21/05/2024
Kenyataan penutupan laman media sosial
Sejak tertubuhnya pertubuhan ini pada tahun 2017, banyak aktiviti kebajikan bersama masyarakat dan sesama ahli telah kami jalankan antaranya bersama anak yatim, asnaf, gelandangan dan tak lupa jugak bersama NGO lain.
Banyak jugak kenangan pahit manis s**a dan duka dengan semua yang terlibat sepanjang pertubuhan ini aktif.
Sayang sekali admin ingin menyatakan Pertubuhan sudah tidak sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Akan tetapi kami akan tetap melakukan aktiviti kebajikan seperti biasa dan kami akan sentiasa menyokong aktiviti kebajikan bersama NGO lain yang masih aktif.
Kenyataan ini juga dibuat untuk menyatakan tiada mana-mana individu dan kumpulan yang menyalahgunakan nama baik JAJ selama ini. Jika ada sebarang kemusykilan dan kekeliruan boleh terus hubungi kami.
Akhir sekali kami ingin berterima kasih semua ahli jawatan kuasa, semua ahli JAJ, followers, subscribers dan semua individu dan kumpulan yang sentiasa mengikuti perkembangan kami.
Maafkan segala kesilapan dan kekurangan kami sepanjang kami menjalankan aktiviti bersama, maafkan kami andai ada tutur bahasa dan tulisan kami di semua media sosial yang menyingung, kurang sopan dan tidak beradab.
Sekian, terima kasih