NC NaifCharity

NC NaifCharity NC is a community members of Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih.It is specially created as a pla

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم1️⃣Program Bantuan Asnaf NC🔴 2️...
29/07/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
1️⃣Program Bantuan Asnaf NC🔴

2️⃣Program Santuni Gelandangan Makan malam kembara,
Pusat transit gelandangan KL, Jalan Pahang.

3️⃣Program Santuni Asnaf & Keluarga pesakit IJN Dormitory, Jalan Tun Razak

NaifCharity 💙
https://www.facebook.com/naifcharity

📳 : http://www.wasap.my/+60149700054/NC

21/07/2026

PENCARIAN IBU KANDUNG ATAU WARIS KEPADA BAYI YANG TELAH DITINGGALKAN

Pihak JKM ingin mengesan ibu kandung atau waris terdekat kepada bayi perempuan yang telah ditinggalkan di Baby Hatch, Yayasan Orphancare, Bukit Gasing pada 3 Jun 2026, jam 3.52 pagi. Kini kanak-kanak telah diletakkan di bawah jagaan sementara Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) untuk tempoh 2 bulan melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 16 Julai 2026. Sehubungan dengan itu, pihak jabatan perlu mendapatkan maklumat ibu kandung atau waris bagi bayi perempuan ini untuk melengkapkan siasatan dan urusan dokumentasi kanak-kanak. Sebarang maklumat, waris boleh berhubung dengan Pelindung Kanak-Kanak, PKMD Petaling di talian 03-7842 2584 / 03-7842 2587 atau emelkan kepada [email protected] atau [email protected].

** Siaran media ini telah mendapat kebenaran pengecualian di bawah Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 daripada pihak Mahkama.h

Farhana Binti Zailani
Pelindung Kanak-Kanak
PKMD Petaling




29/05/2026

Doa Nabi Muhammad SAW ketika di Taif adalah antara doa yang sangat menyentuh hati, dibaca selepas Baginda ditolak, dihina dan dilontar batu oleh penduduk Taif.
Berikut doa tersebut:
اللَّهُمَّ إِلَيْكَ أَشْكُو ضَعْفَ قُوَّتِي، وَقِلَّةَ حِيلَتِي، وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِينَ، وَأَنْتَ رَبِّي، إِلَى مَنْ تَكِلُنِي؟ إِلَى بَعِيدٍ يَتَجَهَّمُنِي، أَمْ إِلَى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي؟ إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ عَلَيَّ غَضَبٌ فَلَا أُبَالِي، وَلَكِنْ عَافِيَتُكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي، أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ، وَصَلَحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، مِنْ أَنْ تُنْزِلَ بِي غَضَبَكَ، أَوْ يَحِلَّ عَلَيَّ سَخَطُكَ، لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ
Maksudnya:
“Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu kelemahan kekuatanku, keterbatasan usahaku, dan hinanya diriku di hadapan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku.
Kepada siapa Engkau serahkan aku? Kepada orang jauh yang bermuka masam kepadaku, atau kepada musuh yang Engkau beri kuasa atas diriku?
Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli (apa yang aku hadapi). Tetapi rahmat dan perlindungan-Mu itu lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi kegelapan dan memperbaiki urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemurkaan-Mu kepadaku atau menimpakan kemarahan-Mu kepadaku.
Bagi-Mu segala keredhaan sehingga Engkau redha, dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan-Mu.”
Doa ini mengajar kita:
Mengadu hanya kepada Allah ketika susah
Rendah diri walaupun diuji
Utamakan redha Allah, bukan penilaian manusia

26/05/2026
26/05/2026

Selamat menunaikan ibadah korban 1447H.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT, dikurniakan keberkatan, serta menjadi lambang keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang sesama insan.

Salam Aidil Adha ✨

NaifCharity

Address

Kuala Lumpur
56000

Telephone

+60149700054

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NC NaifCharity posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share