KVVC Klang Valley Vanette Community

KVVC Klang Valley Vanette Community Sebuah komuniti permuafakatan pemilik-pemilik jentera Nissan Vanette Warga Sekitar Lembah Klang .

31/12/2025

Selamat Datang 2026

31/12/2025

#2026

31/12/2025







31/12/2025

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026.

Sama-sama kita tutup cerita 2025 dengan rasa syukur Alhamdulillah setelah pelbagai cerita suka-duka serta pelbagai ujian dan cabaran yang telah kita tempuhi dan lalui.

Kita mulakan tahun 2026 dengan ucapan Bismillah. Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Semoga tahun ini penuh dengan kejayaan yang menginspirasikan !. Tahun baru, semangat baru !. Setiap cabaran yang datang adalah peluang untuk kita menjadi lebih kuat.

Semoga kita semua terus berusaha dan bersemangat untuk mencapai semua matlamat yang telah kita tetapkan.

Sama-sama kita doakan agar negara dan negeri kita kekal dibawah naungan dan rahmat dariNya.





30/08/2025

Ucapan Hari KeMerdekaan Ke 68 .

Assalamualaikum ,
Salam Sejahtera ..

Alhamdulillah, Hari ini tanggal 31 Ogos 2025 , kita sekali lagi diberi kesempatan untuk bersama-sama menyambut Hari KeMerdekaan yang ke 68. Sesungguhnya, kemerdekaan ini adalah anugerah yang tidak ternilai, hasil daripada perjuangan para Pahlawan-pahlawan dan Tokoh-tokoh terdahulu yang telah mengorbankan jiwa raga mereka demi melihat tanah air kita ini bebas daripada belenggu penjajahan .

Marilah kita, seluruh rakyat Malaysia memperbaharui semangat dan iltizam dalam mempertahankan kedaulatan negara kita. Semangat perpaduan, kerjasama, dan toleransi yang kita warisi ini haruslah terus disemarakkan agar keamanan dan kemakmuran negara kita berkekalan .

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat untuk terus berdoa agar negara kita sentiasa dilimpahi dengan keberkatan, keamanan, dan kesejahteraan. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus membangun negara yang kita cintai ini .

Doa:

اللهم اجعل هذا البلد آمنا مطمئنا، اللهم أدم علينا نعمة الاستقلال، اللهم احفظنا من الفتن ما ظهر منها وما بطن، ووفقنا يا ربنا لما تحب وترضى.

"Ya Allah, jadikanlah negara ini aman dan tenteram. Ya Allah, kekalkanlah nikmat kemerdekaan kepada kami. Lindungilah kami daripada fitnah yang zahir dan batin. Dan berilah kami taufik dan hidayah-Mu agar kami sentiasa berada di jalan yang Engkau redhai " .

Selamat Menyambut Hari KeMerdekaan Ke 68 !!!

Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!

Sekian ,
dari saya selaku Admin mewakili barisan Pihak Urusetia KVVC .

#سلام مرديک
#مرديک
#مرديک
#مرديک
#مرديک
#مرديک
#مرديک
#مرديک

Assalamualaikum ,Salam Sejahtera buat semua Sahabat-sahabat KVVC .Malam 12 Julai 2025 telah berlangsungnya Mesyuarat Ger...
13/07/2025

Assalamualaikum ,
Salam Sejahtera buat semua Sahabat-sahabat KVVC .

Malam 12 Julai 2025 telah berlangsungnya Mesyuarat Gerak Kerja Urusetia KVVC untuk kali yang Pertama bagi tahun 2025 bertempat di Warung Laris Manis .

Pemilihan dan lantikan AJK ( Urusetia ) bagi sesi 2025/2026 telah diadakan .

Berikut adalah senarai rasmi Barisan AJK ( Urusetia ) bagi sesi 2025/2026 :-

Presiden :- Abang Wong Sg Lampam ( Abg Matmore )
Timb. Presiden :- Anuwar Kechik ( Kechik )
Setiausaha :- Hafiz Aziz ( Apis )
Bendahari :- Idham Errihezri ( Idham )
AJK :- Farid Malek ( Farid )
:- Syala Mustaffa ( Syala )
:- Zaidi Khabib ( Papa Jedi )
:- Along

Perlantikan Abang Matmore adalah dibuat secara sebulat suara oleh barisan Urusetia memandangkan komitmen yang Beliau telah sumbangkan dan keterampilan Beliau sebagai seorang Pemimpin amat berkaliber bagi menggantikan tugas yang telah ditinggalkan oleh Abang Sam Ariffin .

Barisan Urusetia mengucapkan Jutaan Terima Kasih buat Abang Sam yang sudi berkhidmat dan menjalankan tanggungjawab sepertimana yang telah diamanahkan sepanjang Sesi 2024/2025 .

Untuk makluman , seramai 8 orang ahli Urusetia KVVC yang telah dilantik diawal Tahun 2024 dan untuk Mesyuarat kali ke 3 ini hanya seorang Urusetia yang tidak dapat hadir kerana urusan yang tidak dapat dielakkan .

Kesemua Urusetia telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut Tugas Jawatan masing-masing dengan baik dan sempurna demi memastikan Matlamat asal penubuhan KVVC Klang Valley Vanette Community ini dituruti sepertimana yang telah dipersetujui .

Bagi Pihak Urusetia , Admin ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih buat seluruh Sahabat-sahabat KVVC yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang padu dalam setiap Program yang telah dianjurkan oleh Pihak Urusetia . Kami mengharapkan , kerjasama dan sokongan ini akan bertambah mantap dan konsisten demi mengeratkan lagi Silaturahim sesama kita .

Teruskanlah mengikuti perkembangan KVVC di Page ini untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat berkaitan Program-program yang akan dianjurkan kelak .










Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KVVC Klang Valley Vanette Community posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KVVC Klang Valley Vanette Community:

Featured

Share