Yayasan Kanser Malaysia

Yayasan Kanser Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Kanser Malaysia, Non-Governmental Organization (NGO), 41B, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Drive Ismail, Kuala Lumpur.

The official page for Yayasan Kanser Malaysia, focused on spreading cancer awareness by promoting health, wealth and social development campaigns throughout Malaysia.

Alhamdulillah.. Program Ziarah Kasih Yayasan Kanser Malaysia telah menyantuni pesakit kanser kanak-kanak di Wad Hematolo...
14/03/2026

Alhamdulillah.. Program Ziarah Kasih Yayasan Kanser Malaysia telah menyantuni pesakit kanser kanak-kanak di Wad Hematologi Hospital Pakar Kanak-kanak UKM. Sebanyak 500 pek bubur lambuk telah diserahkan kepada pihak hospital untuk diagihkan kepada pesakit, keluarga pesakit dan juga staff HPKK UKM. Program tahunan ini merupakan kerjasama Yayasan Kanser bersama Yayasan Myprihatin dan PruBSN.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat menyerikan pesakit Kanak-kanak ini.


Alhamdulilah.. Bersempena Hari Kanser Sedunia baru-baru ini Yayasan Kanser Malaysia telah menyumbangkan 5 Kerusi Roda un...
01/03/2026

Alhamdulilah.. Bersempena Hari Kanser Sedunia baru-baru ini Yayasan Kanser Malaysia telah menyumbangkan 5 Kerusi Roda untuk disumbangkan kepada pesakit kronik yang terdiri daripada pesara PDRM Kuala Lumpur. YKM telah menyalurkan sumbangan ini melalui Majlis Sumbangan Seri Negara anjuran Yayasan Seri Negara dan PDRM Kuala Lumpur.

Pihak YKM berharap sumbangan kerusi roda ini dapat membantu meringankan beban pesakit dan keluarga. Dalam majlis ini juga seramai 200 penerima golongan asnaf PDRM KL telah menerima sumbangan wang tunai dan bantuan bakul makanan oleh penyumbang. Terima Kasih kepada penyumbang.


4 Februari— Hari Kanser Sedunia 🤍🩷Bulan ini, kita bukan sekadar memperingati ,kita meraikan pejuang kanser yang tidak pe...
05/02/2026

4 Februari— Hari Kanser Sedunia 🤍🩷

Bulan ini, kita bukan sekadar memperingati ,kita meraikan pejuang kanser yang tidak pernah lekang dengan senyuman, walau diuji dengan sakit, rawatan yang panjang, dan hari-hari yang melelahkan. Senyuman itu bukan tanda semuanya mudah… tetapi tanda keberanian yang luar biasa.

Untuk setiap pesakit, survivor, dan keluarga yang setia menemani,terima kasih kerana terus melangkah, satu hari demi satu hari.
Dan untuk kita semua: teruskan menyokong. Kadang-kadang, satu doa, satu mesej, satu pelukan, atau sekadar hadir untuk mendengar… sudah cukup memberi kekuatan.

Setiap senyuman adalah satu kemenangan.

Di sebalik senyuman kecil ini, ada perjuangan yang sangat besar.Adik Muhammad Amzar Zufar, 6 tahun, sedang bertarung den...
01/12/2025

Di sebalik senyuman kecil ini, ada perjuangan yang sangat besar.

Adik Muhammad Amzar Zufar, 6 tahun, sedang bertarung dengan kanser leukemia (AML). Baru-baru ini, kakinya tiba-tiba sakit dan kini adik Amzar tidak lagi mampu bergerak seperti biasa, kemungkinan kesan daripada rawatan kemoterapi yang sedang dijalani.

Melalui sumbangan sebuah kerusi roda daripada Yayasan Kanser Malaysia, kami berharap dapat memudahkan setiap langkah perjalanan rawatan adik Amzar — dan sedikit meringankan beban ibunya yang sebelum ini terpaksa mendukung ke sana sini.

Semoga Allah kurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketenangan buat adik Amzar serta keluarganya. Doa kalian semua sangat berharga buat mereka. 🤍


Alhamdulillah sukarelawan Ziarah Kasih YKM telah menyampaikan sumbangan kerusi roda khas kepada En Sharifuddin bin Moham...
24/10/2025

Alhamdulillah sukarelawan Ziarah Kasih YKM telah menyampaikan sumbangan kerusi roda khas kepada En Sharifuddin bin Mohammad yang menetap di Muar, Johor. En Sharifuddin merupakan pesakit kanser dan juga penyakit kronik lain seperti Darah tinggi dan juga ditimpa ujian stroke baru-baru ini sehingga menyebabkan kesukaran bergerak.

Pihak YKM berharap sumbangan kerusi roda ini dapat meringankan beban En Sharifuddin sekeluarga. InsyaAllah


Alhamdulillah.. Yayasan Kanser Malaysia telah menaja 12 buah kerusi roda kepada Ibupejabat Polis Daerah Cheras dalam usa...
18/07/2025

Alhamdulillah.. Yayasan Kanser Malaysia telah menaja 12 buah kerusi roda kepada Ibupejabat Polis Daerah Cheras dalam usaha membantu pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di balai-balai polis dindaerah Cheras.

Selain itu sumbangan amal juga turut diberikan kepada 20 penerima asnaf yang terdiri daripada pesakit kronik termasuk kanser dan golongan asnaf. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan dan membantu mereka. InsyaAllah


Address

41B, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Drive Ismail
Kuala Lumpur
60000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Kanser Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Kanser Malaysia:

Featured

Share