06/02/2026
(10) LANGKAH PERLU DIBUAT BILA DIREMPUH UJIAN
ISLAM itu kemuncaknya ialah (dalam ujian) ialah qada dan qadar. Maka kalau kita benar-benar nak menjernihkan keIslaman kita, bila berlaku ujian yang kita tak s**a maka belajar diamkan mulut terlebih dahulu.
Jangan cepat nak komen. Jangan (persoalkan) tapi diam.
Tarik nafas dalam-dalam.
1. Diam, jangan merungut tapi diam
2. Sebut: إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
3. Sebut: اللَّهُمَّ أجُرْنِي فِي مُصِيْبَتي، وأخْلِفْ لِي خَيْراً مِنْهَا
“Ya Allah berilah pahala atas ujian ini, dan gantikan aku yang lebih baik.”
4. Tarik nafas dan katakan: حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ
“Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).”
5. Sebut: اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
“Allah, Allah Tuhanku, aku takkan menyekutukanNya dengan sesuatu.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
6. Sebut: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ
7. Sebut lagi: لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
8. Kemudian berselawat: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
9. Berwuduk
10. Solat sunat dua rakaat, memohon bimbingan Allah.
Ini cara orang Islam yang sebenar (dalam menghadapi uijan). Bukanlah orang Islam yang sebenar bila berlaku (ujian) yang dia tak s**a, dia mula termenung, menyesali nasib, membandingkan diri dengan orang lain, putus asa.
Yang ada keinginan bunuh diri,
Menyendiri, atau membuat perkara-perkara yang merugikan.
Paling buruk dan teruk daripada itu, melihat Allah tak sayang. Ini perangai buruk manusia yang disebut oleh Allah:
وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَـٰنَنِ
“Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
(Surah Al-Fajr, 16)
Bila kita mula kata Allah tak sayang, kita dah melintasi sempadan yang bahaya kerana Allah kata, Allah sayang semua hambaNya.
وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۢ ۚ
“Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah Al-A’raf, 156)
TOKKU PASIR GUDANG
6.2.2026