Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia"

Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia" "Dimana Bumi Dipijak, Disana Langit Dijunjung"

SALAM AWAL MUHARRAMBarisan Kepimpinan beserta Ahli Jawatankuasa dan Barisan Bundo Kanduang Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan ...
16/06/2026

SALAM AWAL MUHARRAM

Barisan Kepimpinan beserta Ahli Jawatankuasa dan Barisan Bundo Kanduang Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia" mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1448 Hijriah kepada umat Islam dimana sahaja berada.

Semoga tahun baru Hijriah membawa keberkatan, kedamaian dan kesejahteraan buat kita semua.
Aamiin Yaa Rabbal A'laamiin


Tahniah dan syabas buat YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim atas penganugerahan lambang dan salutasi sebagai Bu...
24/05/2026

Tahniah dan syabas buat YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim atas penganugerahan lambang dan salutasi sebagai Budayawan dan Penulis Sosio Budaya, Adat dan Budaya Nusantara Minangkabau dan Negeri Sembilan dari Minang Minang Diaspora Global Network dan Universitas Yarsi Jakarta.



Rabu, 20 Mei 2026 / 3 Zulhijjah 1447 HKodai Makan Ain, Perkampungan BudayaTerachi, Kuala Pilah.Negeri Sembilan Darul Khu...
20/05/2026

Rabu, 20 Mei 2026 / 3 Zulhijjah 1447 H
Kodai Makan Ain, Perkampungan Budaya
Terachi, Kuala Pilah.
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Silaturahim dan makan tengahari bersama YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim (Pengasas dan Pengerusi Yayasan Budi), turut hadir YBhg Drs.Shamsuddin Ahmad Mantan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Encik Syahrial Tarmizi, Tuan Noor Hamizan Ja'afar dan Dato' Simajo dari Kuala Pilah, Saudara Saha dari Rembau.

Banyak ilmu yang diperolehi yang di selang-selingi dengan pantun seloka dan petua serta nasihat yang tidak lekang dari setiap ucapan YBhg Tan Sri Rais.
Semoga Allah selalu lindungi beliau dan dimudahkan segala urusan.
Aamiin Yaa Rabbal A'laamiin.








Isnin, 18hb Mei 2026 / 1 Zulhijjah 1447 H.Sekretariat Pertubuhan JM3Jalan Jelatik, Keramat Kuala Lumpur Wilayah Persekut...
18/05/2026

Isnin, 18hb Mei 2026 / 1 Zulhijjah 1447 H.
Sekretariat Pertubuhan JM3
Jalan Jelatik, Keramat Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia.

Menerima kunjungan Puan Noor Naelil Masruroh Asisten Prof Departemen Of Humanities Diponegoro University/ PhD Student Nagoya University Japan dalam kajian Family Bisnis etnik Minangkabau di Malaysia dengan Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia" yang di raikan oleh YBhg Mej. Gen (B) Dato' Amir Baharuddin (Penasihat JM3), Datin Gusmiati Khatib (Pemantau Bundo Kanduang JM3), Encik Syahrial Tarmizi (Setiausaha Agung JM3), Encik Haswin Darwis (Timbalan Setiausaha Agung JM3), Puan Yenti Gusni Datuk Paduko Maharajo (AJK Bundo Kanduang JM3) dan Encik Arnoldi Mahar (suami puan Yenti).

Terima kasih di ucapkan kepada Dr. Suryadi Sunuri Pensyarah Unersiti Leiden Belanda yang telah memperkenalkan Pertubuhan JM3 dan mengaturkan pertemuan ini.



Sabtu, 16hb Mei 2026 / 29 Zulkhaedah 1447 HHari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Sembilan "Menyatukan Dunia Terpisah...
16/05/2026

Sabtu, 16hb Mei 2026 / 29 Zulkhaedah 1447 H

Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Sembilan "Menyatukan Dunia Terpisah" yang di rasmikan oleh YB Dato' Mohd Zafri bin Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di Muzium Negeri Sembilan, Seremban.

Majlis turut diraikan dengan kehadiran tetamu jemputan dif-dif kehormat (YBhg Datuk Bandaraya Seremban, YBhg Ketua Polis Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Pengarah Agensi Kerajaan), Perwakilan Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan di Seremban, Perwakilan Persatuan/NGO Bukan Kerajaan (Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia") yang di wakili oleh Encik Syahrial Tarmizi (Setiausaha Agung JM3), Puan Mulyati Syahruddin (Ketua Bundo Kanduang JM3), Puan Yeni Nofaliza Syafrizal (Setiausaha Bundo Kanduang JM3), Puan Yenti Gusni Datuk Paduko Maharajo (AJK Bundo Kanduang JM3).

Majlis diserikan lagi dengan ceramah Culture Talk "Falsafah Naga Dalam Budaya Tempatan" oleh Encik Azzaha bin Ibrahim, Persembahan Tari Piring Lambung, Cabutan Bertuah, Donor Darah, Gerai Kraftangan Cenderamata dan Gerai Makanan Tradisional dan Gerai Air Minuman Segar.



Khamis, 30 April 2026Wisma Budi159, Jalan Tuanku Abdul RahmanKuala Lumpur Malaysia.Kunjungan hormat kepada YBhg Tan Sri ...
11/05/2026

Khamis, 30 April 2026
Wisma Budi
159, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur Malaysia.

Kunjungan hormat kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim (Pengasas dan Pengerusi Yayasan Budi), Tn Hj Mesran Mohd Yusof (Presiden JM3) dan En. Syahrial Tarmizi (Setiausaha Agung JM3) membincangkan halatuju dan program aktiviti Pertubuhan JM3 kehadapannya. Serta melawat cadangan pejabat baharu Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia" untuk urusan pentadbiran dan aktiviti di Wisma Warisan, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, 11 Mei 2026
Sekretariat Pertubuhan JM3
Jalan Jelatik Keramat
Kuala Lumpur Malaysia.

Mesyuarat AJK Pertubuhan JM3 Ke 3/2026 bersama AJK Bundo Kanduang JM3.
Membahas dan merancang persiapan beberapa agenda program dan aktiviti Pertubuhan JM3 tahun 2026 :
> Jemputan dari pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) Seremban NSDK.
> Adat Perpatih : Sejarah, Peranan dan Perkembangannya.
> Kerjasama antara Pertubuhan JM3 dengan Universitas B**g Hatta (UBH) Padang Sumatera Barat Indonesia.
> Kunjungan Hormat dalam rangka Mengeratkan Hubungan Silaturahim dan Ukhuwah Islamiyah Persatuan Bundo Kanduang Padang Kota dan Bundo Kanduang Koto Nan Gadang Payakumbuh Sumatera Barat Indonesia ke Pertubuhan JM3.



Sabtu, 18 April 2026 bersamaan 29 Syawal 1447 H.Alhamdulillah, Majlis Halal Bi Halal dan Jamuan Raya Pertubuhan JM3 - "P...
19/04/2026

Sabtu, 18 April 2026 bersamaan 29 Syawal 1447 H.

Alhamdulillah, Majlis Halal Bi Halal dan Jamuan Raya Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia" berjalan dengan lancar dan penuh ukhuwwah yang telah di sempurnakan oleh kehadiran YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama DR Rais Yatim (Pengasas dan Pengerusi Yayasan Budi) diiringi oleh Puan Sri Masnah Rais, YBhg Mej. Gen. (B) Dato' Amir Baharuddin (Penasihat JM3), YBrs Tuan Haji Mesran Yusop (Presiden JM3), Tuan Haji Buchari Ibrahim (Timbalan Presiden JM3), YBhg Dato' Zaharin Yasin (Presiden Perkasa Malaysia), Barisan Ahli Jawatankuasa JM3 yang diketuai oleh En Syahrial Tarmizi (Setiausaha Agung JM3) dan En Haswin Darwis (Timbalan Setiausaha Agung JM3) serta Barisan Jawatankuasa dan Ahli Bundo Kanduang JM3 dan majlis turut di raikan dengan kehadiran dari perwakilan-perwakilan Pertubuhan/Persatuan Minang Sahabat seluruh Malaysia.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia (Pertubuhan JM3) sukacit...
17/04/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia (Pertubuhan JM3) sukacitanya memaklumkan barisan kepengurusan Bundo Kanduang JM3 (BK - JM3) Tahun 2026 - 2027..

Semoga Allah memberkati dan merahmati barisan kepengurusan Jawatankuasa Pertubuhan JM3 dan barisan kepengurusan Bundo Kanduang JM3 kehadapannya.
Aamiin Yaa Rabbal A'laamiin

Khamis, 5 Mac 2026 / 15 Ramadhan 1447 H.Terima kasih yang tiada terhingga di ucapkan kepada Mamak Gadang (Tan Sri Rais) ...
05/03/2026

Khamis, 5 Mac 2026 / 15 Ramadhan 1447 H.

Terima kasih yang tiada terhingga di ucapkan kepada Mamak Gadang (Tan Sri Rais) yang telah menaja majlis berbuka puasa barisan Ahli Jawatankuasa dan Bundo Kanduang Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia (JM3) di Restoren Budi Minang jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Malaysia.

Pelbagai juadah dan menu masakan tradisonal asli Minangkabau telah di sajikan seperti Gulai Tunjang (Urat Keting Lembu), Masak Lemak Ayam Kampung, Randang Daging, Ayam Kampung Goreng Balado, Paru Goreng, Gulai Sayur Kapau, Telur Dadar, Sambal Lado Hijau dan teramat istimewa sekali Murtabak Budi betul-betul sedap dan nikmat (tabik salero) yang tiada duanya di Kuala Lumpur serta air jus buah Tembikai (Semangka) serta jus buah Oren segar pembuka puasa serta pencuci mulut Sanok Pisang campuran Beluluok dan Ubi Keledek yang sangat menyelerakan.

Selepas jamuan berbuka puasa bersama di teruskan dengan menunaikan shalat Maghrib di Surau Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur yang sangat selesa dan bersih.

Sebelum balik, singgah semula di Restoren Budi Minang untuk menikmati menu istimewa Murtabak Budi dan secawan kopi O panas tanpa gula

Semoga Mamak Gadang {Tan Sri Rais) selalu dikurniakan kesihatan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Serta tidak lupa juga di doakan semoga Restoren Budi Minang Kuala Lumpur tambah maju jaya dan sukses selalu.
Aamiin Yaa Rabbal A'laamiin.


Selasa, 18hb November 2025.Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia" menerima dan meraikan ...
19/11/2025

Selasa, 18hb November 2025.

Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia" menerima dan meraikan kedatangan tetamu dari Ranah Minangkabau iaitu Ikatan Pengusaha Muslimah Indonesia (IPEMI) Payakumbuh Sumatera Barat Indonesia seramai 15 orang dalam rangka Kunjungan Hormat dan Silaturahim dengan perantau asal Ranah Minangkabau di Malaysia.

Satu kesefahaman telah disepakati kerjasama dalam bidang Ekonomi, Pendidikan dan UKM antara Pertubuhan JM3 dengan IPEMi Payakumbuh Sumatera Barat Indonesia untuk masa kehadapannya.

Rombongan IPEMI Payakumbuh Sumatera Barat Indonesia seramai 15 orang ini di ketuai oleh Puan Hajjah Erillia Binta Yos SE atau lebih esra disapa Puan Hajjah Bonita. Beliau merupakan anak kepada Mantan Walikota Payakumbuh tahun 80an Bapak Capt. Yose Rizal.



Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan JM3 - "Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share