28/09/2026
PELAN BINA SEMULA GAZA AS$2.4 BILION DIBENTANG, SERANGAN REGIM ZIONIS TERUS RAGUT NYAWA
Lembaga Keamanan yang disokong Amerika Syarikat mencadangkan pelan AS$2.4 bilion melibatkan 66 projek bagi memulakan pembinaan semula Gaza, ketika serangan regim zionis masih berterusan dan mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin.
Menurut pelan tersebut, kos keseluruhan pemulihan dan pembinaan semula Gaza dianggarkan sekitar AS$35 bilion dalam jangka sederhana, selain AS$71.4 bilion untuk tempoh 10 tahun berikutnya.
Wakil tinggi lembaga itu, Nikolay Mladenov, berkata pelaksanaan pelan tersebut bergantung kepada pelucutan senjata Hamas.
Namun, laporan dari Gaza menunjukkan kemajuan di lapangan masih amat terhad, manakala serangan dan pelanggaran gencatan senjata terus berlaku.
Sumber: Al Jazeera