17/09/2026
PIHAK BERKUASA NEGERI PAHANG BACUL DENGAN PENCEROBOH TANAH RAUB TAPI ANGKUH DENGAN ORANG ASLI BERA
1. Sebab itu saya kata Pihak Berkuasa Negeri Pahang (PBN Pahang) adalah hipokrit di hadapan Tuanku Sultan Pahang selepas Tuanku bertitah untuk noktahkan pencerobohan tanah dalam Negeri Pahang.
2. Baru-baru ini, PBN Pahang begitu lagak OTAI terhadap Orang Asli di Bera. Ya, mungkin ada silap tetapi betapa jauhnya cara PBN Pahang kendalikan jika dibandingkan maki hamun penceroboh tanah Raub kepada PBN Pahang.
3. Saya tidak memihak kepada penceroboh tanah dalam Negeri Pahang akan tetapi sehingga saat ini, 400 penceroboh tanah Raub masih samar-samar dan tidak tahu apakah mereka sudah ditangkap, dibicara dan dihukum, tiada.
4. Oleh demikian, saya berhasrat untuk ke Pejabat Rasmi PBN Pahang bagi mendapatkan pencerahan tentang isu pencerobohan tanah Raub dan sekaligus ingin menghantar satu memorandum kepada Tuanku Sultan Pahang akan perihal status kes ini serta menzahirkan rasa kesal dan jelik akan sikap pegawai-pegawai PBN Pahang di hadapan dan di belakang Tuanku Sultan Pahang.
Sekian, harap maklum.
Ikhlas,
CIKGU IZZAT JOHARI
*Salah seorang Aktivis (PEMBELA) yang bersama-sama naik ke kawasan pencerobohan tanah Raub pada 13 September 2020.
Tonton Video Pendedahan Kawasan Pencerobohan Tanah Raub Di sini: https://youtu.be/6X06YqZWNu0?si=xLkudT4Hv0YMNTRZ
sk: Kesultanan Pahang