Puspanita MITI

Puspanita MITI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puspanita MITI, Community Service, No. 7, Menara MITI, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lumpur.

PUSPANITA MITI ditubuhkan bagi tujuan untuk memupuk hubungan muhibah serta menyatupadukan para suri dan anggota kerja di semua peringkat perkhidmatan, agar wujud komuniti yang harmoni, saling menyokong dan bergerak seiring dalam setiap usaha bersama.

08/03/2026

Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2026

Bertemakan “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara”, sambutan ini menzahirkan pengiktirafan terhadap peranan penting wanita sebagai tunjang keluarga, penyumbang kepada pembangunan ekonomi serta pemimpin dalam masyarakat.

Pemerkasaan wanita melalui dasar yang inklusif, akses pendidikan berkualiti dan perlindungan sosial yang kukuh amat penting bagi memastikan mereka terus berkembang, menyumbang dan memimpin dengan cemerlang. Apabila wanita diperkasa, negara turut menjadi lebih kuat dan sejahtera.

Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita yang menjadi inspirasi kepada kemajuan masyarakat dan negara. 🌷

06/03/2026
Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepada YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan In...
06/03/2026

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepada YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Semoga YB Datuk Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta terus diberi kekuatan dalam memimpin dan memacu kemajuan negara.

Ikhlas daripada,
PUSPANITA MITI

Bulan Ramadan tidak akan lengkap sekiranya kita tidak menjadikan Al-Quran sebagai teman sejati sepanjang mengharungi seb...
06/03/2026

Bulan Ramadan tidak akan lengkap sekiranya kita tidak menjadikan Al-Quran sebagai teman sejati sepanjang mengharungi sebulan madrasah tarbiah Ramadan. Istimewanya Ramadan kerana bulan ini juga dikenali sebagai bulan Al-Quran. Bulan mulia yang diturunkan kitab suci yang mulia Al-Quran.

Allah berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadar."
(Surah al-Qadr 97: 1)

Betapa besarnya keistimewaan bulan Ramadan dengan penurunan Al-Quran. Bukan sahaja Al-Quran dipilih untuk penyucian jiwa malah ia juga adalah untuk mendapat cahaya petunjuk dan hidayah.

Justeru, Al-Quran ialah teman terbaik yang dapat menemani kita disepanjang bulan Ramadan. Membaca Al-Quran p**a ialah ibadah yang utama untuk kita lakukan sepanjang Ramadan.

Mudah-mudahan dengan menjadikan Al-Quran sebagai teman sepanjang Ramadan akan membuahkan nilai-nilai ketakwaan yang akan tersemat dalam diri kita walaupun setelah Ramadan berakhir.

SALAM NUZUL QURAN 1447H/2026M

With PUSPANITA Kebangsaan - RASMI – I just got recognised as one of their top fans! 🎉
16/02/2026

With PUSPANITA Kebangsaan - RASMI – I just got recognised as one of their top fans! 🎉

16/02/2026

PUSPANITA Cawangan MITI ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026. 🧧✨

Semoga perayaan ini membawa kemakmuran, kesejahteraan, serta semangat perpaduan yang terus kukuh dan berpanjangan.

Selamat Hari Lahir, YB Tuan Sim Tze Tzin 🎉Semoga YB sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah urusan dan teru...
06/02/2026

Selamat Hari Lahir, YB Tuan Sim Tze Tzin 🎉

Semoga YB sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah urusan dan terus sukses memimpin demi negara.

Ikhlas daripada PUSPANITA Cawangan MITI.

Sempena Hari Kanser Sedunia 2026, PUSPANITA Cawangan MITI ingin merakamkan sokongan dan solidariti kepada semua pejuang ...
04/02/2026

Sempena Hari Kanser Sedunia 2026, PUSPANITA Cawangan MITI ingin merakamkan sokongan dan solidariti kepada semua pejuang kanser serta keluarga yang terus menyokong kuat pesakit untuk menghadapi ujian ini.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran, mengamalkan gaya hidup sihat, dan menyokong usaha pencegahan serta rawatan kanser demi kesejahteraan semua.

Bersama kita peduli. Bersama kita kuat. 🎗️

Menghargai perjalanan dan sumbangan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam membentuk kemajuan negara. Terima kasih ker...
03/02/2026

Menghargai perjalanan dan sumbangan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam membentuk kemajuan negara. Terima kasih kerana terus menyokong pembangunan mampan dan inovasi demi masa depan Malaysia yang lebih berdaya tahan.

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2026!

03/02/2026

Malam Nisfu Sya’ban merupakan masa untuk RESET JIWA.

Malam Nisfu Sya’ban bukan sekadar malam biasa, tapi malam Allah buka peluang. Malam Allah buka pintu keampunan seluas-luasnya dan panggil hamba-Nya untuk kembali. Sebelum kita melangkah ke Ramadan, inilah masanya untuk kita berhenti sekejap, muhasabah diri dan tanya, apa yang perlu kita perbaiki lagi?

Perbanyakkan istighfar, berdoa dengan jujur, bersihkan hati daripada dendam, dan dekatkan diri dengan Allah walau pun sedikit. Tak perlu sempurna, cukup hadir dengan hati yang ikhlas.

Dan hakikatnya kita tak tahu mungkinkah ini Sya’ban terakhir kita. Maka bermula malam Nisfu Sya'ban ini, kita jadikan ianya titik mula untuk kita sedar dan lebih dekat dengan Allah swt.

Semoga Allah mengampuni kita dan menyampaikan kita ke bulan Ramadan dengan iman yang lebih kuat dan semangat untuk terus istiqomah. Amin Ya Rabb.

03/02/2026

Warm wishes on Thaipusam

30/01/2026

Insya Allah, 18 hari lagi kita bakal menyambut bulan mulia, bulan Ramadan.
Semoga Allah sampaikan kita ke bulan yang mulia ini, Aameen.

Address

No. 7, Menara MITI, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita MITI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspanita MITI:

Featured

Share