26/10/2025
Mesyuarat Hala Tuju Maahad Al-Manar 2025
Anjuran bersama Yayasan Sanaabil Al-Khair & Pengurusan Maahad Tahfiz Al Quran & Bahasa Arab Al-Manar
๐
24โ25 Oktober 2025
๐ Arina Skyview, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
ุงูุญู
ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู
ููุ
Segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan perjalanan dua hari Mesyuarat Hala Tuju Maahad Al-Manar yang berlangsung dengan penuh semangat, keikhlasan dan kesatuan hati.
Program ini menghimpunkan pelbagai pihak โ Lembaga Amanah, pengurusan Maahad, alumni, dan rakan strategik โ dalam satu meja rundingan untuk membina pelan transformasi baharu buat Maahad Al-Manar, di bawah naungan Yayasan Sanaabil Al-Khair.
๐ Antara pengisian utama:
Pembentangan laporan semasa Maahad & strategi pemulihan.
Pemebentangan cadangan Model Baharu Maahad
Perbincangan meja bulat bersama alumni dan ahli akademik.
Yayasan Sanaabil Al-Khair beriltizam untuk menyatukan semua pihak โ pengurusan, alumni, dan masyarakat โ agar legasi pendidikan yang diasaskan oleh almarhum Ustaz Yaakob bin Awang terus berkembang, melahirkan generasi ulul albab yang membawa sinar kepada ummah.
โจ โSetiap benih kebaikan yang ditanam, akan menumbuhkan ratusan manfaat โ itulah makna sebenar Sanaabil Al-Khair.โ