewang 2025 dengan PERTANDINGAN TARIAN & NYANYIAN SEWANG!

💃🎶 Buktikan bakat kump**an anda di pentas budaya orang asli!

📅 13 September 2025 (Sabtu)
🕙 10.00 pagi – 5.00 petang
📍 CIOFF Camp, Kg. Sahom, Kampar, Perak (Redup Rindu Campsite)

🎁 Hadiah wang tunai menanti pemenang!
✅ Penyertaan PERCUMA
✅ Terbuka untuk semua kump**an
✅ Muzik boleh live atau playback
✅ Gunakan props kreatif anda!

Jangan lepaskan peluang ini – bawa kump**an anda & sertai sekarang! 🌿

📞 Hubungi 018-2391998 untuk pendaftaran.

Jom raikan keunikan budaya orang asli bersama kami di Festival Sewang 2025!📅 13 September 2025 (Sabtu)🕙 10.00 pagi – 5.0...
25/08/2025

Jom raikan keunikan budaya orang asli bersama kami di Festival Sewang 2025!

📅 13 September 2025 (Sabtu)
🕙 10.00 pagi – 5.00 petang
📍 CIOFF Camp, Kg. Sahom, Kampar, Perak

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
🎶 Pertandingan Tarian & Nyanyian Sewang
🏃‍♂️ Sewang Fun Run
🎨 Pertandingan Mewarna
🎭 Pameran & Jualan Produk Seni Budaya Orang Asal
🍴 Jualan makanan & minuman
🎁 Cabutan bertuah!

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keindahan warisan budaya orang asli.

👉 Info lanjut: 018-2391998 atau ikuti kami di FB CIOFF Malaysia

3 Ogos 2025Mesyuarat Jawatankuasa Kerja CIOFF® Malaysia Bil. 2/2025  telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kamar Pendeta,...
19/08/2025

3 Ogos 2025

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja CIOFF® Malaysia Bil. 2/2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Kamar Pendeta, SK Sungai Pelong, Sungai Buloh.

Mesyuarat kali ini membincangkan hala tuju strategik CIOFF Malaysia dalam memperkukuh seni budaya dan warisan negara.

30/06/2025
MESYUARAT CIOFF SEKTOR ASIA PASIFIK Mesyuarat CIOFF Sektor Asia dan Pasifik telah berlangsung pada 11 Mei 2025 hingga 15...
17/05/2025

MESYUARAT CIOFF SEKTOR ASIA PASIFIK

Mesyuarat CIOFF Sektor Asia dan Pasifik telah berlangsung pada 11 Mei 2025 hingga 15 Mei 2025 di Nanjing, China. Seramai 5 orang wakil CIOFF Malaysia mengikuti mesyuarat tersebut. Antaranya :

1) Encik Abdul Samad Tahir (Presiden)
2) YM Raja Nor Sheela Raja Aziddin (Setiausaha Agung)
3) Encik Mohd Nazifie Ismail (Ahli Jawatankuasa)
4) Encik Mohd Herman Ghazali (Presiden Belia)
5) Encik Amier Arrazzi Mohd Jefferi (Penolong Setiausaha Belia)

MESYUARAT AGUNG CIOFF MALAYSIA KE-28 TAHUN 2025Mesyuarat Agung CIOFF Malaysia yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat,...
03/05/2025

MESYUARAT AGUNG CIOFF MALAYSIA KE-28 TAHUN 2025

Mesyuarat Agung CIOFF Malaysia yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat bermula sekitar jam 10:00 pagi dengan kehadiran AJK Tertinggi (Induk), Ahli Belia dan beberapa Biro dari Sabah,Sarawak dan Kelantan yang turut serta melalui online.

Bagi memenuhi tuntutan perlembagaan pertubuhan, mesyuarat kali ini telah menjalankan pemilihan lantikan AJK Tertinggi CIOFF Malaysia yang baharu bagi penggal 2025-2027. Pemilihan ini telah dijalankan dengan jayanya oleh semua ahli yang hadir.

CIOFF Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada barisan AJK Tertinggi CIOFF Malaysia yang baharu.

27/10/2024

Performance by Uzbekistan

27/10/2024

Performance by South Korea

Address

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Kuala Lumpur
50480

Telephone

+60126694155

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIOFF Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CIOFF Malaysia:

Featured

Share