KSIB SMK Seri Tasik

KSIB SMK Seri Tasik Platform perkongsian pelbagai maklumat & info semasa yang bermanfaat buat Warga SMKST. Turut bertind Ahli digalakkan meletakkan nama sendiri di ruang profil.
6.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Warga Ibubapa @ Penjaga SMKST,

Selamat datang ke WhatsApp & page Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB) SMKST 2018. Sebelum itu, izinkan saya berkongsi tujuan kumpulan WhatsApp & FB page ini diwujudkan:

- Sebagai platform untuk wakil ibubapa (PIBG) MENYALURKAN maklumat daripada pihak pentadbiran sekolah kepada warga ibubapa dan penjaga.
- Seb

agai saluran untuk warga ibubapa dan penjaga mengutarakan, memaklumkan atau berkongsi pertanyaan, maklumat dan lain-lain perkara yang perlu dibawa kepada perhatian pihak pentadbir sekolah.
- Turut menjadi saluran untuk warga ibubapa dan penjaga, berkongsi maklumat, gambar peristiwa berkaitan program dan aktiviti sekolah.
- Serta platform untuk perbincangan POSITIF dalam bertukar pendapat, cadangan yang bertujuan untuk penambahbaikan segala aspek bagi semua pihak iaitu pelajar, ibubapa, guru dan pentadbir sekolah. Maaf kerana mengambil masa untuk mewujudkan kumpulan ini, memandangkan pelbagai perkara dan kerjasama daripada beberapa pihak berkaitan diperlukan untuk memastikan usaha dan kewujudan kemudahan ini lebih efektif dan berterusan. Namun, disenaraikan beberapa dasar yang perlu diberi perhatian & dipatuhi oleh semua pihak untuk mengelakkan sebarang kesulitan timbul:
1. Ahli kumpulan terdiri daripada warga ibubapa dan penjaga pelajar – pelajar SMKST. Pelajar dan selain golongan di atas tidak dibenarkan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika didapati ia berlaku.
2. Perkongsian dan perbincangan atas perkara yang bermanfaat kepada majoriti ahli kumpulan dan berkaitan dengan pelajaran, pembelajaran, kebajikan dan kemenjadian anak – anak SMKST.
3. Penggunaan bahasa yang ringkas, padat dan tepat dengan objektif yang ingin disampaikan.
4. Menggunakan bahasa yang baik dan elakkan penggunaan bahasa kesat atau kasar.
5. Tidak digalakkan untuk memanjangkan atau berkongsi sebarang isu @ mesej berantai daripada kumpulan lain yang tidak berkaitan dengan objektif kumpulan ini, terutamanya sumber yang TIDAK SAHIH kebenarannya.
7. Jika kurang selesa dengan komen dan pendapat daripada ahli lain, digalakkan untuk dipadamkan sahaja “posting” tersebut.
8. “Cari titik PERSAMAAN dan raikan PERBEZAAN”. Hormati setiap pandangan dan cadangan yang diutarakan dan berfikir secara terbuka sebelum membuat sesuatu komen atau keputusan.
9. Bersifat APOLITICAL, dengan ini sebarang perbincangan mengenai politik TIDAK DIBENARKAN.


“RESPECT is earned, HONESTY is appreciated, TRUST is gained and LOYALTY is returned”

Semoga niat baik kita dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH hendaknya. Salam Silaturrahim,
Dr. Sa’ardin Abdul Aziz,
YDP PIBG SMKST,
Sesi 2018/2019
(Perintis platform FB/WA KSIB SMKST)

14/05/2026
14/05/2026
14/05/2026
Program Bubur Lambuk Seritas.
05/03/2026

Program Bubur Lambuk Seritas.

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭. 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝟭 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶. 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮...
12/01/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭.
𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝟭 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶. 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗺𝘂𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗣𝗞𝗜.
𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗢𝗥𝗜𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭 & 𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗣𝗣𝗞𝗜, 𝗦𝗠𝗞 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗧𝗮𝘀𝗶𝗸.
Semoga murid² ini dapat menyesuaikn diri di sekolah baharu dalam suasana baru.

SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI BAHARU AKADEMIK TAHUN 2026" Datang Dengan Harapan danPulang dengan Keja...
12/01/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI BAHARU AKADEMIK TAHUN 2026

" Datang Dengan Harapan dan
Pulang dengan Kejayaan "
Warga SMKST dan PIBG mengucapkan selamat datang dan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik.

Semoga sesi persekolahan yang baharu ini memberi motivasi dan semangat untuk terus menuntut ilmu.
📚 Diharapkan pada sesi 2026 ini murid akan sentiasa bersedia dan bersemangat untuk hadir ke sekolah.

📚 Selamat kembali ke sekolah dengan wajah ceria dan niat baharu yang positif.

📚 Bagi murid-murid baharu, semoga dapat menyesuaikan diri dengan guru², kawan² dan suasana baharu di sekolah.
𝗠𝗨𝗥𝗜𝗗 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗔, 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔, 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔 , 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔.

Address

Jalan Sri Permaisuri 1, Bdr Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Telephone

+60122644145

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KSIB SMK Seri Tasik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share