Majlis Belia Kawasan Titiwangsa

Majlis Belia Kawasan Titiwangsa MBK Titiwangsa sebagai badan perunding dan penyelaras pertubuhan/persatuan dalam Kawasan Titiwangsa

TITIWANGSA MERDEKA NIGHT WALK 20268 Ogos 2026, Sabtu - Telah berlangsung Program Titiwangsa Merdeka Night Walk 2026 anju...
09/08/2026

TITIWANGSA MERDEKA NIGHT WALK 2026

8 Ogos 2026, Sabtu - Telah berlangsung Program Titiwangsa Merdeka Night Walk 2026 anjuran bersama Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Skuad Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dang Wangi, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Titiwangsa, MPPWP Zon Titiwangsa Sub Zon 3 Kampong Bharu, MPPWP Zon Titiwangsa Sub Zon 1 Desa Pandan, Komuniti Madani Kampong Bharu, Persatuan Kebajikan Prihatin Kampong Bharu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Baru serta Putts Koffee.

Program yang julung kali diadakan bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 69 ini telah menarik penyertaan seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat serta komuniti di sekitar Parlimen Titiwangsa dan melibatkan jarak perjalanan sejauh 12 km.

Titiwangsa Merdeka Nightwalk 2026 juga diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme serta memperkukuh hubungan antara belia, komuniti dan agensi kerajaan di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki.

Acara perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azizulrahman Mohd Hussain Malim, Pengerusi MPPWP Zon Titiwangsa. Turut hadir YBrs. Puan Nur Jalilah Md Joha, Pengurus Cawangan (Titiwangsa) DBKL merangkap Pengerusi PEMADAM Titiwangsa, YBrs. Encik Azri Zainal Abidin, Pegawai Penerangan Daerah Titiwangsa/Wangsa Maju dan Setiawangsa, YBrs. Encik Khairuddin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, YBrs. Encik Mohammed Syaiful Hisyam Abd Halim, Penolong Pegawai Perpaduan/Pegawai Penyelia Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Titiwangsa, YBhg. Datuk Mohd Nor Ibrahim, Pengerusi MPPWP Zon Titiwangsa Sub Zon 1 Desa Pandan merangkap Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, YBrs. Sdra. Mohammed Nik Saifullah Reed, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, YBhg. Datuk Shamsul Bahari Abd Aziz, Pengerusi MPPWP Zon Titiwangsa Sub Zon 3 Kampong Bharu, YBrs. Sdra. Indra Putra, Pengarah Urusan Nasi Padang Kampong Bharu dan Putts Koffee serta barisan jawatankuasa penganjur yang terlibat.

Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang sentiasa menyokong segala bentuk program yang melibatkan belia dan komuniti di kawasan Titiwangsa. Juga penghargaan kepada YBrs. Sdra Ridzuan Yusof, Ketua Komuniti Madani Kampong Bharu yang merupakan penggerak utama program di atas segala usaha dan komitmen dalam menjayakan program ini. Tidak ketinggalan kepada Pengurusan Putts Koffee dan Restoran Nasi Padang Kampong Bharu di atas keizinan menyediakan tempat berkumpul serta pemberian potongan diskaun untuk sebarang pembelian di Putts Koffee kepada peserta terlibat.

Akhir sekali setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada seluruh barisan jawatankuasa Majlis Belia Kawasan Titiwangsa di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan baik dari awal hingga akhir serta kepada pasukan Marshall yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik demi memastikan para peserta selamat dan mematuhi segala arahan sepanjang perjalanan.

Semoga program sebegini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang dalam usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.




29/07/2026

Intipati komen daripada Sdra. Mohammed Nik Faisullah Reed, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa tentang pengumuman kerajaan menawarkan akses langganan perisian kecerdasan buatan (AI) secara percuma kepada belia berusia 18 hingga 30 tahun menerusi pelaksanaan program AI Untuk Rakyat oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibuka bermula 31 Ogos ini.

Inisiatif yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ini sangat signifikan dalam memastikan lebih ramai belia mempunyai peluang menguasai teknologi kecerdasan buatan atau AI. Apa yang penting bukan sekadar akses percuma kepada perisian AI, tetapi peluang untuk mempelajari cara menggunakannya dengan betul dan bertanggungjawab.

Hari ini, AI sudah menjadi keperluan dalam pelbagai bidang. Sama ada pelajar, pencipta kandungan, usahawan mahupun graduan yang sedang mencari pekerjaan, kemahiran AI mampu meningkatkan produktiviti, kreativiti dan daya saing mereka. Sebab itu saya melihat usaha kerajaan ini sebagai satu langkah yang tepat pada masanya.

Saya juga berpandangan syarat untuk melengkapkan modul latihan sebelum menerima akses percuma adalah pendekatan yang wajar. Ia memastikan belia bukan sekadar menggunakan teknologi ini, tetapi benar-benar memahami potensi, etika dan tanggungjawab dalam penggunaannya.

Sebagai Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, kami bersedia menjadi rakan strategik untuk menghebahkan program ini serta menggalakkan lebih ramai belia menyertainya. Harapan kami, peluang seperti ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin kerana AI bukan lagi satu pilihan, sebaliknya kemahiran yang semakin penting untuk masa depan pekerjaan dan pembangunan negara. Saya yakin lebih ramai belia akan tampil sebagai pencipta idea dan inovasi, bukan sekadar pengguna teknologi.

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA 202628 Julai 2026, Selasa - Telah berlangsung dengan...
28/07/2026

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA 2026

28 Julai 2026, Selasa - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Kawasan Titiwangsa 2026 anjuran bersama Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dan Majlis Belia Kawasan Titiwangsa bertempat di Restoran AlKhair, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nur Jalilah Binti Md. Joha, Pengurus Pejabat Cawangan Titiwangsa DBKL. Turut hadir YBrs. Tuan Haji Zul Fadhli Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Mohd Nor Bin Ibrahim, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, En. Khairuddin Bin Khalid, Pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa serta Sdra. Mohammed Nik Faisullah Reed, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.

Majlis Perundingan Belia Negara pada kali ini telah disertai oleh Pemimpin-pemimpin Belia setempat, Agensi-agensi Kerajaan, Badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berkepentingan serta kepimpinan Majlis Belia Kawasan Titiwangsa di mana pelbagai usul telah diketengahkan melalui sesi perbahasan.

Turut berlangsung majlis penyampaian Sijil Penarafan Bintang Pertubuhan Belia yang telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Zul Fadhli Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 3 pertubuhan belia yang merupakan Badan Gabungan MBKT telah menerima sijil tersebut antaranya Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Titiwangsa, Kelab Belia Wawasan Titiwangsa dan Kelab Belia Kampong Bharu.

Penganjuran Majlis Perundingan Belia Negara menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia di samping memberi ruang kepada golongan belia bagi menyuarakan hasrat, pandangan serta idea yang konstruktif demi memperkasa agenda pembangunan belia di kawasan.

Semoga segala cadangan dan resolusi yang dibincangkan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang membawa manfaat kepada belia seterusnya dapat melahirkan belia yang berdaya saing, progresif dan mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti serta negara.




MARI MENCUBA PICKLEBALL 5.017 Julai 2026, Jumaat - Telah berlangsung program โ€˜Mari Mencuba Pickleball 5.0โ€™ bertempat di ...
18/07/2026

MARI MENCUBA PICKLEBALL 5.0

17 Julai 2026, Jumaat - Telah berlangsung program โ€˜Mari Mencuba Pickleball 5.0โ€™ bertempat di Paddle Hub 7, Dewan Rekreasi Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Sesi yang berlangsung santai ini telah melibatkan penyertaan dari belia yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan/pertubuhan belia serta badan gabungan di bawah Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.

Program ini merupakan satu inisiatif MBKT dalam memperkenal sukan pickleball di samping dapat menyantuni belia-belia dari badan gabungan di kawasan Titiwangsa sekaligus menarik minat mereka menceburi bidang sukan yang sedang trending ini.

Turut hadir YBrs. En. Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, Sdra Mohammed Nik Faisullah Reed, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, Exco MBKT serta para belia di sekitar kawasan Titiwangsa.

Diharap program-program sebegini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang.




UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAHAlhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdra. Mohammed Nik Faisullah Reed,...
14/07/2026

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdra. Mohammed Nik Faisullah Reed, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa di atas penganugerahan Tokoh Maal Hijrah (Kategori Belia) sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M peringkat Madrasah Rajaiyah, Kampong Bharu yang telah disampaikan oleh YB Senator Datoโ€™ Setia Dr. Haji Mohd Naโ€™im bin Mokhtar, Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pengiktirafan ini mencerminkan sumbangan besar yang telah dicurahkan dalam memperkasa belia dan masyarakat, mengangkat martabat ilmu dan pendidikan, menzahirkan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta pelbagai usaha dan inisiatif melalui program-program berimpak tinggi demi manfaat kepada masyarakat.

Penghargaan terima kasih kepada pihak pengurusan Madrasah Rajaiyah atas pengiktirafan terhadap sumbangan belia melalui amugerah yang telah diberikan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh belia dan masyarakat untuk terus menyumbang bakti demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada barisan Jawatankuasa Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.




MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA 202610 Julai 2026, Jumaat - Mesyuara...
10/07/2026

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA 2026

10 Julai 2026, Jumaat - Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) 2026 telah berlangsung di Pejabat MPPSZ1, Kompleks Komuniti Wanita, Kuala Lumpur sebagai persediaan menjelang penganjuran program yang akan diadakan hujung bulan Julai ini.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dan Majlis Belia Kawasan Titiwangsa bagi memastikan penyelarasan yang menyeluruh serta kelancaran pelaksanaan program demi manfaat golongan muda khususnya belia setempat.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dan disertai oleh YBrs. Sdra. Mohammed Nik Faisullah Reed, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.

Turut hadir Penolong Pegawai serta Pembantu Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dan Pengurusan Tertinggi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.

Perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan peranan setiap agensi, pelantikan jawatankuasa, pengisian program, keperluan logistik serta tindakan susulan bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar, tersusun dan mencapai objektif yang dirancang.

MPBN pada kali ini diharap dapat memberi impak positif dalam mengangkat suara dan pandangan golongan belia ke peringkat tertinggi demi memperkasa agenda pembangunan belia selaras dengan hasrat ke arah membina sebuah negara mampan.




๐Ÿ“ *MARI MENCUBA: SUKAN PICKLEBALL 5.0* โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ Majlis Belia Kawasan Titiwangsa (MBKT) sekali lagi membawakan program Mari M...
09/07/2026

๐Ÿ“ *MARI MENCUBA: SUKAN PICKLEBALL 5.0* โ€ผ๏ธ

โ€ผ๏ธ Majlis Belia Kawasan Titiwangsa (MBKT) sekali lagi membawakan program Mari Mencuba: Sukan Pickleball Siri 5.0! ๐Ÿ“

Jom sertai kami untuk merasai sendiri pengalaman bermain sukan pickleball yang semakin popular dalam suasana santai, sihat dan penuh semangat kesukanan.

Program ini terbuka kepada Badan Gabungan Majlis Belia Kawasan Titiwangsa (MBKT) serta belia-belia di sekitar Kawasan Titiwangsa.

โ€ผ๏ธ PENYERTAAN ADALAH TERHAD KEPADA 50 PESERTA TERAWAL SAHAJA! โ€ผ๏ธ

BUTIRAN PROGRAM

๐Ÿ“… Tarikh: 17hb Julai 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 Malam
๐Ÿ“ Tempat: Paddle Hub 7, Dewan Rekreasi Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

๐Ÿ“ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/QWKKWDKMk4JjtDVe6?g_st=ic
๐Ÿ“ Waze: https://waze.com/ul/hw283ffprf

๐Ÿ‘ฅ Sasaran Peserta: Terbuka kepada Badan Gabungan MBKT dan belia di Kawasan Titiwangsa. ๐Ÿ‘ฅ

โ€ผ๏ธ PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA โ€ผ๏ธ

Jangan lepaskan peluang ini! Sertai kami, tambah kenalan baharu, kekalkan gaya hidup aktif dan sama-sama memeriahkan komuniti belia Titiwangsa.

Nota: Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

๐Ÿ“ Daftar sekarang melalui pautan di bawah:

https://forms.gle/Y7WS9Bfdocbu2gQQ6

๐Ÿ“ž Hubungi:
Azizi: 017 348 6466
Ehsan: 017 695 5623
Syazwan: 013 251 7069
Anuar: 011 6182 1699




Sekitar Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa Siri 1/2026 โ€˜...
05/07/2026

Sekitar Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa Siri 1/2026 โ€˜Sehari Bersama Alam @ Taman Tuguโ€™ anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa, Gabungan Belia Bestari Jelatek Datuk Keramat, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, Skuad AADK Daerah Dang Wangi, MPPWP Zon Titiwangsa Sub Zon 3 Kampong Bharu, Komuniti MADANI Kampong Bharu dan KRT Kampung Sungai Baru.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi tadi telah disertai oleh belia dan komuniti di sekitar kawasan Titiwangsa.

Rata-rata peserta yang terlibat telah menunjukkan komitmen, sifat kebersamaan dan kesukarelawanan serta gaya hidup sihat dalam menjayakan program ini bersesuaian dengan matlamat penganjurannya yang menerapkan nilai kerjasama selain memupuk gaya hidup sihat serta meningkatkan kecintaan terhadap alam semulajadi.

Tahniah diucapkan kepada Sdra. Anuar Idris Zamahuri, Sdra. Amer Azizi, Sdra. Muhammad Syazwan dan Sdra. Muhammad Ehsan Abdullah selaku sekretariat program yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Kawasan Titiwangsa atas kejayaan penganjuran program ini.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh demi melahirkan lebih ramai sukarelawan yang aktif, berdaya saing dan sentiasa bersedia berbakti kepada masyarakat.



Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran buat YBrs. En. Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/...
05/07/2026

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran buat YBrs. En. Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan keberkatan usia, kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang melimpah ruah serta kekuatan dan kebijaksanaan dalam meneruskan tugas yang digalas.

Semoga terus cemerlang memimpin dan menjadi inspirasi kepada belia di dalam Kawasan.

Ikhlas daripada
Pengerusi serta seluruh Jawatankuasa Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.

/SETIAWANGSA


๐Ÿ“ข *HEBAHAN PROGRAM* ๐Ÿ“ข๐ŸŒฟ *MENDAKI: SEHARI BERSAMA ALAM @ TAMAN TUGU* ๐ŸŒฟMajlis Belia Kawasan Titiwangsa dengan sukacitanya m...
30/06/2026

๐Ÿ“ข *HEBAHAN PROGRAM* ๐Ÿ“ข

๐ŸŒฟ *MENDAKI: SEHARI BERSAMA ALAM @ TAMAN TUGU* ๐ŸŒฟ

Majlis Belia Kawasan Titiwangsa dengan sukacitanya menjemput para belia di dalam kawasan Titiwangsa untuk menyertai Program Mendaki : Sehari Bersama Alam @ Taman Tugu (Hiking) bertujuan untuk menghargai alam semulajadi di samping menerapkan keseimbangan antara aspek patriotisme, spiritual dan fizikal terbuka kepada semua yang berminat seperti ketetapan berikut :

๐Ÿ“… Tarikh: 5 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ•– Masa: 7.00 pagi (Berkumpul) 8.00 pagi (Bergerak)
๐Ÿ“ Lokasi: Taman Tugu, Laman Taman Tugu, Persiaran Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur

๐Ÿค *Anjuran Bersama:*
* Majlis Belia Kawasan Titiwangsa (MBKT)
* Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dang Wangi
* Majlis Perwakilan Penduduk Zon Titiwangsa Sub Zon 3 Kampong Bharu (MPPSZ3)
* โ Komuniti MADANI Kampong Bharu
* Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Baru

โ€ผ๏ธ *PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA BELIA DI DALAM KAWASAN TITIWANGSA* โ€ผ๏ธ

Sila isi link di bawah untuk pendaftaran: https://forms.gle/JAQVfbEiyBNdKo666

Selepas mengisi pendaftaran anda akan diberikan pautan ke grup WhatsApp. Jangan lupa untuk masuk ke grup WhatsApp selepas pendaftaran!

๐Ÿ“ž Hubungi:
Ehsan: 017 695 5623
Anuar: 011 6182 1699
Azizi: 017 348 6466

Mari bersama-sama menghayati keindahan alam, mengeratkan silaturahim dan mengamalkan gaya hidup sihat.



Address

4029 Jalan Kampung Pandan
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60196991773

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Kawasan Titiwangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Belia Kawasan Titiwangsa:

Shortcuts

Featured

Share