Program Wanita Madani

Program Wanita Madani Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program Wanita Madani, Community Organization, Kuala Lumpur.

📱 *INTERNET SELAMAT WARGA PLATINUM*_Lab Interaktif Warga Senior_👴👵 Umur 50 tahun ke atas? Jom sertai kami!Dunia semakin ...
02/09/2026

📱 *INTERNET SELAMAT WARGA PLATINUM*
_Lab Interaktif Warga Senior_

👴👵 Umur 50 tahun ke atas? Jom sertai kami!

Dunia semakin digital. WhatsApp, Facebook, TikTok, perbankan dalam talian dan pelbagai aplikasi memudahkan urusan harian — tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu tahu cara melindungi diri daripada penipuan dan ancaman dalam talian.

*JOM SERTAI! Lab Interaktif Warga Senior* untuk belajar secara santai, interaktif dan menyeronokkan.

📌 Terbuka kepada warga 50 tahun ke atas di sekitar Hulu Langat.

📌 Penyertaan adalah PERCUMA.

📌 Tempat adalah terhad!
Jangan tunggu sehingga menjadi mangsa. Jom belajar, kenali risiko dan bina keyakinan untuk menggunakan internet dengan lebih selamat.

✍️ *NAK SERTAI?*
Klik link berikut dengan berikan *NAMA PENUH* dan *NOMBOR HP* di link grup ⏬
https://chat.whatsapp.com/Kl81RzS5yl00FDAQlcRGsA?s=cl&p=a&mlu=4

*“Klik dengan bijak, hidup lebih selamat!”*

500 Sukarelawan Diperlukan - Ini Masa Anda Berbakti dan Mencipta Pengalaman! 🔥⚡KBS menerusi JBSN membuka peluang kepada ...
02/09/2026

500 Sukarelawan Diperlukan - Ini Masa Anda Berbakti dan Mencipta Pengalaman! 🔥⚡

KBS menerusi JBSN membuka peluang kepada 500 orang sukarelawan yang akan bertugas sempena perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 2 hingga 4 Oktober 2026. 🏁





30/08/2026

KEMPEN ELIMINATION OF VIOLENCE AGAINST WOMEN (EVAW)

26 Ogos 2026 | Rabu

KEMPEN "STOP": LINDUNGI WANITA, SAYANGI WANITA anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor dengan kerjasama Sukarelawan Skuad WAJA Persatuan Wanita Madani (PERWADA) dan Rumah Sahabat.

Seramai 35 petugas sukarelawan telah melaksanakan tugasan dengan penuh dedikasi dan komited.

SYABAS dan TAHNIAH Semua ❤️🌹






TAKLIMAT KEMPEN HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA @ ROAD TO EVAW📅 24 Ogos 2026 | ISNINKempen Elimination of Violence Ag...
27/08/2026

TAKLIMAT KEMPEN HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA @ ROAD TO EVAW

📅 24 Ogos 2026 | ISNIN

Kempen Elimination of Violence Against Women (EVAW) merupakan anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor (PPWNS) dengan kerjasama Sukarelawan Skuad WAJA daripada Persatuan Wanita MADANI (PERWADA) dan Rumah Sahabat.

Taklimat kepada para Sukarelawan Skuad WAJA telah disampaikan oleh Puan Nazma Shafini binti Mazlizan, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor, dan Puan Suzana binti Mustafa, Pengurus Program PERWADA.

Taklimat ini amat penting bagi memastikan setiap sukarelawan memahami tugasan, peranan dan mesej kempen yang akan disampaikan kepada masyarakat.

SATU ARAHAN. SATU SUARA. SATU KEFAHAMAN

Penyampaian arahan daripada satu sumber yang jelas dapat membantu memastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan tepat dan mengurangkan risiko kekeliruan atau kesilapan ketika kempen berlangsung.

Kempen akan bermula pada Rabu, 26 Ogos 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang, dengan Kemuncak Kempen di sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bagi memastikan kebajikan para petugas terjaga, setiap Sukarelawan Skuad WAJA akan menerima elaun makan, baucar MIXUE, kerepek, biskut, kekacang, air mineral, lanyard dan tag petugas serta bahan-bahan kempen.

Namun, perkara paling utama yang ditekankan dalam taklimat ini adalah KESELAMATAN SETIAP PETUGAS.

Keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan sepanjang kempen berlangsung. Setiap sukarelawan perlu peka terhadap keadaan sekeliling, mematuhi arahan ketua petugas dan melaksanakan tugasan mengikut panduan yang telah ditetapkan.

Taklimat yang berlangsung di Dewan Rumah Sahabat berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Semoga semua Sukarelawan Skuad WAJA dapat melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, berdisiplin dan bersemangat demi menyampaikan mesej Hentikan Keganasan Terhadap Wanita kepada masyarakat.

Bersama kita bersuara.
Bersama kita bertindak.
Bersama kita lindungi wanita. 🧡








🌿 POTLUCK PICNIC WANITA HULU LANGAT 🌿“Kebahagiaan Yang Kami Cipta Bersama” 💕📅 22 Ogos 2026 | Sabtu📍 Air Terjun Lata Beri...
27/08/2026

🌿 POTLUCK PICNIC WANITA HULU LANGAT 🌿
“Kebahagiaan Yang Kami Cipta Bersama” 💕

📅 22 Ogos 2026 | Sabtu
📍 Air Terjun Lata Beringin, Sungai Semungkis, Hulu Langat

Perancangan untuk mengadakan piknik bersama ahli-ahli Persatuan Wanita MADANI (PERWADA) telah lama dirancang. Alhamdulillah, akhirnya impian untuk meluangkan masa bersama dapat direalisasikan dengan jayanya. 🥰

Matlamat utama bukan sekadar berkelah, tetapi untuk mengeratkan ukhuwah, bersembang santai, mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, menghargai kualiti masa bersama dan yang paling penting… menikmati juadah hasil tangan ahli yang dimasak dengan penuh keikhlasan. ❤️

🍱 Konsep piknik kali ini memang lain daripada biasa!
Tak nak bentang tikar.
Tak nak duduk bersila.
Tak nak terlalu terdedah kepada panas dan hujan.

Jadi, PERWADA memilih untuk menyewa 5 tapak kem, sewa “Dome Tent” lengkap dengan kerusi dan meja. Memang selesa dan meriah sungguh suasananya!

Program turut diserikan dengan kehadiran Pn. Nazma Shafini binti Mazlizan, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor, yang telah menyampaikan taklimat berkaitan Jiwa Merdeka dan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita.

🌳 Alam yang mendamaikan, ukhuwah yang mengeratkan.

Berada di Air Terjun Lata Beringin memberikan satu pengalaman yang cukup mendamaikan. Suasana alam yang tenang, udara segar dan yang paling menarik… tiada signal internet! 😊

Hand Phone tidak digunakan dan semua lebih banyak bersembang, bergelak-tawa dan menikmati masa bersama tanpa gangguan dunia digital.

Ada yang seronok mandi-manda di bawah air terjun, ada yang makan sampai kenyang kerana juadah semuanya sedap-sedap belaka 😋, dan ada juga yang berjalan-jalan menikmati keindahan alam.

🌸 Terima kasih kepada AJK Hidangan.
🧹 Terima kasih kepada AJK Kebersihan.
🍱 Terima kasih kepada semua penyumbang juadah potluck.

Dan paling meriah… 🎉
👗 TAHNIAH kepada Lia Chris yang memenangi “Best Dress Denim”! 👖✨

Sesungguhnya, bukan nilai sesuatu aktiviti yang menjadi ukuran, tetapi momen, gelak tawa, kenangan dan kebersamaan yang tercipta sepanjang kita bersama.

Inilah kebahagiaan yang kami cipta bersama.
Bukan sekadar sebuah piknik, tetapi sebuah kenangan tentang ukhuwah, persahabatan dan kebersamaan wanita PERWADA. 🌿❤️

Sampai kita berjumpa lagi di aktiviti PERWADA yang akan datang! 🥰








27/08/2026

POTLUCK PICNIC
22 Ogos 2026 | Sabtu
Air Terjun Lata Beringin Semungkis

🧡 Kebahagian yang kami cipta bersama.

25/08/2026

🌙✨ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani akhlak mulia, kasih sayang, kesabaran serta sifat pemaaf yang Baginda tunjukkan sepanjang kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui akhlak yang baik, tutur kata yang lembut, sikap saling menghormati dan perbuatan yang membawa kebaikan kepada sesama insan.

🌹 “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah Al-Ahzab, 33:21

Semoga kita semua dikurniakan cinta kepada Rasulullah SAW, istiqamah mengikuti sunnah Baginda serta mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

🤍 Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ
1448H / 2026M

Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad. 🌹






PENYERAHAN 10,000 PEK PAD WANITA KEPADA SKUAD WAJA PERWADA HULU LANGATSempena Kempen Santun Kasih Pemandiri (SARI@KRT) 2...
23/08/2026

PENYERAHAN 10,000 PEK PAD WANITA KEPADA SKUAD WAJA PERWADA HULU LANGAT

Sempena Kempen Santun Kasih Pemandiri (SARI@KRT) 2026

📅 21 Ogos 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas sumbangan 10,000 pek pad wanita jenama BLOOD yang telah ditaja bagi menyokong pelaksanaan Kempen KASIH BUKAN KEKERASAN oleh Skuad WAJA PERWADA Hulu Langat.

Kempen ini akan dilaksanakan mulai Ogos hingga Disember 2026 sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pencegahan kekerasan terhadap wanita serta memperkasakan wanita melalui pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan.

Penyerahan 10,000 pek pad wanita ini telah disaksikan oleh Puan Nazma Shafini binti Mazlizan, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor.

Sumbangan pad wanita ini akan diagihkan kepada para peserta program dan aktiviti anjuran Persatuan Wanita MADANI (PERWADA) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada para peserta dan menjadi sebahagian daripada usaha bersama dalam menjayakan Kempen KASIH BUKAN KEKERASAN.

🌷 KASIH BUKAN KEKERASAN
Hentikan Kekerasan Terhadap Wanita.







SANTUN KASIH PERKASA PEMANDIRI, PERKUKUH KOMUNITI TANGANI KEGANASAN20 Ogos 2026|KhamisMenteri Pembangunan Wanita, Keluar...
21/08/2026

SANTUN KASIH PERKASA PEMANDIRI, PERKUKUH KOMUNITI TANGANI KEGANASAN

20 Ogos 2026|Khamis

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri hari ini merasmikan Program Santun Kasih Pemandiri Rumah Tangga Atau singkatannya SARI@KRT anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Program yang dihadiri seramai 500 orang peserta ini merupakan inisiatif JPW dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keganasan rumah tangga dengan menyalurkan maklumat, menyediakan saluran bantuan serta memperkukuh kerjasama strategik dan inisiatif bersama dalam membendung isu keganasan rumah tangga.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai perkongsian bermanfaat telah disampaikan kepada para peserta, antaranya sesi Krisis di Balik Pintu serta bual bicara bertajuk Genggam Kasih, Bukan Kekerasan: Memperkasa Hak Wanita. Perkongsian ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai isu keganasan, hak wanita serta kepentingan mewujudkan hubungan yang sihat, selamat dan berteraskan kasih sayang.

Inisiatif Santun Kasih Pemandiri Rumah Tangga Atau SARI@KRT adalah untuk memperkukuh usaha dan sokongan kepada pemandiri keganasan rumah tangga melalui penyampaian maklumat, sokongan psikososial, akses kepada bantuan perundangan, perlindungan, rujukan kepada perkhidmatan yang bersesuaian serta program pemerkasaan yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih yakin dan selamat.

Menerusi Jabatan Pembangunan Wanita, kementerian juga akan terus melaksanakan advokasi serta program berbentuk pencegahan, perlindungan dan pemulihan, agar tiada masyarakat terutamanya golongan sasar iaitu wanita yang akan tercicir daripada mendapat manfaat daripada sistem sokongan yang diwujudkan.

Turut hadir YB Timbalan Menteri KPWKM, Puan Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Datuk Dr Maziah Binti Che Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM, YBhg. Dato' Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Ketua Pengarah JPW, YBrs. Puan Hanani Binti Sapit dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan dan Agensi Kementerian.





20/08/2026

PROGRAM SANTUN KASIH PEMANDIRI @ KEGANASAN RUMAHTANGGA
(SARI@KRT)

20 OGOS 2026 | KHAMIS
M RESORT HOTEL KUALA LUMPUR.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Wanita Madani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share