31/05/2026
Program Ibadah Korban TNB 1447H/2026M
30 Mei 2026 : Majlis Ibadah Korban TNB 1447H/2026M yang berlangsung di Kompleks Sukan TNB Ibu Pejabat Bangsar berjaya melaksana dan menyempurnakan ibadah korban sebanyak 30 ekor lembu yang telah diperuntukkan pada tahun ini
Sambutan Aidiladha TNB tahun ini meliputi tiga acara utama iaitu tempahan korban oleh warga kerja, kursus korban sebagai perkongsian ilmu berkaitan ibadah korban, serta kemuncaknya Majlis Ibadah Korban dan Juadah Ukhuwah Aidiladha TNB 2026.
Program ini melibatkan penyertaan warga kerja, sukarelawan, jawatankuasa pelaksana serta kerjasama pelbagai pihak termasuk UHEI, PKPI, Kelab Kilat, PELITAWANIS TNB, jabatan dan anak-anak Syarikat.
PTNB Kebangsan bersama PTNB Cawangan Ibu Pejabat membantu menguruskan jamuan F & B dan bahagian sambutan Juadah ukhwah Aidiladha TNB 2026.
Lebih bermakna, daging korban turut diagihkan kepada asnaf, golongan memerlukan, komuniti sekitar serta melalui masjid berdekatan sebagai tanda keprihatinan TNB dalam berkongsi rezeki sempena Aidiladha.
Membawa tema “Ihsan Berkorban, Ikhlas Berkhidmat”, sambutan tahun ini bukan sahaja menjadi ruang untuk warga kerja menunaikan ibadah korban, tetapi turut memperkukuh nilai keikhlasan, kebersamaan dan keprihatinan keluarga besar TNB terhadap komuniti.
Semoga semangat pengorbanan, gotong-royong dan keikhlasan ini terus menyatukan warga TNB dalam menjalankan amanah kepada syarikat, masyarakat dan negara.
Turut hadir, Datuk Ir.Ts. Shamsul Ahmad, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datin Sharifah Mohd Yusof, Yang Dipertua PELITAWANIS TNB, Datuk Shahrir Abdul Latiff, Yang Dipertua Kelab Kilat Kuala Lumpur, Haji Muhammad Nor Azali Lajin, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB WP Kuala Lumpur & Selangor dan Hajah Suzana Mior Musa. Pengerusi Cawangan PELITAWANIS TNB Cawangan Ibu Pejabat