09/09/2026
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menganjurkan Sesi Wacana Buku 'Expressions of Merdeka Malaysia' pada 5 September 2026 bertempat di Institut Masa Depan Malaysia.
Bersempena bulan kemerdekaan, sesi ini menjadi ruang perbincangan dan pertukaran pandangan antara tokoh dan generasi muda dalam menelusuri makna kemerdekaan, sejarah, masyarakat dan identiti Malaysia.
Perbincangan forum menyoroti latar belakang dan penghasilan buku ini, perubahan dalam memahami dan menghayati kemerdekaan antara generasi, serta kepentingan sejarah dan pengalaman pembentukan Malaysia. Sesi ini turut mengupas peranan dan tanggungjawab generasi kini dalam meneruskan penghayatan kemerdekaan serta menyumbang kepada masa depan negara.
MASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang hadir serta mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Seri Abdul Mutalib Mohamed Razak atas perkongsian yang bermakna dan membuka ruang untuk melihat kembali makna kemerdekaan dari pelbagai perspektif.
Melalui penganjuran sesi wacana seperti ini, MASA komited untuk terus menggalakkan pemikiran kritis dan reflektif serta menyediakan ruang dialog yang bermakna dalam memperluas perspektif masyarakat terhadap pelbagai isu dan perkembangan semasa.
Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇️
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com