Suara Siswa UM

Suara Siswa UM A pro-students front that aims to defend rights and welfare of UM students and to push for reforms.

Pada 1 Mei 2026 sempena Hari Pekerja, kami mahasiswa turun ke himpunan bagi menyuarakan isu kebajikan dan keselamatan pe...
03/05/2026

Pada 1 Mei 2026 sempena Hari Pekerja, kami mahasiswa turun ke himpunan bagi menyuarakan isu kebajikan dan keselamatan pekerja. Isu yang dibawa bukan sekadar tuntutan biasa, tetapi melibatkan hak asas yang wajar diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan. Sehingga kini, masih tiada maklum balas jelas diberikan walaupun suara telah lama disampaikan.

Hari Pekerja bukan hanya hari penghargaan, tetapi juga peringatan bahawa setiap pekerja berhak dilindungi dan dihormati. Keselamatan di tempat kerja bukan sesuatu yang boleh dikompromi, apatah lagi apabila melibatkan nyawa dan kesihatan. Kami akan terus berdiri teguh bersama rakyat untuk memastikan keadilan ditegakkan.

Suara pekerja adalah suara kita semua.

Kami Suara Siswa, sebagai salah satu gerakan mahasiswa di bawah Sekretariat Tangkap Azam Baki, berdiri teguh bersama rak...
26/04/2026

Kami Suara Siswa, sebagai salah satu gerakan mahasiswa di bawah Sekretariat Tangkap Azam Baki, berdiri teguh bersama rakyat menuntut sebuah negara yang bersih dan bebas korupsi.

Walaupun berdepan sabotaj, gangguan bunga api, dan hujan yang turun, para demonstran kekal bertahan sehingga ke penghujung, terbukti bahawa semangat rakyat tidak mudah dipatahkan.

Terima kasih kepada seluruh rakyat yang turun bersama, menyumbang tenaga, suara dan keberanian. Perjuangan ini milik kita bersama.

Malaysia yang bersih bukan angan-angan tapi ia tuntutan rakyat.
Bebas korupsi, hidup rakyat.

[HIMPUN DAN LAWAN : TANGKAP AZAM BAKI]Ayuh mahasiswa, turun beramai-ramai menyatakan pendirian dan bersama mengangkat su...
24/04/2026

[HIMPUN DAN LAWAN : TANGKAP AZAM BAKI]

Ayuh mahasiswa, turun beramai-ramai menyatakan pendirian dan bersama mengangkat suara rakyat. Kehadiran anda adalah kekuatan perjuangan, dan solidariti kita adalah mesej yang tidak boleh diabaikan.

📍25 April 2026 (Sabtu)
🕓 3.00 Petang
📍Sogo → Dataran Merdeka

23/04/2026

Kami dari Suara Siswa mempersoalkan bagaimana Ketua SPRM yang ada kes tuduhan korupsi masih diberi pengiktirafan sebagai Profesor Adjung di Universiti Teknologi Melaka.

Mahasiswa sayang akan negara dan mahasiswa cakna akan isu negara yang kritikal. Kampus sepatutnya menjadi ruang ilmu dan wacana kritis, bukan menormalisasikan kepimpinan yang diragui integritinya.

Jika nilai ini yang dipertahankan, maka mahasiswa tidak akan berhenti bersuara. Kami akan terus menuntut keadilan dan integriti.

Ayuh bersama kami dalam protes Tangkap Azam Baki pada 25 April 2026. Suara Siswa, Suara kita, Kuasa kita.

23/04/2026

Kami dari Suara Siswa mempersoalkan bagaimana Ketua SPRM yang ada kes tuduhan korupsi masih diberi pengiktirafan sebagai Profesor Adjung di Universiti Teknologi Melaka.

Mahasiswa sayang akan negara dan mahasiswa cakna akan isu negara yang kritikal. Kampus sepatutnya menjadi ruang ilmu dan wacana kritis, bukan menormalisasikan kepimpinan yang diragui integritinya.

Jika nilai ini yang dipertahankan, maka mahasiswa tidak akan berhenti bersuara. Kami akan terus menuntut keadilan dan integriti.

Ayuh bersama kami dalam protes Tangkap Azam Baki pada 25 April 2026. Suara Siswa, Suara kita, Kuasa kita.

23/04/2026

Suara Siswa menegaskan peringatan kepada Anwar Ibrahim tentang janji membina negara yang bebas dan bersih daripada rasuah dan korupsi. Namun, timbul persoalan apabila kepimpinan dilihat mempertahankan kes yang dipertikaikan, mencetuskan kekecewaan dalam kalangan mahasiswa dan rakyat.

Kami menegaskan bahawa integriti bukan sekadar janji politik, tetapi tanggungjawab yang harus ditegakkan tanpa kompromi. Mahasiswa menolak normalisasi rasuah dalam apa jua bentuk.

Ayuh rakyat Malaysia, kita bersatu dan turun menyuarakan bantahan. Jumpa Sabtu ini, 25 April 2025 untuk Demonstrasi Tangkap Azam Baki dari Sogo ke Dataran Merdeka. Suara kita, kuasa kita.

23/04/2026

Semalam Suara Siswa telah menghadiri sebuah sesi wacana, Dari video ini Presiden Suara Siswa, Dayang Humaira, telah menyuarakan dua tuntutan utama:

Pertama, penubuhan siasatan bebas bagi menyiasat isu yang melibatkan Azam Baki secara telus dan tanpa campur tangan.

Kedua, pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap SPRM bagi memastikan institusi ini benar-benar bebas, berintegriti, dan diyakini rakyat.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa institusi negara perlu melalui perubahan yang serius agar prinsip keadilan dan akauntabiliti dapat ditegakkan. Hanya dengan reformasi yang sebenar, keyakinan rakyat terhadap sistem dapat dipulihkah

Suara Siswa telah menghadiri Jelajah Ceramah   di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kuala Lumpur. Pr...
23/04/2026

Suara Siswa telah menghadiri Jelajah Ceramah di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kuala Lumpur. Program ini menghimpunkan pelbagai suara rakyat daripada mahasiswa hingga ahli- ahli parlimen yang bersama-sama membincangkan isu integriti dan rasuah.

Jadi ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita bertemu pada 25 April 2026 (Sabtu) di Pesta Rakyat, bermula dari Sogo hingga Dataran Merdeka. Rasuah merosakkan negara, dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk bangkit menentangnya.

Penganjur menyediakan bantuan guaman kepada peserta himpunan sekiranya berlaku sebarang penangkapan. Jika anda ditahan, ...
23/04/2026

Penganjur menyediakan bantuan guaman kepada peserta himpunan sekiranya berlaku sebarang penangkapan. Jika anda ditahan, anda berhak untuk membuat satu panggilan dan menghubungi nombor berikut untuk mendapatkan bantuan segera:

+601139052085

Simpan nombor ini, sebarkan kepada rakan-rakan, dan pastikan setiap peserta maklum tentang hak masing-masing. Solidariti dan kesiapsiagaan adalah perlindungan kita bersama.

22/04/2026

Kami dari Suara Suswa mengecam tindakan menyekat forum mahasiswa. Hak berhimpun dan kebebasan akademik bukan untuk ditindas. Mahasiswa hanya mahu bersuara tentang integriti dan rasuah.

Jika kerajaan dan pihak UM benar-benar telus, kenapa takut suara pelajar?

Dengar suara kami. Tegakkan keadilan. Lawan rasuah.
suarasiswasuarakita malaysia

22/04/2026

Pada 21 April 2026, Forum Integriti dan Anti-Rasuah, dengan kerjasama bersama Mandiri, BERSIH, Liga Rakyat Demokratik dan KLSCAH, telah diadakan di perkarangan berdekatan Dewan Tunku Canselor UM.

Jom hadir ke Chinese Assembly Hall pada jam 8 malam ini.

Address

University Of Malaya
Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Siswa UM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Suara Siswa UM:

Featured

Share