Malaysian Hospice and Palliative Care Council

Directions Website Contact the organization

Malaysian Hospice and Palliative Care Council The MHPCC provides a national voice for the Hospice & Palliative Care movement in Malaysia
(1)

14/09/2026
14/09/2026
12/09/2026
12/09/2026
Since 1996, Pertubuhan Hospis Klang has been providing free palliative care to patients, caregivers and families in the ...
12/09/2026

Since 1996, Pertubuhan Hospis Klang has been providing free palliative care to patients, caregivers and families in the community in Klang.

BFM Radio - The Business Station speak to its chairperson, Dr Sheriza Izwa Binti Zainuddin, who’s a senior consultant for palliative care in Universiti Malaya Medical Centre, to find out more about how Hospice Klang started and how its changed the lives of patients and families in need of palliative and hospice care.

Since 1996, Hospice Klang has been providing free palliative care to patients, caregivers and families in the community in Klang. We speak to its chairperson, Dr Sheriza Izwa Binti Zainuddin, who’s a senior consultant for palliative care in Universiti Malaya Medical Centre, to find out more about ...

09/09/2026

π—”π—£π—”π—•π—œπ—Ÿπ—” π—žπ—˜π—¦π—˜π— π—•π—¨π—›π—”π—‘ π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—Ÿπ—”π—šπ—œ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗣𝗔𝗑𝗑𝗬𝗔

Ada satu fasa dalam kehidupan seorang pesakit apabila persoalan β€œbilakah saya akan sembuh?” perlahan-lahan berubah menjadi β€œbagaimanakah saya mahu menjalani baki kehidupan ini?” Pada saat inilah penjagaan paliatif menjadi sangat bermakna.

Ia bukan tentang berputus asa terhadap kehidupan, tetapi tentang memastikan seseorang pesakit yang berdepan penyakit serius atau tahap akhir kehidupan tetap dapat menjalani hari-harinya dengan bermaruah, tenang dan bermakna.

Dalam konteks masyarakat Islam, penjagaan ini tidak seharusnya hanya melihat tubuh yang sakit, tetapi turut menyantuni jiwa yang sedang berhadapan ketakutan, kehilangan, persoalan makna dan persediaan menuju kehidupan akhirat.

Pendekatan psikospiritual Islam menawarkan satu dimensi yang unik dalam penjagaan paliatif kerana ia menggabungkan keperluan psikologi, emosi dan spiritual berdasarkan kerangka tauhid.

Pesakit bukan sekadar tubuh biologikal yang sedang mengalami kemerosotan fungsi, tetapi insan yang memiliki jiwa, harapan, hubungan kekeluargaan, kepercayaan dan pencarian makna.

Apabila seseorang diberitahu bahawa penyakitnya mungkin tidak lagi dapat disembuhkan, yang sakit bukan hanya tubuhnya.

Hatinya mungkin bertanya: β€œMengapa aku?”, β€œAdakah Allah masih menyayangiku?”, β€œBagaimana nasib keluargaku selepas aku pergi?” dan β€œAdakah amalan aku cukup untuk bertemu Allah?”

Soalan-soalan tersebut tidak boleh dijawab hanya dengan ubat tahan sakit atau prosedur klinikal. Ia memerlukan ruang untuk didengar, difahami dan disantuni.

Di sinilah psikospiritual Islam memainkan peranan. Pendekatan ini bukan bermaksud menggantikan rawatan perubatan atau psikologi, tetapi melengkapkan penjagaan pesakit dengan memberikan perhatian terhadap dimensi spiritual yang menjadi sebahagian daripada fitrah manusia.

Pesakit perlu dibantu untuk memahami bahawa sakit bukan semestinya tanda Allah membenci atau meninggalkannya. Dalam perspektif Islam, ujian boleh menjadi ruang untuk meningkatkan kesabaran, pengharapan dan hubungan dengan Allah.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 155 bahawa manusia akan diuji dengan pelbagai bentuk ketakutan, kelaparan serta kehilangan, dan Allah memberikan khabar gembira kepada orang yang sabar.

Ayat ini tidak bermaksud pesakit perlu menafikan kesakitan atau memaksa diri untuk sentiasa kelihatan kuat. Islam mengiktiraf bahawa manusia boleh menangis, takut dan berasa lemah. Kesabaran bukan bermaksud tidak merasai sakit, tetapi terus mencari Allah di tengah-tengah kesakitan.

Kadangkala, air mata seorang pesakit bukan tanda dia gagal menerima takdir. Air mata itu mungkin merupakan bahasa hati yang sedang mencari Tuhan.

Dalam penjagaan paliatif, antara perkara paling penting ialah membantu pesakit mendapatkan kembali rasa kawalan terhadap kehidupan yang mungkin dirasakan semakin hilang.

Penyakit serius boleh menyebabkan seseorang kehilangan pekerjaan, kebebasan bergerak, peranan dalam keluarga dan keyakinan terhadap masa depan.

Psikospiritual Islam boleh membantu pesakit membina semula makna kehidupan melalui perkara yang masih mampu dilakukan.

Kadangkala makna itu hadir melalui doa, membaca al-Quran, berzikir, memohon maaf, berdamai dengan ahli keluarga, menyampaikan pesanan kepada anak-anak atau sekadar menikmati kehadiran orang yang dicintai.

Solat juga perlu dilihat dengan pendekatan yang penuh rahmah. Pesakit yang tidak mampu berdiri tidak seharusnya merasakan dirinya gagal sebagai seorang Muslim.

Islam menyediakan rukhsah dalam ibadah berdasarkan kemampuan seseorang.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 286 bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Justeru, pendekatan spiritual kepada pesakit paliatif perlu bersifat fleksibel, tidak menghukum dan tidak menambahkan rasa bersalah.

Dalam keadaan tertentu, satu doa pendek, zikir yang mudah atau sekadar menyebut nama Allah dengan penuh pengharapan mungkin lebih bermakna daripada tuntutan ibadah yang tidak mengambil kira keadaan fizikal pesakit.

Namun, spiritualiti tidak boleh dipaksakan. Ada pesakit yang mahu bercakap tentang kematian, manakala ada yang belum bersedia.

Ada yang mahu membaca al-Quran, ada yang lebih selesa mendengar bacaan. Ada yang mahu ditemani, sementara yang lain memerlukan ruang bersendirian.

Pendekatan psikospiritual yang baik bermula dengan mendengar, bukan terus memberi nasihat. Kadangkala perkara paling menyembuhkan bukanlah kata-kata yang panjang, tetapi kehadiran seseorang yang duduk di sisi katil dan berkata, β€œSaya ada bersama-sama dengan anda.”

Keluarga juga merupakan sebahagian penting daripada penjagaan paliatif. Dalam budaya masyarakat Islam, keluarga sering menjadi sumber kekuatan utama pesakit.

Namun, keluarga turut mengalami kesedihan, kebimbangan dan anticipatory grief, iaitu kesedihan yang bermula sebelum kehilangan benar-benar berlaku.

Mereka perlu dibimbing supaya tidak hanya berusaha β€œmenyembuhkan” pesakit sehingga mengabaikan keperluan untuk menemani dan memberikan ketenangan.

Ada waktunya, kasih sayang bukan lagi tentang mencari rawatan yang terakhir, tetapi memegang tangan, memohon maaf, mengucapkan terima kasih dan memastikan orang yang disayangi tidak meninggalkan dunia dalam keadaan merasakan dirinya bersendirian.

Memuliakan Kehidupan Hingga ke Penghujungnya

Pada akhirya, pendekatan psikospiritual Islam mengajar kita bahawa nilai kehidupan seseorang tidak hilang hanya kerana penyakitnya tidak lagi boleh disembuhkan.

Seorang pesakit masih mempunyai maruah, suara, hubungan, harapan dan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Paliatif bukan tentang menunggu kematian, tetapi tentang memuliakan kehidupan sehingga ke penghujungnya.

Mungkin kita tidak mampu menambah usia seseorang. Namun, kita masih mampu menambah makna pada usia yang berbaki.

Kita mungkin tidak mampu menghilangkan seluruh kesakitan tubuhnya, tetapi kita boleh membantu menenangkan jiwanya.

Dan apabila tiba waktunya seorang insan meninggalkan dunia, barangkali perkara paling indah yang boleh diberikan kepadanya bukanlah janji bahawa dia akan sembuh, tetapi keyakinan bahawa dia tidak bersendirian.

Keluarga ada di sisinya. Petugas kesihatan menjaganya. Orang yang disayanginya masih menggenggam tangannya.

Dan yang paling utama, dia perlu dibantu untuk memahami bahawa rahmat Allah sentiasa lebih luas daripada segala kesakitan yang sedang dilaluinya.

Kerana dalam Islam, penghujung hayat bukan sekadar tentang bagaimana seseorang meninggal dunia. Ia juga tentang bagaimana kita membantu seorang insan menemui ketenangan sebelum bertemu dengan Penciptanya.

Pengarang: Dr. Mohd Afifuddin Mohamad
Pensyarah Psikologi dan Psikospiritual Islam

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
9 September 2026

09/09/2026

JALAN 3KM, BALIK BAWA BUAH, SAYUR & MEE KUNING?! 😱πŸ₯¦πŸŒπŸœ

Betul! Ini bukan fun walk biasa β€” ini FUN WALK YOKUK FOUNDATION! πŸŽ‰

πŸ“… 26 SEPTEMBER 2026 | SABTU
πŸ•‘ 6.30 PAGI
πŸ“ YOKUK Foundation, Kota Bharu
πŸ’° RM25 SAHAJA

Sepanjang 3KM, ada 3 CHECK POINT 🚩 dan anda akan dapat:
🍌 Buah-buahan
πŸ₯¦ Sayur-sayuran
🍜 Mee kuning

BONUS! πŸ‘—βœ¨
Ada hadiah untuk PAKAIAN PALING MENARIK! Jadi datang dengan gaya paling menarik anda β€” mana tahu anda yang menang! 😍

RM25 juga termasuk:
πŸŽ–οΈ Medal penamat
πŸͺ Snack pack
πŸ‘œ Drawstring bag

Bawa family, kawan-kawan & geng ofis. Slot terhad!

πŸ‘‰ DAFTAR SEKARANG: https://docs.google.com/forms/d/1PmR998LWzYZBIHKUGiZ_aDcl65W89McJNVVY-LSO7Bo/edit
πŸ“ LOKASI: https://maps.app.goo.gl/QqLup7T8cNUxmKWRA

08/09/2026

πŸ“˜ The World Hospice and Palliative Care Day 2026 Digital Toolkit is here!

Whether you're planning an event, briefing your team, or engaging policymakers, this toolkit has everything you need: campaign branding, sample social media messages, a government advocacy letter template, media release templates, fundraising guidance, and more β€” all built around this year's theme, Pain Management: An Essential Part of Palliative Care.

πŸ“₯ Download the English toolkit now: https://ow.ly/H9UC50ZKHH8

🌍 Coming soon: French, Spanish, Chinese, German, Russian, and Portuguese versions β€” so keep an eye out as we roll these out in the weeks ahead!

08/09/2026

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Hospice and Palliative Care Council posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Hospice and Palliative Care Council:

Shortcuts

Sponsored

Share