14/08/2026
HEBAHAN PROGRAM: PROGRAM MODUL JATI DIRI PELATIH DAR ASSAADAH 2026
Program Modul Jati Diri Pelatih Dar Assaadah 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari, bermula 10 - 14 Ogos 2026.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Puan Damithah binti Iberahim, Timbalan Pengurus Kanan, Bahagian Pembangunan Insan. Turut hadir Puan Nurul Fatihah binti Ibrahim, Pengetua Dar Assaadah serta warga kerja Dar Assaadah.
Program ini bertujuan membentuk dan memperkukuh jati diri, keyakinan, disiplin serta nilai-nilai murni dalam diri para pelatih sebagai bekalan untuk membina kehidupan yang lebih positif dan bermakna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini serta para pelatih yang memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh sepanjang program ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada perubahan diri yang lebih baik.
Semoga para pelatih Dar Assaadah terus melangkah dengan yakin, cekal dan penuh harapan dalam membina masa depan yang lebih gemilang.