Pertubuhan Anak-Anak Melayu Selangor Kuala Lumpur

Pertubuhan Anak-Anak Melayu Selangor Kuala Lumpur PAMSKL

03/02/2026
Alhamdulillah
27/11/2025

Alhamdulillah

KENYATAAN MEDIATan Sri Ambrin bin BuangAnak Jati Kampong Bharu,Mantan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PK...
03/10/2025

KENYATAAN MEDIA

Tan Sri Ambrin bin Buang
Anak Jati Kampong Bharu,
Mantan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB),
Ahli Dewan Diraja Selangor.

1. Saya, Tan Sri Ambrin bin Buang, adalah merupakan seorang anak jati Kampong Bharu, mantan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan Ahli Dewan Diraja Selangor.

Saya ingin memberi pandangan mengenai pembangunan Kampong Bharu khususnya berkaitan dengan pertahanan dan kedudukan “Kampong Sungai Baru” yang telah mendapat perhatian masyarakat.

2. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini mengiringi hasrat dan titah DYMM Sultan Selangor melalui kenyataan akhbar Istana Alam Shah pada 18 September 2025 berhubung isu kenyataan akhbar mengenai “Kampung Sungai Baru”, Kuala Lumpur.

Kenyataan akhbar tersebut DYMM Sultan Selangor bersetuju bahawa kawasan Kampung Sungai Baru adalah sebahagian daripada Kampong Bharu.

Tambahan lagi, DYMM Tuanku juga mengingatkan bahawa Kampong Bharu adalah satu-satunya kawasan penempatan orang Melayu yang terbesar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Saya ingin menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap kenyataan akhbar ini.

Saya juga ingin menambah kenyataan bahawa kampung ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

3. Kampong Bharu merupakan lambang identiti orang Melayu di Kuala Lumpur.

Kampung ini telah menjadi nadi penggerak ekonomi orang Melayu di bandar raya ini.

Dengan itu, sebarang pembangunan Kampong Bharu hendaklah mengambil kira kepentingan orang Melayu sebagai pemilik dan pewaris asal kawasan ini.

Sebarang usaha pembangunan yang mengenepikan kepentingan masyarakat Melayu akan menyebabkan kehilangan warisan yang tidak ternilai ini.

4. Izinkan saya mengupas sedikit sejarah kewujudan Kampong Bharu dari kajian saya sendiri serta maklumat yang saya perolehi memandangkan saya sendiri merupakan anak jati Kampong Bharu.

Dari segi sejarahnya dan hasil semakan saya, asal-usul tanah Kampong Bharu yang seluas lebih kurang 220 ekar telah diwartakan sebagai Malay Agricultural Settlement (selepas ini dirujuk sebagai “MAS”) pada 12 Januari 1900, bagi tujuan penempatan dan pemeliharaan untuk orang-orang Melayu.

Tanah ini adalah hasil kurniaan Almarhum Sultan Ala’iddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa. Sultan Selangor ketika itu bertitah tanah (90% tanah ini) telah diwartakan untuk umat Islam Melayu dengan tujuan asalnya projek persawahan dan tanaman sayur bagi penduduk kampung.

5. Adalah menjadi kenyataan sejarah bahawa tanah ini dikhaskan hanya untuk orang Melayu.

Malah, fakta berkaitan hal ini juga pernah melalui kajian Royal Commission of Enquiry (RCE) mengenai hal-hal perumahan dan kebajikan orang Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1957 yang disiarkan oleh Government Printer.

Jelas, Royal Commission of Enquiry ini juga menyokong fakta bahawa Kampong Bharu adalah khas untuk orang Melayu.

Selanjutnya, satu lagi fakta penting adalah keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 17 Mei 1974 yang mengesahkan perkara ini sebelum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan.

6. Baru-baru ini timbul isu tentang pembangunan “Kampung Sungai Baru” yang mana ianya merupakan satu kawasan di bawah MAS.

Saya amat bersetuju dengan pandangan bahawa warta MAS berkenaan kepada pewartaan khas tanah ini sebagai penempatan Melayu.

Berdasarkan kepada fakta ini, jelaslah bahawa Kampung Sungai Baru adalah sebahagian daripada tanah MAS dan oleh yang demikian, ianya hendaklah kekal sebagai tanah rizab Melayu.

7. Mengambil kira faktor di atas dan mengambil kira hasrat DYMM Sultan Selangor ketika itu agar orang-orang Melayu memiliki tanah dan penempatan di pusat bandar Kuala Lumpur, saya membuat kesimpulan bahawa tanah “Kampung Sungai Baru” boleh diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada tanah MAS.

Di samping itu, fakta untuk menekankan klasifikasi sebagai tanah MAS untuk kawasan Melayu ini boleh diperkuatkan dengan melihat kepada surat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 5 Mei 1970 yang secara jelas menyatakan bahawa tanah “Kampung Sungai Baru” ini merupakan tanah khas orang Melayu.

Surat rasmi menyatakan tujuan tanah yang dikeluarkan untuk tujuan khas ini boleh diwakafkan untuk orang Melayu.

Lantaran itu ianya berkekalan untuk kepentingan orang Melayu sahaja.

8. Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa masalah ini hendaklah dirujuk dan dirundingkan dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.

Saya juga menyarankan supaya satu jawatankuasa khas diwujudkan yang terdiri daripada pakar-pakar undang-undang tanah, sejarah dan perancangan bandar, serta dianggotai oleh tokoh masyarakat Kampong Bharu bagi mencari penyelesaian muktamad.

Saya percaya penyelesaian yang tuntas boleh dicapai demi mempertahankan hak orang Melayu di Kampong Bharu.

Dengan ini, saya sekali lagi menyatakan sokongan terhadap kenyataan akhbar Istana Alam Shah berhubung isu Kampung Sungai Baru.

Diharap hasrat Almarhum Sultan dan Raja Muda Musa untuk mengekalkan Kampong Bharu sebagai kawasan khas orang Melayu di tengah Kuala Lumpur akan terus dipertahankan.

Sekian, terima kasih.

Tan Sri Ambrin Buang

**Beliau ialah Mantan Ketua Audit Negara dll.

04/01/2024

“Aku tak nak solat! Kenapa Allah buat aku macam ni. Hang nak solat hang punya pasai. Sampai mati pun aku tak nak solat. Allah kejam buat aku kena stroke macam ni!”

Ada satu kisah ketika ustaz dengan tim Bersamamu TV3 pergi hulur bantuan.

Kami kumpul sikit-sikit wang sumbangan, beli atap zink, paip, gula beras serba sikit. Bawa masuk kampung jumpa orang susah.
Tiba di satu rumah, “Ya Allah… kuatnya bau hancing.”

Tuan rumah ni kena serangan strok. Rumah dia guna karpet lama dari surau. Bila tak ada orang nak cuci dengan baik, baunya memang busuk.

Ustaz bukan nak hina orang miskin. Tapi keadaan rumah ni teruk sebab tak ada orang nak urus. Hidup susah. Boleh gerak sikit dalam keadaan susah payah dan harapkan bantuan orang lain.
Selesai bagi bantuan serba sikit, ustaz tanya dia,

“Bang, boleh tunjuk kiblat kat mana. Kami nak tumpang solat.”

Abang tu tak bagi jawapan tapi dia tanya kami balik,

“Solat tu menatang apa?"
"Kiblat tu menatang apa?”
Astaghifirullahaladzhim…

Panjang istighfar kami yang ada di situ.

Terkejut dengar kata-kata abang tu. Macam-macam rasa hati. Sedih, kecewa, kasihan, geram, marah. Semua ada. Marah sebab dia bercakap dengan gaya agak sombong.

Ustaz pun cakap,

“Tak apalah bang. Boleh abang bagitau kat mana surau atau masjid terdekat. Kami pergi solat di sana.”

Alhamdulillah, dia masih tahu kat mana masjid.
Lepas solat, kami patah balik ke rumah tu.

Ustaz rasa semangat nak kembali semula sebab hati ustaz terbakar. Sudahlah hidup susah, sombong pulak tu. Sombong dengan manusia boleh lah kita terima lagi, ni sombong dengan Allah. Tak solat, tanda sombong dengan Allah.

Walaupun sakit hati, ustaz pujuk juga abang tu,

“Bang, abang solat lah…”

“Tak nak! Aku tak nak solat! Kenapa Allah buat aku macam ni. Hang nak solat hang punya pasai. Sampai mati pun aku tak nak solat. Allah kejam buat aku kena stroke macam ni!”

Rupanya abang ni tak nak solat sebab dia kecewa dengan takdir. Marah pada Allah. Sampai tahap dia tinggalkan segala perintah Allah.
Tak betul sikap begitu tuan puan. Salah bila kita tinggalkan perintah Allah bila diuji.

Ujian bukan tanda Allah bersikap kejam pada manusia tapi ujian tanda Allah sayang pada kita. Ujian tanda Allah mahu kita tunduk dan merayu padaNya. Lebih dekat denganNya.

Semalam ustaz diuji lagi.

Kembali terbaring di katil hospital. Walaupun diuji dengan kesakitan, ustaz bersyukur, Allah masih beri peluang ustaz untuk terus hidup di muka bumi ini.

Allah masih beri peluang ustaz untuk berkongsi nasihat melalui alam maya ini.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.

Syukur Allah bagi ustaz faham makna dan erti di sebalik ujian.

Tuan puan yang dihormati, jangan marah-marah pada orang yang tinggalkan perintah Allah bila mereka diuji. Tugas kita sebagai pendakwah bukan menghukum mereka, tapi menerangkan dengan penuh hikmah.

Boleh jadi mereka tak faham makna ujian. Sebab tu mereka salah ambil keputusan dan tindakan.

Dekati mereka dengan penuh kasih sayang. Terangkan secara baik. Sampaikan pada mereka betapa Allah sangat sayangkan semua hambanya lalu Dia memberi ujian.

Ceritakan pada mereka bahawa Allah sedang mengangkat darjat mereka ke tingkat lebih baik asbab mereka ikhlas, redha dan teruskan ketaatan walau diuji.
Syukur Alhamdulillah, selepas ustaz dan kawan-kawan beri nasihat kepada abang tadi dia kembali ke pangkal jalan. Kembali jadi hamba Allah yang taat dan mencintai Allah serta rasul.

Alhamdulillah. Hidayah dari Allah.
Jom tuan puan pujuk hati kita untuk berdamai dengan apa jua takdir yang Allah tentukan pada diri kita.

Jom pujuk hati untuk menghukum tindakan orang lain.

Jom pujuk hati untuk jadi orang yang selalu memberi nasihat dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
Dahulukan kasih sayang antara sesama manusia. Moga kasih sayang Allah sentiasa bersama kita.

Alhamdulillah, perbincangan bersama Pengerusi AirAsia🤲
01/12/2023

Alhamdulillah, perbincangan bersama Pengerusi AirAsia🤲

Address

Tingkat 9, Menara Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60132739639

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Anak-Anak Melayu Selangor Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Anak-Anak Melayu Selangor Kuala Lumpur:

Featured

Share