Persatuan Penterjemah MALAYSIA

Directions Website Contact the organization

Persatuan Penterjemah MALAYSIA The Malaysian Translators Association

"Terjemahan Penggiat Pemantapan Bahasa Kebangsaan"

PPM merupakan anggota Persekutuan Penterjemah Antarabangsa (FIT-IFT), iaitu gabungan persatuan-persatuan penterjemah antarabangsa dari hampir 60 buah negara seantero dunia. Melalui persatuan-persatuan anggotanyalah FIT mewakili dan memperjuangkan kepentingan moral dan material lebih daripada 60,000 penterjemah dari lima benua.

๐Ÿ“ข PANGGILAN KERTAS KERJA: PERSIDANGAN PENTERJEMAHAN ANTARABANGSA KE-21 (PPA-21 / ICT-21) ๐Ÿ“ขPersatuan Penterjemah MALAYSIA...
08/10/2026

๐Ÿ“ข PANGGILAN KERTAS KERJA: PERSIDANGAN PENTERJEMAHAN ANTARABANGSA KE-21 (PPA-21 / ICT-21) ๐Ÿ“ข

Persatuan Penterjemah MALAYSIA (PPM) menjemput para akademil, penterjemah, jurubahasa, penyelidik, pakar industri, serta pengamal bahasa untuk menyertai dan menyumbang kertas kerja dalam Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-21 (PPA-21).

๐Ÿ“Œ Tema:

Bahasa Melayu: Dasar dan amalan terjemahan dalam dunia yang berubah

Bahasa Inggeris: Translation policy and practice in a changing world

๐Ÿ“… Tarikh Persidangan: 24 โ€“ 26 Ogos 2027

๐Ÿ“ Lokasi: The Everly Putrajaya, Malaysia

๐Ÿ—ฃ๏ธ Bahasa Persidangan: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab

โœจ Mengapa Anda Perlu Menyertai?

Pembentang Kertas Pleno Berwibawa: Menghimpunkan pakar-pakar terkemuka dalam bidang terjemahan dan linguistik.

Peluang Penerbitan: Kertas kerja yang terpilih berpeluang diterbitkan dalam jurnal berindeks (GEMA Onlineยฎ Journal of Language Studies & International Journal of Language, Linguistics and Translation Studies).

Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi pandangan, dapatan kajian, dan amalan terbaik dalam mendepani cabaran serta teknologi terbaharu industri terjemahan!

Sila semak poster di atas untuk tarikh-tarikh penting dan maklumat pendaftaran lanjut.

๐ŸŒ Selamat Hari Terjemahan Antarabangsa 2026! โœ๏ธโœจHari ini, 30 September, kita meraikan seluruh penterjemah, jurubahasa, d...
30/09/2026

๐ŸŒ Selamat Hari Terjemahan Antarabangsa 2026! โœ๏ธโœจ

Hari ini, 30 September, kita meraikan seluruh penterjemah, jurubahasa, dan pengamal bahasa di seluruh dunia yang sentiasa berusaha membina jambatan komunikasi dan persefahaman merentasi pelbagai budaya.

๐Ÿ“Œ Tema Tahun Ini:
"Kepelbagaian Bahasa, Hak Berbahasa: Kuasa untuk Difahami"
(Linguistic Diversity, Language Rights: The Power of Being Understood)

Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, malah ia adalah hak kemanusiaan yang membolehkan setiap suara didengari, dihormati, dan difahami. Di sebalik setiap karya, dokumen, dan tutur kata yang menghubungkan pelbagai lapisan masyarakat, berdiri insan-insan gigih yang memastikan mesej disampaikan dengan tepat dan penuh makna.

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli, rakan jurubahasa, ahli akademik, serta pengamal bahasa di Malaysia atas dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam memartabatkan profesion ini.

Mari kita terus memperkasakan hak berbahasa dan merapatkan jurang dunia melalui ketepatan serta keindahan bahasa! โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

--

**[PERHATIAN KEPADA SEMUA PENTERJEMAH & JURUBAHASA BEBAS / FREELANCE]** ๐ŸŒโœ๏ธSebagai pengamal bahasa bebas, kita sering me...
25/09/2026

**[PERHATIAN KEPADA SEMUA PENTERJEMAH & JURUBAHASA BEBAS / FREELANCE]** ๐ŸŒโœ๏ธ

Sebagai pengamal bahasa bebas, kita sering memberi tumpuan sepenuhnya kepada kualiti terjemahan dan pemenuhan tarikh akhir (*deadline*). Namun, adakah kita sudah mengambil langkah untuk melindungi diri dan kebajikan kita sendiri semasa bekerja?

Kini, penterjemah dan jurubahasa yang bekerja secara bebas (*freelance*) atau menjalankan perniagaan sendiri boleh mencarum di bawah **Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO**.

**Mengapa penterjemah perlu mencarum?**

* **Perlindungan Bekerja dari Rumah / Studio:** Melindungi anda daripada risiko kemalangan atau kecederaan sewaktu menjalankan tugas harian.
* **Manfaat Perubatan & Hilang Upaya:** Menyediakan perlindungan rawatan perubatan, faedah hilang upaya sementara/kekal, dan elaun kelayakan jika berlaku sebarang musibah.
* **Caruman Mampu Milik:** Kadar caruman yang sangat fleksibel dan serendah beberapa ringgit sahaja sebulan.

Jangan abaikan keselamatan dan masa depan anda. Mari kita tingkatkan kesedaran tentang perlindungan sosial untuk warga penterjemah!

Sila layari maklumat lanjut atau buat pendaftaran secara dalam talian di pautan di bawah:
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
[Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO](https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/pekerjaan-sendiri.html?utm_source=gemini)

Laman Web Rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Malaysia

Selamat Hari Penterjemahan Sedunia 2026! ๐ŸŒโœ๏ธPada 30 September setiap tahun.Tema: "Language Rights: The Power of Being Un...
23/09/2026

Selamat Hari Penterjemahan Sedunia 2026! ๐ŸŒโœ๏ธ
Pada 30 September setiap tahun.
Tema: "Language Rights: The Power of Being Understood" (Hak Bahasa: Kuasa Untuk Difahami)

Di sebalik setiap teks yang difahami, setiap jambatan budaya yang terbina, dan setiap suara yang berjaya didengari di persada antarabangsa โ€” berdiri insan-insan kerdil yang memikul amanah besar: para penterjemah, jurubahasa, dan pengamal bahasa.

Terjemahan bukan sekadar menukar perkataan dari satu bahasa ke bahasa yang lain, tetapi ia adalah:
๐Ÿ”น Hak kemanusiaan untuk memahami dan difahami.
๐Ÿ”น Nadi penyatuan pelbagai bangsa, budaya, dan latar belakang.
๐Ÿ”น Pemangkin kemajuan ilmu, ilmu ekonomi, dan hubungan diplomasi global.

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penterjemah, jurubahasa, ahli akademik, serta pengamal bahasa di seluruh Malaysia yang sentiasa berdedikasi memartabatkan profesion ini.

Mari kita terus memperkasakan hak bahasa dan menghubungkan dunia menerusi ketepatan serta keindahan bahasa!

Setinggi-tinggi penghargaan untuk seluruh warga penterjemah! โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจHari Malaysia bukan sekadar lipatan sejarah, tetapi lambang penyatuan pelbagai ...
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Hari Malaysia bukan sekadar lipatan sejarah, tetapi lambang penyatuan pelbagai kaum, bahasa, dan budaya di bawah satu payung kebersamaan.

Sebagai penterjemah, Persatuan Penterjemah Malaysia | PPM/MTA bangga memikul peranan merapatkan jurang bahasa dan menghubungkan budaya โ€” memastikan setiap suara, cerita, dan harapan dapat difahami serta dihargai bersama.

Berbeza bahasa dan latar belakang, kita tetap Satu Malaysia. ๐Ÿคโค๏ธ

Selamat Hari Malaysia ke-63!

Sekalung Tahniah!Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Profesor Emeritus ...
07/09/2026

Sekalung Tahniah!

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Profesor Emeritus Datoโ€™ Dr. Asmah Hj. Omar atas penerimaan Anugerah Pencapaian Ilmiah dan Akademik Cemerlang bersempena dengan Anugerah Merdeka 2026.

Sumbangan dan ketokohan beliau dalam bidang bahasa, linguistik dan akademik terus menjadi inspirasi kepada generasi pengamal bahasa dan penterjemah di Malaysia.

Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa dan ilmu serta menjadi sumber inspirasi buat kita semua. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“š

Tahniah, Profesor!



Heartiest congratulations to Emeritus Professor Dato' Dr. Asmah Hj. Omar on being conferred The 2026 Merdeka Award for Outstanding Scholastic and Academic Achievement.

Sincerely from the Malaysian Translators Association.

KURSUS KEMAHIRAN ANTARABUDAYAPPM dengan kerjasama DBP menjemput para penterjemah dan pelajar untuk menyertai Kursus Kema...
04/09/2026

KURSUS KEMAHIRAN ANTARABUDAYA

PPM dengan kerjasama DBP menjemput para penterjemah dan pelajar untuk menyertai Kursus Kemahiran Antarabudaya bagi meningkatkan keupayaan memahami serta menyesuaikan unsur bahasa dan konteks budaya sumber kepada budaya sasaran secara tepat.

Peserta akan didedahkan kepada:
๐Ÿ”น Pengenalpastian unsur budaya dalam teks
๐Ÿ”น Analisis perbezaan nilai, norma dan konteks budaya
๐Ÿ”น Strategi penterjemahan unsur budaya
๐Ÿ”น Penghasilan terjemahan yang mengekalkan makna dan kesesuaian budaya

๐Ÿ“… 26 & 27 September 2026 (Sabtu & Ahad)
โฐ 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ’ป Kursus dikendalikan secara dalam talian

Yuran: RM350
Diskaun 10% untuk ahli PPM

Penatar:
Dr. Noor Ida Ramli
PM Dr. Norhazlina Husin

๐Ÿ“Œ Kursus ini merupakan salah satu syarat wajib untuk menduduki Ujian Pentauliahan Penterjemah.

Daftar sekarang! Imbas kod QR pada poster atau hubungi Sekretariat PPM untuk maklumat lanjut.

3 PERKARA BERBEZA DALAM BIDANG PENTERJEMAHAN DI MALAYSIA Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ingin menjelaskan bahawa t...
03/09/2026

3 PERKARA BERBEZA DALAM BIDANG PENTERJEMAHAN DI MALAYSIA
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ingin menjelaskan bahawa terdapat 3 perkara utama yang sering dikelirukan oleh orang awam berkenaan profesyen penterjemahan:
1. DIPLOMA / SIJIL PENTERJEMAHAN
Kelayakan akademik yang dianugerahkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan & Buku Malaysia serta PPM. Ia membuktikan seseorang telah mengikuti latihan dan mempunyai asas ilmu dalam bidang penterjemahan.
2. KEAHLIAN PPM
Keahlian dalam badan profesional Persatuan Penterjemah Malaysia. Keahlian ini terbuka kepada penterjemah dan peminat bahasa untuk tujuan pembangunan profesional, jaringan industri, dan latihan berterusan.
3. PENTERJEMAH BERTAULIAH
Pengiktirafan profesional yang dikeluarkan oleh Panel Bebas Pentauliahan Penterjemah (PBPP) dengan urus setia PPM. Calon perlu lulus Peperiksaan Pentauliahan dan memenuhi syarat pengalaman. Nama akan tersenarai dalam Senarai Penterjemah Bertauliah rasmi.
Ketiga-tiga elemen ini adalah saling melengkapi dalam usaha memartabatkan profesyen penterjemahan di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.malaysiantranslatorsassoc.com

ANNOUNCEMENTMALAYSIAN TRANSLATOR CERTIFICATION TEST 2026Language Direction: English>MalayThe Malaysian Translators Assoc...
03/09/2026

ANNOUNCEMENT

MALAYSIAN TRANSLATOR CERTIFICATION TEST 2026
Language Direction: English>Malay

The Malaysian Translators Association invites interested and eligible candidates to sit for the Translator Certification Test for 2026.

TEST DETAILS
โ— Test date: 10 OCTOBER 2026 (Saturday)
โ— Exam duration: 3 hours 30 minutes
โ— Test location: Training Room, Wisma DBP, Kuala Lumpur

LANGUAGE PAIR
โ— English-Malay

TEST FORMAT
โ— Written test (face-to-face)

Application deadline: 25 September 2026

Please visit https://www.malaysiantranslatorsassoc.com/pentauliahan/ujian for more information regarding the Translator Certification Test.

For any inquiries, please contact:

The Secretariat,
Translator Certification Test
Malaysian Translators Association
Email: [email protected] (Ms. Sarah Atiqah/Ms. Hanis Syahmie)
WhatsApp: +6014-633 3832 (Ms. Faqihah)

PEMAKLUMANUJIAN PENTAULIAHAN PENTERJEMAH MALAYSIA 2026Arah Bahasa: Bahasa Inggeris>Bahasa MelayuPersatuan Penterjemah Ma...
03/09/2026

PEMAKLUMAN

UJIAN PENTAULIAHAN PENTERJEMAH MALAYSIA 2026
Arah Bahasa: Bahasa Inggeris>Bahasa Melayu

Persatuan Penterjemah Malaysia menjemput calon yang berminat dan layak untuk menduduki Ujian Pentauliahan Penterjemah untuk tahun 2026.

MAKLUMAT UJIAN
โ— Tarikh ujian: 10 OKTOBER 2026 (Sabtu)
โ— Tempoh peperiksaan: 3 jam 30 minit
โ— Lokasi Ujian: Bilik Latihan, Wisma DBP, Kuala Lumpur

ARAH BAHASA:
โ— Bahasa Inggeris-bahasa Melayu.

KAEDAH UJIAN
โ— Ujian bertulis (bersemuka)

Tarikh tutup permohonan: 25 September 2026

Sila layari https://www.malaysiantranslatorsassoc.com/pentauliahan/ujian untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan Ujian Pentauliahan Penterjemah

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan:

Sekretariat Ujian Pentauliahan Penterjemah
Persatuan Penterjemah Malaysia
Emel: [email protected] (Puan Sarah Atiqah/Cik Hanis Syahmie)
WhatsApp: +6014-633 3832 (Cik Faqihah)

Address

171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela
Kuala Lumpur
50150

Opening Hours

Monday 10:00 - 12:30
14:00 - 16:30
Tuesday 10:00 - 12:30
14:00 - 16:30
Wednesday 10:00 - 12:30
14:00 - 16:30
Thursday 10:00 - 12:30
14:00 - 16:30
Friday 10:00 - 12:30
14:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penterjemah MALAYSIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penterjemah MALAYSIA:

Shortcuts

Sponsored

Share