Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Call Directions Website Contact the organization

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Layari laman sesawang kami di http://www.pkpim.org.my/ atau

follow di twitter https://twitter.com/pkpimalaysia

No. Pendaftaran: PPBM 0022/08.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan yang berdaftar secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan (Pendaftaran 1569 Selangor) pada 27 Jun 1961, dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia ditubuhkan pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua, Universiti Malaya. Penubuhan PKPIM telah diusahakan oleh sekumpulan 10 orang pelajar dari 5 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya dan Maktab Perguruan Bahasa bertujuam menggabungkan semua persatuan pelajar Islam tanahair dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan pelajar-pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhannya di bertujuan untuk menjadi wakil pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu membuat hubungan di peringkat kebangsaan serta dengan lain-lain persatuan pelajar Islam di luar negara. Manakala kekuatan PKPIM terletak pada iltizam dan komitmen serta kesediaan ahlinya untuk menggerakkan PKPIM dengan konsep dakwah tanpa sebarang kepentingan diri. Sejak ditubuhkan hinggalah ke saat ini, dasar pergerakan PKPIM tetap berlandaskan kepada Al-Amr bil Maโ€™ruf dan an-Nahyu aโ€™nil Munkar, selaras dengan tujuan penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi. Perjuangan PKPIM tidak terbatas pada golongan pelajar, tetapi lebih luas termasuk cuba mencari penyelesaiaan terhadap masalah Ummah dan kepentingan sejagat. Antara sumbangan terpenting PKPIM ialah gagasan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang pertama di negara ini yang diusahakan dalam Kongres Kemajuan Islam Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh PKPIM pada tahun 1966. PKPIM juga menjalinkan jaringan utuh sebagai salah satu badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang aktif dalam aktiviti pembangunan belia. Malah beberapa tokoh pimpinan PKPIM pernah menjawat jawatan Presiden MBM. Jaringan PKPIM diperluaskan di peringkat antarabangsa di mana turut menjadi badan gabungan aktif dalam Himpunan Belia Islam Sedunia (World Assembly of Muslim Youth-WAMY) dan menjadi anggota gabungan kepada Persekutuan Pelajar-Pelajar Islam Antarabangsa (International Islamic Federation of Student Organisation-IIFSO) sejak 1971, dan juga penaja kepada penubuhan Persekutuan Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEPIAT). PKPIM hingga tahun 2011 telah mencapai usia 50 tahun dan masih bergerak aktif dengan rangkaian yang cukup meluas dengan wujudnya badan gabungan PKPIM hampir setiap negeri dan kampus. Malah kerangka perjuangan PKPIM bukan sekadar disini namun meliputi jemaah yang lebih luas dengan kewujudan ABIM yang kini telah mencapai usia 40 tahun dan WADAH yang terdiri dari senior-senior PKPIM dan ABIM. Oleh itu PKPIM akan terus berbakti sesuai dengan motonya โ€œHIDUP BIAR BERJASAโ€. Pada tahun 2007, PKPIM memperbaharu pendaftarannya dengan berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dengan No.

PERTEMUAN BERSAMA PIMPINAN ABIM KELANTANMenutup siri kunjungan di Kelantan dengan pertemuan bersama pimpinan ABIM Kelant...
10/10/2026

PERTEMUAN BERSAMA PIMPINAN ABIM KELANTAN

Menutup siri kunjungan di Kelantan dengan pertemuan bersama pimpinan ABIM Kelantan.

Antara yang menjadi perhatian ialah kaderisasi dan pembangunan pelapis muda, perubahan landskap belia, pengukuhan usrah pimpinan dan ahli serta pemerkasaan usrah gabungan WAP.

Turut dibincangkan bagaimana seluruh ekosistem ABIM โ€” termasuk agensi pendidikan, kebajikan, belia dan jaringan sekolah โ€” dapat dimanfaatkan secara lebih strategik untuk memperluas khidmat dan dakwah kepada masyarakat.

Dalam perjuangan, kita mungkin berdepan pelbagai cabaran. Namun, selagi terus berusrah, terus merujuk dan terus bergerak bersama, insya-Allah ada jalan untuk kita bina generasi seterusnya.

Terima kasih ABIM Kelantan atas penerimaan, perkongsian dan ukhuwah.

Terus kuat. Terus istiqamah. Terus berkhidmat. ๐Ÿคฒ

PERTEMUAN NAIB PRESIDEN KEBANGSAAN PKPIM BERSAMA PENGERUSI WADAH KELANTANAlhamdulillah, Naib Presiden Kebangsaan berkese...
10/10/2026

PERTEMUAN NAIB PRESIDEN KEBANGSAAN PKPIM BERSAMA PENGERUSI WADAH KELANTAN

Alhamdulillah, Naib Presiden Kebangsaan berkesempatan bertemu Pengerusi WADAH Kelantan bagi menyelami perkembangan dan keadaan semasa WAP di negeri Kelantan.

Perbincangan memberi penekanan kepada pengukuhan hubungan PKPIM, ABIM dan WADAH, pelaksanaan usrah serta usrah gabungan WAP, pertemuan berkala pimpinan dan usaha membina program yang lebih berimpak.

Turut dibincangkan ruang untuk memperkukuh jaringan bersama pelbagai agensi kerajaan dan institusi strategik bagi memberi manfaat yang lebih luas kepada mahasiswa, belia dan masyarakat.

Hubungan yang baik perlu terus dipelihara, dan jaringan yang ada perlu diterjemahkan kepada gerak kerja yang lebih tersusun.

Semoga WAP Kelantan terus erat, matang dan istiqamah dalam perjuangan.

Terima kasih WADAH Kelantan atas ruang dan ukhuwah. ๐Ÿค

NAIB PRESIDEN KEBANGSAAN BERTEMU PIMPINAN PKPIM KELANTAN & YDP ABIM KOTA BHARUPertemuan bersama pimpinan PKPIM Kelantan ...
10/10/2026

NAIB PRESIDEN KEBANGSAAN BERTEMU PIMPINAN PKPIM KELANTAN & YDP ABIM KOTA BHARU

Pertemuan bersama pimpinan PKPIM Kelantan dan YDP ABIM Kota Bharu di Adab Youth Garage.

Sesi ini menjadi ruang untuk menyelami realiti gerakan di negeri, khususnya berkaitan hala tuju PKPIM, PMG, pengukuhan usrah, kaderisasi, pemutihan ahli serta pemetaan mahasiswa Kelantan yang berada di dalam dan luar negeri.

Turut ditekankan keperluan memperluas ruang dakwah dan pendidikan ke sekolah, membina kefahaman isu semasa serta menyemai nilai dan akhlak dalam kalangan generasi muda.

Banyak yang perlu digerakkan. Banyak juga potensi yang boleh dibangunkan.

Moga Kelantan terus menjadi bumi subur untuk melahirkan kader dan pemimpin masa hadapan.

Terima kasih atas keterbukaan dan kesediaan bergerak bersama. โœŠ

NAIB PRESIDEN KEBANGSAAN KUNJUNGI PRESIDEN MGBKAlhamdulillah, Sdr Firhan Amir Firhan Rosli Naib Presiden Kebangsaan PKPI...
10/10/2026

NAIB PRESIDEN KEBANGSAAN KUNJUNGI PRESIDEN MGBK

Alhamdulillah, Sdr Firhan Amir Firhan Rosli Naib Presiden Kebangsaan PKPIM berkesempatan bertemu Saudara Azahar Kamaruzaman, Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) pada 3 Oktober lepas bertempat di Gua Musang.

Pertemuan yang cukup bermakna berkisar tentang pembangunan belia, kepimpinan pelapis, perubahan had umur belia serta potensi keusahawanan anak muda melalui inisiatif kerajaan seperti Sejati MADANI.

Menarik mendengar pengalaman MGBK memanfaatkan peluang tersebut untuk membangunkan perniagaan yang memberi nilai tambah kepada belia.

Semoga terus subur jaringan antara gerakan mahasiswa dan gerakan belia dalam membina generasi muda Kelantan yang berdaya tahan dan berdaya saing.

Terima kasih MGBK atas ruang dan perkongsian. ๐Ÿค

KepimpinanBelia

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga ...
28/09/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiโ€™ulakhir 1448H.

ุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽ

ุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya, menerima segala amal kebajikan yang telah dicurahkan serta menempatkan beliau dalam kalangan para solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah. Aamiin.

Hidup Biar Berjasa!

26/09/2026

EMINAR ANTARABANGSA GEOPOLITIK & PERUBAHAN GLOBAL
โ€œTata Dunia Baharu, Gerakan Islam Membina Masa Depan Ummahโ€

Bersempena Ijtimak Harakiy Kali Ke-8 WADAHโ€“ABIMโ€“PKPIM, sertai wacana bersama tokoh dan pemikir tempatan serta antarabangsa

Dirasmikan oleh
YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama

SELAMAT BERMUKTAMAR | MPATโ€™65Selamat bermuktamar buat seluruh Muktamirin & Muktamirat yang hadir ke Majlis Perhimpunan A...
25/09/2026

SELAMAT BERMUKTAMAR | MPATโ€™65

Selamat bermuktamar buat seluruh Muktamirin & Muktamirat yang hadir ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kali Ke-65 (MPATโ€™65).

Semoga perhimpunan ini menjadi medan menyatukan fikrah, memperkukuh ukhuwah serta memperteguh tekad dalam meneruskan agenda pembinaan generasi Rabbani dan perjuangan islah.

โ€œMembina Generasi Rabbani: Memperteguh Fikrah, Memaknai Visi Islahโ€

Semoga setiap pandangan, amanah dan keputusan yang lahir daripada muktamar ini terus membawa manfaat buat gerakan dan ummah.

Hidup Biar Berjasa!

HidupBiarBerjasa

MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) KALI KE-65๐Ÿ“œ โ€œMembina Generasi Rabba...
23/09/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) KALI KE-65

๐Ÿ“œ โ€œMembina Generasi Rabbani: Memperteguh Fitrah, Memaknai Visi Islahโ€ ๐Ÿ“œ

๐Ÿค Bersempena Ijtimaโ€™ Haraki Kali Ke-6 (WADAH-ABIM-PKPIM) & Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global

โ€ุงูŽู„ุณูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงูŽู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒุงุชูู‡ู

Dengan sukacitanya, ahli jawatankuasa kerja PKPIM menjemput seluruh BGN/CN/BGK ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM Kali ke-65 (MPATโ€™65) yang akan diadakan seperti berikut:

๐Ÿ“† 25 โ€“ 27 September 2026

๐Ÿ“ Dewan Kuliah FEM 2, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Sdri AMANINA โ€” +60 11-2585 1617
Sdri ANUR โ€” +60 13-496 7168

Hidup Biar Berjasa!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September merupakan hari yang memperingati pembentukan Malaysia serta menjadi ru...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September merupakan hari yang memperingati pembentukan Malaysia serta menjadi ruang untuk kita mengenang kembali sejarah, pengorbanan dan semangat yang membentuk negara ini.

Dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan latar kehidupan, kekuatan Malaysia terletak pada kemampuan kita untuk terus hidup bersama, saling menghormati dan membina masa hadapan yang lebih baik.

Sebagai generasi muda, marilah kita menghayati erti kemerdekaan dan kenegaraan dengan memperkukuh ilmu, menjaga keharmonian serta memainkan peranan dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera.

Semoga Malaysia terus melangkah sebagai sebuah negara yang aman, berdaulat dan dihargai.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข, ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข.

Hidup Biar Berjasa!




Address

No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601156256024

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM):

Shortcuts

Sponsored

Share