11/10/2026
🌿 PROGRAM TADABBUR ALAM DI KEBUN RAUDAH 🌿
Alhamdulillah, pada 11 Oktober 2026 (Ahad), telah berlangsung Program Tadabbur Alam di Kebun Raudah, Sungai Pusu, Gombak dengan kehadiran seramai 33 orang peserta termasuk AJK 🤗💚
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk mendekati alam semula jadi, malah turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti belajar menyembelih ayam, memasak bersama-sama dan memetik sayur-sayuran segar di kebun 🐓🥬🍃
Lebih bermakna, program ini menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, berkongsi pengalaman dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Semoga setiap aktiviti yang dijalankan menambahkan rasa syukur dan kecintaan kita terhadap alam sekitar 🌱✨
Terima kasih kepada semua peserta, AJK dan pihak Kebun Raudah atas kerjasama serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan lebih banyak program bermanfaat dapat dianjurkan pada masa akan datang, insya-Allah 🤲🏻💚
Alam ditadabbur, ukhuwah dipupuk, syukur disemai 🌿