Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah

Call Directions Website Contact the organization

Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah (SMKPW @ SMPW) Kuala Lumpur, Malaysia

SMK Puteri Wilayah yang terletak di Kampung Baru berhadapan dengan Kelab Sultan Sulaiman ditubuhkan pada tahun 1965 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kampung Bharu. Selepas didaftarkan pada 11 jun 1966, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Puteri wilayah dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah. Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah ditubuhkan dan mendapat kelulusan secara rasmi dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 27 Disember 2023 bertujuan untuk menghimpunkan semua warga SM Kampung Baru, SMPW dan SMKPW bagi bersama-sama membantu menyumbang tenaga, idea dan kepakaran serta bantuan kewangan untuk pembangunan pelajar dan sekolah.

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺSemoga sambutan Maulidur Rasul menyemarakkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

Semoga sambutan Maulidur Rasul menyemarakkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak, amanah, keadilan dan kasih sayang Baginda dalam kehidupan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Salam Aidiladha 🌙✨Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.Sem...
27/05/2026

Salam Aidiladha 🌙✨

Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

Semoga setiap pengorbanan, usaha dan doa yang dipendam selama ini dipermudahkan serta digantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Hargailah masa bersama keluarga tersayang, eratkan silaturahim dan semoga hati sentiasa dipenuhi rasa syukur 🤍

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir & batin 🐄✨

16 MEI 2026SELAMAT HARI GURU KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK NEGARAGuru ialah tunjang pembangunan bangsa, pembentuk akhlak...
17/05/2026

16 MEI 2026
SELAMAT HARI GURU KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK NEGARA

Guru ialah tunjang pembangunan bangsa, pembentuk akhlak serta pencetus masa depan Malaysia yang cemerlang. Jasa dan pengorbanan para guru mendidik generasi dengan ilmu, nilai dan semangat patriotisme amat dihargai.

Semoga semua guru terus dikurniakan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa.

Buat semua wanita hebat dan seluruh rakyat Malaysia, anda bukan sekadar pekerja, anda adalah nadi kekuatan negara. Terus...
01/05/2026

Buat semua wanita hebat dan seluruh rakyat Malaysia,
anda bukan sekadar pekerja, anda adalah nadi kekuatan negara. Terus melangkah, terus berbakti, dan terus menjadi inspirasi, kerana Malaysia ini kuat kerana anda 🇲🇾

Ikhlas daripada
💖 Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah

Assalamualaikum w.b.tKepada yang mengenali Cikgu Azizah.Dukacita dimaklumkan bahawa Hajjah Wan Azizah binti Wan Mohd Sal...
15/04/2026

Assalamualaikum w.b.t

Kepada yang mengenali Cikgu Azizah.

Dukacita dimaklumkan bahawa Hajjah Wan Azizah binti Wan Mohd Salleh (88) telah kembali ke rahmatullah pada 13 April 2026.

Semoga roh Alhmarhumah ditempatkan dikalangan para solihin.

Al-Fatihah.

20/03/2026

Pagi Syawal yang mulia,
Takbir bergema memecah sunyi desa,
Huluran tangan tanda kasih mesra,
Salah dan silap dipohon bersama.

Andai ada kata tersalah bicara, andai ada hati pernah terasa, ampun dipinta seikhlas jiwa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas daripada
Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”(Surah Al-Qadr: 1)Marilah kita bersama-sama...
07/03/2026

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”
(Surah Al-Qadr: 1)

Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa agung turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh manusia. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini mengingatkan kita agar sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam membentuk kehidupan yang beriman, berakhlak dan sejahtera.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang dekat dengan Al-Quran.

Marhaban Ya RamadanSempena kehadiran bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini, marilah kita menyambut Ramadan dengan h...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadan

Sempena kehadiran bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini, marilah kita menyambut Ramadan dengan hati yang ikhlas, memperbanyakkan ibadah, memperbaiki diri serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan jiwa, keberkatan dalam kehidupan serta mengukuhkan semangat kebersamaan dan kepedulian dalam kalangan warga alumni.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
Semoga setiap amalan diterima dan diberkati.

Ikhlas daripada
Pengerusi & AJK Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah

🧧 Selamat Tahun Baru Cina 🧧Semoga Tahun Kuda membawa semangat, kekuatan dan kejayaan berterusan kepada warga & bekas pel...
16/02/2026

🧧 Selamat Tahun Baru Cina 🧧

Semoga Tahun Kuda membawa semangat, kekuatan dan kejayaan berterusan kepada warga & bekas pelajar SMKPW yang meraikannya.

Semoga tahun ini dipenuhi dengan kemakmuran, kesihatan dan kebahagiaan.

Gong Xi Fa Cai!

🌸 Gambar kenangan sekitar Majlis Hi-Tea SMK Puteri Wilayah pada 24 Januari 2026 (Sabtu), Jam 2.00 petang di Dewan SMK Pu...
26/01/2026

🌸 Gambar kenangan sekitar Majlis Hi-Tea SMK Puteri Wilayah pada 24 Januari 2026 (Sabtu), Jam 2.00 petang di Dewan SMK Puteri Wilayah 🌸





Address

SMK Puteri Wilayah, Jalan Dewan Sultan Sulaiman
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+601132144350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah:

Shortcuts

Sponsored

Share