Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

Call Directions Contact the organization

Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia Kongres ini terbuka kepada semua Kesatuan-Kesatuan Guru yang berdaftar

Barisan Kepimpinan KONGRES merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datuk Seri Fadhlina binti Sidek, Menteri ...
25/08/2026

Barisan Kepimpinan KONGRES merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datuk Seri Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penganugerahan tersebut adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, pada 24 Ogos 2026.

Semoga pengiktirafan yang penuh bermakna ini menjadi pemangkin untuk Yang Berhormat Datuk Seri terus cemerlang dalam memimpin dan memperkasakan pendidikan negara.

Ikhlas daripada
Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES)



PENYERAHAN MEMORANDUM KONGRES BERKAITAN POLISI PERLINDUNGAN MURIDSerah kepada : YBhg.Dr.Radin Muhd Imaduddin bin Radin A...
25/08/2026

PENYERAHAN MEMORANDUM KONGRES BERKAITAN POLISI PERLINDUNGAN MURID

Serah kepada :
YBhg.Dr.Radin Muhd Imaduddin bin Radin Abdul Halim.
Pegawai Tugas- Tugas Khas YBM Pendidikan Malaysia.

Senarai KONGRES :
1. CIKGU MOHAMAD ZAPAWI BIN MAMAT
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM)

2.CIKGU DR. MOHD SOBRI BIN YUSUF Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)

3. CIKGU MOHD NAZRI BIN MOHD NORAWAI Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB)

4. CIKGU M. ARJUNAN A/L MUROGAIAH Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Tamil Malaysia (KKGGSTM)

5. CIKGU WONG SEE LEE Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM)

6. CIKGU LIM JIT CHIN Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Malaya (KGGM)

7. CIKGU MOHD AZIZEE BIN HASAN Presiden Persatuan Ikatan Guru Muslim Malaysia (IGURU) (Rakan strategik)

"Bagaimanapun sesuatu dasar hanya akan mencapai matlamatnya sekiranya arahan yang dikeluarkan jelas, dokumen yang diguna...
23/08/2026

"Bagaimanapun sesuatu dasar hanya akan mencapai matlamatnya sekiranya arahan yang dikeluarkan jelas, dokumen yang digunakan konsisten, komunikasi disampaikan secara seragam dan peranan setiap pihak diperincikan dengan baik.

"KONGRES tidak mahu guru berada dalam keadaan dilema atau terpaksa membuat tafsiran sendiri terhadap sesuatu dasar yang boleh membawa implikasi terhadap tugas profesional mereka.

"Apa yang dituntut oleh KONGRES ialah kejelasan, keadilan dan perlindungan yang sewajarnya kepada semua pihak," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1401397/pelaksanaan-polisi-perlindungan-murid-perlu-ditambah-baik-elak-kekeliruan?fbclid=IwY2xjawT3WP5wZG9mBWV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkEDIyMjAzOTE3ODgyMDA4OTIAAR5Fj1LCoPmxBHJ5VCVmZSjbtbbjvLOJUrnnYaB9Gh4t60i7ksC1_cu8AQ30Eg_aem__6nBHOgzdL1281liCcpiEw

Kuala Lumpur: Pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid, khususnya berkaitan Borang Aku Janji di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2026, perlu diperjelaskan dan ditambah baik supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan guru dan pihak pengurusan sekolah.

KONGRES: PERLINDUNGAN MURID DISOKONG, KEJELASAN AKU JANJI DAN PERLINDUNGAN GURU WAJAR DIPERKUKUHKANKongres Kesatuan Guru...
23/08/2026

KONGRES: PERLINDUNGAN MURID DISOKONG, KEJELASAN AKU JANJI DAN PERLINDUNGAN GURU WAJAR DIPERKUKUHKAN

Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) menegaskan pendirian bahawa KONGRES menyokong Polisi Perlindungan Murid yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia demi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa terpelihara.

Namun demikian, KONGRES berpandangan bahawa pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid, khususnya berkaitan Borang Aku Janji di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2026, perlu diperjelaskan dan ditambah baik supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada guru serta pihak pengurusan sekolah.
KONGRES telah mengemukakan memorandum kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 21 Ogos 2026 bagi menyatakan pandangan dan cadangan berhubung pelaksanaan polisi tersebut.

KONGRES terdiri daripada 6 gabungan kesatuan iaitu Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM)
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB)
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Tamil Malaysia (KKGSTM)
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM)
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Melayu (KGGM)
Persatuan Ikatan Guru Muslim Malaysia (I-GURU) selaku rakan strategik.

KONGRES ingin menyatakan bahawa guru tidak pernah menolak tanggungjawab untuk memastikan murid berada dalam persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan bebas daripada penderaan, gangguan, eksploitasi, buli atau pengabaian.
Tanggungjawab menjaga murid juga bukan tanggungjawab guru semata-mata. Ia merupakan tanggungjawab bersama yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, pihak luar yang berurusan dengan murid serta seluruh komuniti pendidikan.

Pada masa yang sama, KONGRES menegaskan
Guru merupakan benteng barisan hadapan dalam melaksanakan tanggungjawab nendidik dan menjaga murid. Dalam melaksanakan amanah, guru turut terdedah kepada risiko perundangan, tatatertib, liabiliti sivil, siasatan dan pertuduhan.
Oleh itu, guru yang menjalankan tanggungjawab secara profesional, munasabah dan mengikut prosedur perlu diberikan perlindungan sewajarnya.

KONGRES melihat terdapat keperluan untuk KPM memberikan penjelasan yang lebih terperinci berhubung penggunaan perkataan “wajib” dalam SPI Bilangan 4 Tahun 2026.
Hal ini kerana dokumen tersebut menggunakan istilah “wajib”, sedangkan dalam sesi libat urus pada 14 Ogos 2026, dijelaskan bahawa tandatangan Aku Janji tidak membawa tindakan tatatertib dan lebih kepada tanda solidariti serta kebersamaan.

Perbezaan antara kandungan dokumen rasmi dengan penerangan di lapangan ini tidak seharusnya dibiarkan kerana boleh menyebabkan tafsiran yang berbeza di peringkat sekolah, PPD dan JPN.
KONGRES menegaskan bahawa penjelasan secara lisan sahaja tidak memadai.
Satu kenyataan bertulis yang rasmi, jelas dan seragam perlu ada supaya guru memahami dengan tepat kedudukan mereka serta implikasi sekiranya tidak menandatangani Aku Janji.

Sehubungan itu, KONGRES menyeru KPM supaya menyemak semula SPI Bilangan 4 Tahun 2026 bagi mengelakkan percanggahan dan kekeliruan dalam pelaksanaannya, di samping memberikan penjelasan rasmi mengenai status sebenar tandatangan Aku Janji, termasuk implikasi sekiranya seseorang guru tidak menandatanganinyaKenyataan rasmi ini akan memberi penjelasan bertulis yang seragam kepada JPN, PPD dan semua institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, tidak akan berlaku lagi kekeliruan dan percanggahan pendapat dikalangan mereka yang terlibat secara langsung dengan surat aku janji ini.

KONGRES percaya bahawa Polisi Perlindungan Murid merupakan dasar yang baik dan wajar diperkukuhkan.Namun, sesuatu dasar hanya akan mencapai matlamatnya sekiranya arahan jelas, dokumen konsisten, komunikasi seragam dan peranan setiap pihak diperincikan dengan baik.

KONGRES tidak mahu guru berada dalam keadaan dilema dan membuat tafsiran sendiri terhadap sesuatu dasar yang boleh membawa implikasi terhadap tugas profesional mereka.
Pada masa yang sama, KONGRES tidak mahu isu ini dilihat sebagai usaha guru untuk mengelak daripada tanggungjawab. Guru tetap akan melaksanakan amanah melindungi murid. Apa yang dituntut ialah kejelasan, keadilan dan perlindungan yang sewajarnya kepada semua pihak.

KONGRES percaya bahawa melindungi murid merupakan asas kepada pembentukan ekosistem pendidikan yang selamat, profesional dan berintegriti.

KONGRES menghargai kesediaan KPM menerima pandangan warga pendidik dan berharap isu ini dapat diselesaikan melalui pendekatan dialog, semakan dasar dan penyelarasan pelaksanaan.
Perlindungan murid ialah amanah bersama.
Kejelasan dasar ialah kunci kepada pelaksanaan yang berkesan.Walaubagaimanapun harus dilihat bahawa guru juga perlukan perlindungan.

MOHAMAD ZAPAWI BIN MAMAT
Presiden
Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES)

MAJLIS MAKAN MALAM LAMBAIAN KASIH & SANTUNAN BUDI KONGRESDAN KEJOHANAN BOLING MUHIBBAH 2026📅 21–22 Ogos 2026 | Ipoh, Per...
23/08/2026

MAJLIS MAKAN MALAM LAMBAIAN KASIH & SANTUNAN BUDI KONGRES
DAN KEJOHANAN BOLING MUHIBBAH 2026

📅 21–22 Ogos 2026 | Ipoh, Perak

Alhamdulillah, KONGRES telah berjaya menghimpunkan pimpinan kesatuan gabungan serta rakan strategik menerusi Majlis Makan Malam Lambaian Kasih dan Santunan Budi KONGRES serta Kejohanan Boling Muhibbah KONGRES 2026.

Majlis Makan Malam yang berlangsung pada 21 Ogos 2026 di Impiana Hotel Ipoh telah diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Dr. Radin Muhd Imaduddin bin Radin Abdul Halim, Pegawai Tugas-Tugas Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia.

Majlis ini menjadi medan menghargai jasa dan sumbangan mantan pimpinan serta tokoh pendidikan, di samping mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh jaringan kerjasama antara warga kesatuan.

Program diteruskan pada 22 Ogos 2026 dengan Kejohanan Boling Muhibbah KONGRES di Lite Superbowl JB 9, Angsana Ipoh Mall. Kejohanan menghimpunkan wakil kesatuan gabungan dan rakan strategik dalam suasana penuh muhibah, semangat kesukanan dan kebersamaan.

KONGRES menghimpunkan KGMMB, KKGLMSM, KKGAMB, KKGSTM, KKGGBM dan KGGM, manakala IGURU bersama sebagai rakan strategik.

Penganjuran dua program ini bukan sekadar medan santunan dan riadah, tetapi menjadi wadah memperkukuh solidariti, jaringan profesional dan kesatuan suara warga pendidikan dalam meneruskan perjuangan memartabatkan profesion keguruan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pimpinan, kesatuan gabungan, rakan strategik, urus setia dan peserta yang menjayakan program ini.

“Santunan Budi, Eratkan Ukhuwah, Kukuhkan Perjuangan.”






Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diseru terus memperluaskan mekanisme sokongan kepada guru melalui penyediaan perkh...
06/08/2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diseru terus memperluaskan mekanisme sokongan kepada guru melalui penyediaan perkhidmatan kaunseling, program kesejahteraan yang berterusan, peluang pembangunan profesional serta sistem penyampaian yang lebih mesra.

Presiden Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) Mohamad Zapawi Mamat berkata, pada masa sama suara dan pandangan guru perlu sentiasa didengari dalam merangka dasar pendidikan negara.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diseru terus memperluaskan mekanisme sokongan kepada guru melalui penyediaan perkhidmatan kaunseling, program kesejahteraan yang berterusan, peluang pembangunan profesional serta sistem penyampaian yang lebih mesra.

SESI LIBAT URUS KPM BERSAMA KESATUAN DAN PERSATUAN GURUKONGRES Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Semenanju...
17/07/2026

SESI LIBAT URUS KPM BERSAMA KESATUAN DAN PERSATUAN GURU

KONGRES Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Semenanjung Malaysia telah menghadiri Sesi Libat Urus bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 14 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, E8, KPM.

Sesi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ini turut melibatkan NUTP dan Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan perkhidmatan perguruan serta kebajikan dan profesionalisme warga pendidik.

KONGRES menghargai keterbukaan KPM dalam menyediakan ruang dialog dan perbincangan bersama kesatuan serta persatuan guru. Semoga sesi libat urus ini terus menjadi wadah strategik dalam menyuarakan aspirasi warga pendidik dan memperkukuh kerjasama demi memartabatkan profesion keguruan serta meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Kenyataan Media Kongres - Isu Pencegahan di Sekolah
17/07/2026

Kenyataan Media Kongres - Isu Pencegahan di Sekolah

Alhamdulillah KONGRES telah diberi ruang untuk sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Guru Tahun 2026Peringkat ...
23/02/2026

Alhamdulillah KONGRES telah diberi ruang untuk sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Guru Tahun 2026
Peringkat Bahagian Kementerian Pendidikan / Kesatuan / Persatuan / Majlis

🗓 Tarikh: 23 Februari 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Alamanda
Aras 5, Blok E15, Kompleks E, Putrajaya

👤 Pengerusi:
YBhg. Dato’ Hj. Mohd Zamri bin Hj. Abdul Aziz
Timbalan Ketua Nazir Sekolah Kanan
(Kluster Perancangan Penaziran)

📝 Tujuan Mesyuarat: Mesyuarat ini diadakan oleh Jemaah Nazir (JN) selaku Urus Setia bagi:
Membincangkan dan memilih cadangan Tema Hari Guru Tahun 2026.

Meneliti senarai pendek tema yang diterima daripada warga Kementerian Pendidikan serta kesatuan/persatuan/majlis.

Akhirnya, cadangan tema yang terpilih akan di kemukakan kepada KPPM dan cadangan akhir kepada YB Menteri Pendidikan untuk dinobatkan Tema Hari Guru 2026 pada 12 April 2026 di Port Dikson sempena Majlis Gerakan Massa .

Selamat Tahun Baharu Cina dari KONGRES
17/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina dari KONGRES

Address

NO. 720, TINGKAT 3, Jalan SENTUL
Kuala Lumpur
51000

Telephone

+60340455140

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia:

Shortcuts

Sponsored

Share