25/07/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Bukit Damansara telah menganjurkan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-88 YBhg Datoโ Haji Abdul Hanif Harun selaku Pengerusinya merangkap Bendahari Kehormat PERKIM Kebangsaan.
Majlis diraikan dalam suasana penuh meriah dan harmoni bertempat di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini, pada pagi Jumaat.
Majlis istimewa itu telah menghimpunkan lebih 50 orang tetamu termasuk kakitangan PERKIM Kebangsaan, ahli-ahli PERKIM Cawangan Bukit Damansara, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, kakitangan Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dan ahli keluarga.
Turut menyerikan acara ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad dan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang hadir memberikan sokongan dan ucapan tahniah kepada tokoh yang amat disegani dalam gerakan dakwah dan kebajikan Islam tanah air itu.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Muhammad Farhan Tee Abdullah, Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PERKIM Kebangsaan.
Beliau menyatakan penghargaan kepada semua hadirin atas sokongan dan semangat kebersamaan dalam meraikan seorang tokoh berjiwa besar.
Doa pembuka majlis p**a disampaikan oleh pelajar latihan industri Universiti Islam Selangor (UIS), Ariffuddin Aree.
Dalam ucapan menyentuh hati, Dato' Haji Abdul Hanif menyatakan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas anugerah kesihatan dan umur yang panjang hingga mencapai 88 tahun pada tarikh tersebut, yang juga kebetulan merupakan ulang tahun kelahiran isterinya, YBhg Datin Hajah Puteh Kalsom Shamsuddin yang kini berusia 78 tahun.
"Saya bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik. Dah lama saya tak menganjurkan majlis seperti ini, dulu saya selalu buat doa selamat, bacaan Yasin, Surah Al-Baqarah. Tapi sekarang sudah kurang larat," ujar beliau dengan nada rendah diri namun bersyukur.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir serta sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa menyokong perjalanan hidup dan khidmat beliau kepada PERKIM.
Mengimbau kembali perjalanan beliau dalam organisasi, beliau menyifatkan penglibatan dalam PERKIM sebagai satu ketentuan Allah yang tidak dirancang.
โDaripada Pengarah Dakwah, ke Pengarah Unit Komunikasi Dalam dan Luar Negara dan kini sebagai Bendahari Kehormat, saya berterima kasih kerana diberi peluang berkhidmat dalam pelbagai peringkat,โ katanya.
Datoโ Hanif turut berkongsi pengalaman beliau menyumbang dalam kerja-kerja kebajikan bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara minoriti Islam seperti Kemboja, Vietnam, Filipina dan Thailand.
Datoโ Abdul Hanif bersama isterinya Datin Puteh Kalsom berkesempatan memotong kek hari lahir dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Majlis diteruskan dengan acara jamuan makan tengah hari yang mesra dan penuh muhibah, memberi ruang kepada hadirin berinteraksi dengan tokoh yang dikenali dengan sifat rendah diri dan kesungguhannya dalam misi kebajikan dan dakwah Islam.
Antara menu juadah yang disediakan ialah nasi tomato, ayam masak merah, kek lobak merah, bubur kacang, bihun sup, keropok, teh tarik dan lain-lain.
Sambutan ini bukan sekadar memperingati umur yang bertambah, tetapi menzahirkan penghormatan terhadap jasa dan sumbangan seorang pemimpin yang telah mencurahkan sebahagian besar usianya untuk kerja-kerja dakwah, pembangunan insan dan kebajikan menerusi PERKIM.
Semoga Dato' Haji Abdul Hanif Harun serta seluruh ahli keluarga terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta keberkatan dalam usia.