Altruis

Directions Website

Altruis Altruis ialah sebuah inisiatif komuniti yang digerakkan oleh semangat membantu, memupuk nilai murni, dan membina peluang untuk semua.

Misi kami adalah untuk menyentuh lebih banyak hati, memberi harapan, dan mencipta perubahan yang berkekalan. Kami bergerak melalui 4 projek utama:

1️⃣ Rebung – Program pembangunan remaja dan belia, membimbing mereka menjadi generasi berakhlak, berkemahiran, dan berdaya saing.

2️⃣ Orang Baik – Mengangkat kisah insan yang memberi inspirasi, serta menggerakkan kempen kebaikan untuk menghubungkan mereka yang memerlukan dengan mereka yang sudi membantu.

3️⃣ Altruis Care – Misi bantuan kemanusiaan dan sokongan komuniti, dari bantuan makanan, kesihatan, hingga sokongan kecemasan untuk golongan terjejas.

4️⃣ Jana SE – Inisiatif menjana ekonomi sosial melalui latihan kemahiran, peluang pekerjaan, dan sokongan perniagaan untuk komuniti B40 & asnaf. Kami percaya, setiap orang mampu menjadi ejen kebaikan. Sertai perjalanan menyebar kebaikan bersama Altruis.

Apa khabar minda anda hari ini? 🌤️Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, jom mulakan dengan 3 tip mudah:🏃 Bergerak dan m...
10/10/2026

Apa khabar minda anda hari ini? 🌤️

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, jom mulakan dengan 3 tip mudah:
🏃 Bergerak dan makan dengan teratur
🤝 Berbual dengan orang yang anda percayai
🌿 Beri diri ruang untuk tenang

Ingat, tidak apa untuk minta bantuan. Talian Kasih 15999 sedia mendengar, 24 jam. 💜

Kongsi poster ini kepada seseorang yang anda rapat.

Selamat Hari Malaysia 2026!Hari ini kita meraikan sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian, daripada perbezaan budaya...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026!

Hari ini kita meraikan sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian, daripada perbezaan budaya, bahasa dan latar kehidupan, tetapi tetap berkongsi tanah air yang sama. Semoga semangat kebersamaan terus mengingatkan kita untuk saling menghormati, membantu dan menjaga antara satu sama lain.

Altruis. Memartabatkan Maruah Setiap Insan.

Bukan Sekadar Sukarelawan: Misi Maybank Islamic & Altruis Bawa Senyuman Buat Warga Medan Jaya & Masjid Jumhuriah.Satu ha...
15/09/2026

Bukan Sekadar Sukarelawan: Misi Maybank Islamic & Altruis Bawa Senyuman Buat Warga Medan Jaya & Masjid Jumhuriah.

Satu hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berjaya mengukir senyuman di bibir. Dan paling penting, impak yang berhasil dicipta bersama.

Altruis berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh Maybank Islamic Berhad (MIB) sebagai rakan pelaksana dalam menjayakan program Maybank Global CR Day 2026 pada Sabtu, 5 September yang lepas.

Program jadi lebih bermakna apabila barisan Board of Directors dan CEO Maybank Islamic turut turun padang bersama-sama sukarelawan Maybank untuk berkhidmat kepada komuniti di Medan Jaya dan Masjid Jumhuriah.

Ada yang mengecat.
Ada yang membersihkan kawasan.
Ada yang menyediakan makanan.
Ada yang menceriakan ruang pembelajaran anak-anak.

Nampak macam aktiviti biasa, tapi apabila dilakukan bersama-sama komuniti, untuk komuniti, perkara yang dilihat kecil boleh membawa makna yang lebih besar.
Pada kami, kerja komuniti bukanlah sekadar hadir, beraktiviti dan pulang tanpa membawa erti.

Kita turun menyelusuri. Kita mendengar suara. Kita mengenal resam komuniti. Kita memahami keperluan mereka. Dan kita buat bersama.

Kerana khidmat masyarakat yang bermakna bukan hanya tentang giving back,
Tetapi tentang creating impact together.

Terima kasih Maybank Islamic atas kepercayaan yang diberikan,
dan kepada JMB Blok C Apartmen Taman Medan Jaya serta pihak Masjid Jumhuriah atas kerjasama yang sangat baik.

Dan buat semua sukarelawan yang hadir,
Thank you for showing up and bringing the energy! 🤝

Nak jadi sebahagian daripada perubahan?
Jom turun padang, gunakan masa, tenaga dan kemahiran kita untuk komuniti.

Sebab setiap orang ada sesuatu untuk disumbangkan.
Dan setiap sumbangan, sekecil mana pun, boleh mencipta impak. ❤️

📩 Ikuti Altruis untuk lebih banyak peluang kolaborasi, kesukarelawanan dan inisiatif bersama komuniti.

Good people. Good energy. Real impact.

Selamat Hari Kebangsaan 2026!Kemerdekaan bukan sekadar laungan, tetapi tentang bagaimana kita menggunakan kebebasan untu...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan 2026!

Kemerdekaan bukan sekadar laungan, tetapi tentang bagaimana kita menggunakan kebebasan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Teruskan semangat untuk peduli, berkongsi dan berbuat baik demi Malaysia yang lebih baik. ❤️🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

🌿 21 Ogos | Hari Warga Emas AntarabangsaPergi ke pekan membeli suasa,Singgah sebentar di tepi kota,Pengalaman hidup penu...
21/08/2026

🌿 21 Ogos | Hari Warga Emas Antarabangsa

Pergi ke pekan membeli suasa,
Singgah sebentar di tepi kota,
Pengalaman hidup penuh berharga,
Menjadi pedoman sepanjang masa.

Setiap usia membawa cerita, dan setiap pengalaman meninggalkan pelajaran. Warga emas bukan sekadar golongan yang perlu kita santuni, tetapi insan yang telah melalui pelbagai fasa kehidupan, membina keluarga, menyumbang kepada masyarakat dan meninggalkan nilai yang boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.

Hari ini, marilah kita menghargai jasa, pengalaman dan kebijaksanaan mereka. Dengarkan cerita mereka, hargai kehadiran mereka dan pastikan mereka terus rasa dihargai dalam keluarga serta masyarakat.

Selamat Hari Warga Emas Antarabangsa.
Kerana pengalaman mereka adalah warisan kita bersama. 💚

12/08/2026

ORANG BAIK by Altruis 🌱 Free food, prepared by our amazing community vendor, was distributed at LRT Kerinchi by our teenage volunteers. A simple act of kindness, powered by young people who believe that doing good starts with showing up, serving others, and caring for the community, while also improving their communication skill. From our community, for the community. 🤝

04/08/2026

Majlis MYALIF Learning Journey: Parents & Community Engagement menghimpunkan ibu bapa, komuniti dan rakan kolaborasi pada hari Ahad, 12 Julai 2026, dalam usaha memperkukuh sokongan terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak.

📍 Surau Almustaqim, PPR Bukit Jalil

Program ini dilaksanakan dengan sokongan dan tajaan Maybank Islamic Berhad serta bantuan rakan kerjasama Program Akademik Dan Insaniah - PADI. Terima kasih kepada semua yang hadir serta semua pihak yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini demi manfaat komuniti.

"Pendidikan ialah senjata paling ampuh untuk mengubah dunia." – Nelson MandelaSetiap langkah kecil dalam pembelajaran ha...
03/08/2026

"Pendidikan ialah senjata paling ampuh untuk mengubah dunia." – Nelson Mandela

Setiap langkah kecil dalam pembelajaran hari ini adalah pelaburan untuk masa depan.

Alhamdulillah, kelas MathX pada 1 Ogos yang lalu berlangsung dengan penuh semangat di Pusat Komuniti REBUNG. Kehadiran peserta terus bertambah, malah semakin ramai ibu bapa meluangkan masa menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas ini.

Sepanjang sesi, murid-murid diberi ruang untuk belajar mengikut kemampuan masing-masing. Selain penerangan di dalam kelas, guru turut mengadakan sesi mentoring secara 1-on-1 bagi membantu pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan. Pendekatan ini memberi peluang kepada setiap pelajar untuk bertanya, memahami konsep dengan lebih jelas dan membina keyakinan dalam menyelesaikan soalan Matematik.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada MathX. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya lebih ramai anak muda yang yakin dengan kebolehan diri dan melihat Matematik sebagai satu cabaran yang boleh ditakluki.

"Beritahu aku siapa temanmu, nescaya aku akan beritahu siapa dirimu."– Pepatah ArabSahabat yang baik bukan sahaja menema...
30/07/2026

"Beritahu aku siapa temanmu, nescaya aku akan beritahu siapa dirimu."
– Pepatah Arab

Sahabat yang baik bukan sahaja menemani kita ketika senang, malah sentiasa mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita kepada Allah.

Sempena Hari Persahabatan Antarabangsa, marilah kita menjadi sahabat yang membawa manfaat, menyebarkan kebaikan dan saling menguatkan dalam setiap langkah. 🤝💚

Selamat Hari Persahabatan Antarabangsa!

MyAlif Learning Journey 📖Senyum dan keyakinan anak-anak hari ini benar-benar mengubat penat para ustaz dan ustazah 😇 Mel...
29/07/2026

MyAlif Learning Journey 📖

Senyum dan keyakinan anak-anak hari ini benar-benar mengubat penat para ustaz dan ustazah 😇

Melalui MyAlif Learning Journey di Masjid Jumhuriah, Taman Dato’ Harun, ibu bapa berpeluang melihat sendiri perkembangan anak-anak sepanjang mengikuti kelas Al-Quran dan Iqra’. Paling membanggakan apabila mereka tampil membaca Al-Quran di hadapan hadirin dengan lebih yakin dan lancar.

Terima kasih kepada Maybank Islamic atas tajaan Program MyAlif yang membolehkan lebih 80 anak-anak asnaf mengikuti kelas Al-Quran dan Iqra’ di Masjid Jumhuriah. Semoga setiap huruf yang dibaca dan setiap ilmu yang dipelajari menjadi saham kebaikan yang berterusan.

💙 Jom kongsikan usaha ini dan bersama-sama kita membina lebih ramai generasi yang mencintai Al-Quran. Setiap sokongan anda mampu membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak yang memerlukan.

Address

PUSAT KOMUNITI REBUNG-ALTRUIS Jalan Pantai Murni 2, Pantai Dalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
59200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Altruis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share