Perumahan Pantai Permai

Perumahan Pantai Permai Local Business Perumahan Pantai Permai terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Saiz bagi setiap unit flat adalah dalam 650 kaki persegi.

Ia merupakan apartment yang merangkumi 3 buah blok dan terdiri daripada 5 tingkat dan 15 tingkat bagi setiap blok. Setiap unit flat mempunyai 3 bilik tidur dan dua bilik air. Perkhidmatan sekuriti 24 jam juga disediakan bagi memastikan keselamatan para penduduk Perumahan Pantai Permai terjamin. Bilangan penduduk di sini dianggarkan dalam dua ke tiga ribu orang penduduk. Disini terdapat Surau An-N

urhidayah yang terletak di bawah blok C lima tingkat dan boleh memuatkan lebih kurang 300 orang dalam 1 masa. Terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan yang boleh diakses untuk memudahkan kehidupan penghuni perumahan Pantai Permai. Antara kemudahan berdekatan ialah pasaraya The Sphere, yang sebelum ini adalah pasaraya AEON yang menyediakan barangan keperluan harian dan juga barangan-barangan yang lain. Berdekatan dengan flat Pantai Permai juga ialah kedai 7-eleven dan kedai KK yang dibuka 24 jam bagi memenuhi keperluan penduduk sepanjang masa. Selain itu, terdapat beberapa kedai runcit yang berdekatan. Dengan ini, penduduk Pantai Permai mempunyai kedai-kedai yang menyediakan pelbagai pilihan untuk barang-barang keperluan. Selain itu, juga berdekatan Klinik 1Malaysia di flat Kerinchi dan juga klinik kesihatan yang menyediakan keperluan perubatan untuk penduduk setempat. Di samping itu, terdapat pasar malam pada setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu yang menjual pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, makanan dan juga pakaian. Terdapat kemudahan bas RapidKL dan juga hentian bas untuk bas Universiti Malaya (UM). Perumahan Pantai Permai juga lengkap dengan kemudahan LRT dan juga stesen KTM. Lain-lain info berkaitan,

1) 1.5km ke LRT Kerinchi
2) 900m ke KTM Angkasapuri
3) 4.5km ke Mid Valley Shopping Mall.
4) 3.5km ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
5) 900m ke Masjid Rahah
6) 2.2km ke University Malaya

Sebarang pertanyaan dan perkongsian boleh menghantar email kepada saya [email protected] atau WhatsApp tekan di tersebut https://wa.link/rqcme5

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Pantai Permai.Saya selaku admin Facebook Perumahan Pantai Permai ingin menjemp...
29/01/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Pantai Permai.

Saya selaku admin Facebook Perumahan Pantai Permai ingin menjemput penduduk untuk menyertai WhatsApp Group “Family Pantai Permai” yang diwujudkan bagi memudahkan perkongsian maklumat, hebahan dan komunikasi sesama penduduk.

Syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada penduduk tempatan Pantai Permai sahaja.

2. Ahli diminta menjaga adab, saling menghormati dan tidak menimbulkan isu sensitif dalam perbincangan.

Semoga group ini dapat mengeratkan silaturahim dan memudahkan urusan bersama.
Terima kasih atas kerjasama semua 🙏

Boleh isi form terlebih dahulu.
https://www.emailmeform.com/builder/form/5BsvRwFay0M

Harga rumah kondominium kini semakin tinggi. Dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,000 sebulan, agak sukar untuk menam...
28/09/2025

Harga rumah kondominium kini semakin tinggi. Dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,000 sebulan, agak sukar untuk menampung bayaran, apatah lagi dengan komitmen anak-anak dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Apa pandangan followers!

Tinggal di bandar, rumah kondo bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Lambakan rumah kondo dibina di kawasan yang padat penduduk. Nak beli rumah teres p**a punyalah mahal! Harga rumah kondo p**a setanding harga rumah teres di pinggir bandar.

Jadi pilihan yang ada hanyalah rumah kondo yang harga lebih mampu milik. Dari segi kelebihan banyak fasiliti tambahan menarik yang ditawarkan seperti kolam renang, gym, lif, kedai serbaguna, taman permainan dan privasi keselamatan 24 jam.

Namun demikian, tak dinafikan selepas beberapa tahun, ramai pembeli rumah kondominium mula mengeluh dan rasa menyesal di kemudian hari. Antaranya ini sebabnya.

Assalamualaikum & selamat pagi.Mohon kerjasama semua ahli kump**an. Sekiranya ada yang mengenali pemilik kad pengenalan ...
28/09/2025

Assalamualaikum & selamat pagi.

Mohon kerjasama semua ahli kump**an. Sekiranya ada yang mengenali pemilik kad pengenalan yang telah tercicir, diminta hadir ke Hub Bas RapidKL (berhampiran kawasan perkuburan) untuk mengambilnya.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Amir di talian 012-6680865.

Terima kasih atas perhatian dan bantuan semua.

Salam semua, kepada pemilik kenderaan WVX6032. Lampu kenderaan tidak tutupKredit: Musa Taib
28/07/2025

Salam semua, kepada pemilik kenderaan WVX6032. Lampu kenderaan tidak tutup

Kredit: Musa Taib

22/07/2025

Address

Jalan Pantai Permai
Kuala Lumpur
59200

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+60176308270

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perumahan Pantai Permai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perumahan Pantai Permai:

Featured

Share