KRT Kerling

Directions Contact the organization

KRT Kerling KAWASAN RUKUN TETANGGA KERLING

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKRT Kerling mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada semua.โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›Ma...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

KRT Kerling mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada semua.
โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan terus menghargai keamanan serta keharmonian yang kita kecapi.

โ€œMalaysia MADANI, Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.โ€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KRT Kerling โ€” Bersama Memperkasa Komuniti, Menyemai Perpaduan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Gotong-Royong Kibarkan Jalur Gemilang๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Gotong-royong memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan M...
23/08/2026

Gotong-Royong Kibarkan Jalur Gemilang

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Gotong-royong memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… 23 Ogos 2026 Ahad
โฐ 8.00 malam
๐Ÿ“ Kerling

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotik dan memeriahkan bulan kemerdekaan.

โ€œKerling Tempat Lahirku, Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku.โ€๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐ŸŒน PROGRAM SELAWAT CINTAI RASUL ๏ทบ ๐ŸŒนTARIKH : 22.8.2026 ( SABTU)MASA : 9 pagi hingga 12 tgh hari)TEMPAT : MASJID AL-UBUDIAH...
22/08/2026

๐ŸŒน PROGRAM SELAWAT CINTAI RASUL ๏ทบ ๐ŸŒน

TARIKH : 22.8.2026 ( SABTU)
MASA : 9 pagi hingga 12 tgh hari)
TEMPAT : MASJID AL-UBUDIAH , KERLING

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Selawat Cintai Rasul bersama Muslimat Mukim Kerling, di bawah bimbingan Hjh. Rozana binti Borhanudin.

Murid-murid dari Sekolah Rendah Agama Syed Masyur, Kerling juga turut mengambil bahagian.

Semoga majlis yang penuh dengan selawat dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ ini mendapat keberkatan serta mengeratkan ukhuwah sesama muslimat. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโค๏ธ

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

16/08/2026

Jemputan Program Selawat Cintai Rasul

๐ŸŒธ PROGRAM SELAWAT CINTAI RASUL ๐ŸŒธ
Muslimat Mukim Kerling

Dengan penuh rasa kasih dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, muslimat Mukim Kerling dengan sukacitanya menjemput semua muslimat untuk hadir bersama-sama memeriahkan Program Selawat Cintai Rasul.

๐Ÿ“… Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 9.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Al Ubudiah, Kerling
๐Ÿ‘— Tema pakaian: Putih ๐Ÿค

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan majlis dengan selawat, zikir dan penghayatan cinta kepada Rasulullah SAW. Semoga pertemuan ini mendapat keberkatan serta menjadi asbab bertambahnya rasa cinta kita kepada Baginda.

Muslimat Mukim Kerling, ayuh hadir bersama!
๐Ÿค Berselawat, menyemai cinta kepada Rasulullah SAW. ๐Ÿค

*MESYUARAT KRT BERSAMA KUMPULAN MARHABAN KERLING.*Tarikh : 03/08/2026Hari: IsninMasa: 5 PetangTempat: Dewan Balai raya P...
03/08/2026

*MESYUARAT KRT BERSAMA KUMPULAN MARHABAN KERLING.*

Tarikh : 03/08/2026
Hari: Isnin
Masa: 5 Petang
Tempat: Dewan Balai raya Pekan Kerling

Agenda Mesyuarat:
1- Perbincangan berkaitan Program *"Selawat Cintai Rasul"* bersama Kumpulan MARHABAN Kg Pasir, Kerling.

Lepak Santai Kerling Motor Club bersama JPKK Kampung Jawa dan KRT Kerling telah berlangsung pada 11 Julai 2026 (Sabtu), ...
11/07/2026

Lepak Santai Kerling Motor Club bersama JPKK Kampung Jawa dan KRT Kerling telah berlangsung pada 11 Julai 2026 (Sabtu), jam 9.30 malam di Balai Raya Kampung Jawa.

Majlis turut diserikan dengan penyerahan sumbangan Ride ke Terengganu sempena Program RXZ Member, sebagai tanda sokongan dan semangat ukhuwah dalam kalangan komuniti permotoran. Semoga ukhwah yang terjalin terus erat serta perjalanan semua peserta sentiasa dipermudahkan dan dipelihara keselamatannya.

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA Program Memasak Bubur Asyura anjuran bersama Marhaban Sinar Murni Kampung Pasir dan KRT Ker...
05/07/2026

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Program Memasak Bubur Asyura anjuran bersama Marhaban Sinar Murni Kampung Pasir dan KRT Kerling pada Ahad, 5 Julai 2026, jam 9.30 pagi bertempat di Surau Uthmaniah, Kampung Pasir, Kerling.

4 Julai 2026 (Sabtu)Program Briskwalk Batu Hampar KRT Kerling (AJK & Keluarga) Program Briskwalk Batu Hampar yang meliba...
04/07/2026

4 Julai 2026 (Sabtu)

Program Briskwalk Batu Hampar KRT Kerling (AJK & Keluarga)

Program Briskwalk Batu Hampar yang melibatkan AJK dan keluarga KRT Kerling telah berlangsung dengan meriah bermula pada jam 7.30 pagi. Peserta memulakan perjalanan santai menuju ke Batu Hampar sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.

Setibanya di Batu Hampar, peserta menikmati sarapan pagi dalam suasana yang tenang sebelum meneruskan perjalanan ke Dusun Sungai Kerling. Di sana, para peserta berpeluang merasai pengalaman berada di dusun yang dipenuhi pokok-pokok durian, menghirup udara segar, menikmati keindahan alam serta merasai sendiri keenakan durian yang baru gugur.

Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk beriadah dan menjaga kesihatan, malah menjadi kenangan indah yang mengukuhkan hubungan kekeluargaan serta semangat perpaduan dalam kalangan AJK dan keluarga KRT Kerling. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Salam Maal Hijrah 1448H๐ŸŒ™โœจ๐Ÿ•ŒSemoga tahun baharu Islam ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan semangat untuk terus mempe...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H๐ŸŒ™โœจ๐Ÿ•Œ

Semoga tahun baharu Islam ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan semangat untuk terus memperkukuh ukhuwah dalam komuniti kita. Awal Muharram, hijrah ke arah yang lebih baik.

Ikhlas daripada seluruh Warga KRT Kerling.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kerling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Kerling:

Shortcuts

Sponsored

Share