Hishamuddin Hashim

Call Directions Website

Hishamuddin Hashim Peguambela & Peguamcara | Setiausaha Agong MHO. Memberikan nasihat undang-undang & akses kepada keadilan dengan memastikan kesamarataan di sisi undang-undang.
(1)

Penyerahan Surat oleh Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim kepada Jabatan Peguam Negara berhubung kes pelaburan...
20/10/2026

Penyerahan Surat oleh Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim kepada Jabatan Peguam Negara berhubung kes pelaburan yang melibatkan 15 syarikat telah lesap dan diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) di Jabatan Peguam Negara Putrajaya. 20hb Oktober 2026 (Selasa)

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan dan menilai semula keputusan mengklasifikasikan siasatan kes pelaburan I-Serve sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, keputusan yang dimaklumkan AGC menerusi surat bertarikh 21 Ogos lalu menimbulkan rasa terkilan dalam kalangan pelabur yang mendakwa mengalami kerugian

Menurutnya, pihak peguam sebelum ini telah mengemukakan rayuan pada 4 Ogos lalu supaya kes berkenaan diteliti secara menyeluruh, bukan sekadar melalui tindakan pentadbiran Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, MHO turut mengambil perhatian terhadap laporan The Edge Malaysia pada 30 Julai lalu mengenai lebih 200 pelabur yang memperoleh penghakiman ingkar terhadap Allan Goh dan beberapa syarikat berkaitan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Hishamuddin menjelaskan penghakiman sivil itu tidak secara automatik membuktikan kesalahan jenayah kerana kedua-dua prosiding mempunyai tahap pembuktian berbeza.

Namun, katanya, perkembangan tersebut wajar diteliti bagi menentukan sama ada terdapat maklumat baharu yang boleh membantu siasatan lanjut.
Sehubungan itu, MHO mahu AGC menjelaskan asas keputusan NFA, termasuk sama ada penghakiman Mahkamah Tinggi berkenaan telah diambil kira sebelum keputusan dibuat.

Pertubuhan itu turut menggesa pihak berkuasa mempertimbangkan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti mencukupi mengenai kemungkinan pelanggaran undang-undang.

Hishamuddin menegaskan gesaan tersebut bukan bertujuan mendahului proses perundangan, sebaliknya memastikan semua bukti dan maklumat relevan diberikan pertimbangan sewajarnya.

β€œMHO berharap perkara ini diteliti secara telus, menyeluruh dan adil demi memelihara keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan negara,” menurut kenyataan itu.

MHO turut berharap AGC membuka ruang kepada pelabur mengemukakan dokumen serta keterangan tambahan bagi memastikan kepentingan ratusan individu yang terjejas terus mendapat perhatian.

Sumber : Harapandaily

MHO bersama mangsa pelaburan I-Serve hadir ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di sini hari ini, bagi menyerahkan memorandum ...
20/10/2026

MHO bersama mangsa pelaburan I-Serve hadir ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di sini hari ini, bagi menyerahkan memorandum mendesak penjelasan dan penilaian semula keputusan Tiada Tindakan Lanjut (NFA) terhadap kes berkenaan.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, keputusan mengklasifikasikan kertas siasatan kes pelaburan itu sebagai NFA perlu diperjelaskan, terutama apabila ramai pelabur mendakwa terjejas akibat program berkenaan.

Beliau berkata, memorandum itu antara lain meminta AGC menjelaskan asas dan alasan keputusan NFA, selain mempertimbangkan semula perkara berkenaan berdasarkan maklumat serta perkembangan berkaitan yang boleh membantu penilaian lanjut.

β€œMHO berpandangan perkara ini perlu diteliti secara menyeluruh dan tidak seharusnya terhad kepada tindakan pentadbiran oleh Bank Negara Malaysia semata-mata. Aspek undang-undang lain yang berkaitan juga wajar diberikan perhatian,” katanya hari ini.

Hishamuddin berkata, pihaknya mengambil perhatian maklum balas AGC bertarikh 21 Ogos lepas yang memaklumkan kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung program pelaburan I-Serve diklasifikasikan sebagai NFA.

Menurutnya, pihak peguam sebelum ini turut mengemukakan permohonan dan rayuan pada 4 Ogos supaya perkara itu diteliti dengan lebih lanjut.

Beliau berkata, antara perkembangan yang dibangkitkan ialah laporan mengenai lebih 200 pelabur yang memperoleh penghakiman secara ingkar terhadap Allan Goh dan syarikat berkaitan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur.

β€œMHO sedar penghakiman secara ingkar dalam prosiding sivil tidak dengan sendirinya membuktikan berlakunya kesalahan jenayah kerana tahap pembuktian bagi kedua-dua prosiding adalah berbeza.

β€œBagaimanapun, perkembangan itu wajar dipertimbangkan oleh pihak berkuasa bagi menilai sama ada terdapat maklumat material yang perlu diteliti dalam konteks siasatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, MHO menggesa AGC menjelaskan sama ada perkembangan berkaitan penghakiman Mahkamah Tinggi berkenaan telah dipertimbangkan sebelum keputusan NFA dibuat.

Hishamuddin berkata, pihak berkuasa juga wajar mempertimbangkan keperluan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat asas mencukupi untuk meneliti kemungkinan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan.

β€œIsu ini melibatkan kepentingan awam kerana sejumlah besar pelabur terjejas dan kerugian yang ditanggung memerlukan perhatian sewajarnya.

β€œKami berharap perkara ini dapat diteliti secara telus, menyeluruh dan adil demi memastikan kepentingan mangsa diberikan pertimbangan sewajarnya serta memelihara keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan negara,” katanya lagi.

Beliau berkata, MHO turut berharap pihak berkaitan diberikan ruang mengemukakan dokumen dan maklumat tambahan bagi membantu AGC membuat pertimbangan lanjut.

Katanya, usaha itu bukan bertujuan mendahului proses undang-undang, sebaliknya memastikan setiap maklumat relevan dinilai secara sewajarnya.

β€œMHO berpandangan perkara ini perlu diteliti secara menyeluruh dan tidak seharusnya terhad kepada tindakan pentadbiran oleh Bank Negara Malaysia semata-mata. Aspek undang-undang lain yang berkaitan juga wajar diberikan perhatian,”

20/10/2026

MHO Desak Penjelasan Dan Penilaian Semula Keputusan NFA Kes Pelaburan I-Serve Demi Keadilan Ratusan Pelabur

Sesi Taklimat Pengurus Kes MHO Klang.Jom sertai kami pada :πŸ“… 22 Oktober 2026 (Khamis)πŸ•’ 8:30 malamπŸ“ MHO Klang, 276-1, Jal...
18/10/2026

Sesi Taklimat Pengurus Kes MHO Klang.

Jom sertai kami pada :
πŸ“… 22 Oktober 2026 (Khamis)
πŸ•’ 8:30 malam
πŸ“ MHO Klang, 276-1, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor

18/10/2026

TAKLIMAT PENGURUS KES MHO DI TAWAU

MEMBANTU MASYARAKAT, MEMPERJUANGKAN HAK ASASI SAMBIL MENJANA PENDAPATAN

MHO telah mengadakan sesi Taklimat Pengurus Kes yang turut dihadiri oleh masyarakat setempat di Tawau, Sabah. Sesi ini bertujuan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai fungsi, peranan dan perkhidmatan MHO, khususnya dalam memperjuangkan isu hak asasi dan kemanusiaan melalui saluran perundangan yang sah.

MHO turut membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai organisasi ini sebagai aktivis dan pengurus kes di Cawangan MHO Tawau. Penyertaan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama membantu golongan yang memerlukan pembelaan, di samping membina kemahiran dan pengalaman dalam bidang advokasi serta pengurusan kes.

MHO menjemput semua pihak yang mempunyai minat dan semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat agar tampil menyertai keluarga besar MHO Family.

Antara kelebihan menyertai MHO Family ialah peluang untuk menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran, membantu masyarakat yang berhadapan dengan isu hak asasi dan kemanusiaan, serta menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga melalui program dan aktiviti yang disediakan oleh MHO.

Marilah bersama MHO Family untuk membina masa depan yang lebih baik, membantu masyarakat yang memerlukan dan memperjuangkan keadilan melalui saluran perundangan.

MHO β€” STAY HUMAN

16/10/2026

Warga Tawau, Jumpa kami di pejabat MHO Tawau esok! 17 oktober 2026, jam 8:30 malam.

TB 15604, Lot 59 Tingkat 2 Blok C, Kubota Square, Jalan Kabota, 91000 Tawau.

⇛⇛⇛
Hubungi kami ditalian : 019 538 0000 / 019 2644 100 atau whatsapp : https://wa.me/60195380000 / https://wa.me/60192644100

Address

Suite C-3A-6, Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60195380000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hishamuddin Hashim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share