16/07/2021
Sumbangan Bakul Makanan Timang sebanyak 21 set bantuan makanan kepada keluarga yang terkesan di PPR Muhibbah Bukit Jalil dan luar kawasan.
Alhamdulillah semua urusan sumbangan setiap minggu telah berjalan dengan lancar.
Antara penerima bantuan Bakul Makanan Timang adalah Puan S. Puan S mempunyai anak yang masih kecil dan suaminya menghidap cancer kaki dan kini tidak dapat bekerja seperti biasa.
Selain itu, Puan N tinggal bersama anak dan 2 cucu yang masih kecil. Puan N tiada pendapatan yang tetap.
Manakala Tuan R tiada pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan dan menjual kek lapis di mereta tempat untuk menampung kelansungan hidup sekeluarga.
Alhamdulillah, bantuan Bakul Makanan Timang berjaya disampaikan kepada yang memerlukan hari ini. Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan hidup mereka.
Kepada yang memerlukan bantuan Bakul Makanan Timang ini, boleh hubungi No telefon di bawah 👇🏻
http://www.wasap.my/60198812667/BakulMakananTimang
http://www.wasap.my/60198812667/BakulMakananTimang