Wakaf Wilayah Persekutuan

Call Directions Website

Wakaf Wilayah Persekutuan Jom Wakaf bersama Wakaf Wilayah
Manfaat Untuk Semua
Wakaf Wilayah Persekutuan diuruskan oleh PPZ - MAIWP dan dimiliki sepenuhnya MAIWP Bhd.

Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) adalah merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf yang diwujudkan di negeri-negeri. Seksyen 61 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) telah menyatakan sebagaimana berikut:

Justeru, sebarang pelaksanaan dan pengurusan wakaf hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada MAIN. Merujuk Akta 505, di bawah seksyen 61, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berperanan sebagai pentadbir wakaf yang secara umumnya bertanggungjawab memelihara, membangun dan menguruskan harta wakaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kali Ke-160 Bil.3/2022 yang telah bersidang pada 23 Ogos 2022 dan telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Oktober 2022 bersetuju bahawa pengurusan kutipan wakaf tunai am dan wakaf tunai khas di Wilayah Persekutuan diserahkan kepada Hartasuci Sdn. (PPZ- MAIWP) berkuatkuasa pada 1 Disember 2022.

04/09/2026

Salam Sayyidul Ayyam, jom kita imarahkan hari Jumaat kita dengan pahala yang mengalir selamanya.

Macam air sungai yang terus mengalir tanpa henti ,memberi minum, menyuburkan tanah, dan memberi kehidupan begitulah pahala wakaf.

Ia tak berhenti pada satu titik, tapi terus mengalir kepada anda.

"Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah..." — Hadis Riwayat Muslim

Setiap minggu, Masjid Al-Muqarrabin menjadi tumpuan kepada 3,000 jemaah untuk solat.

Sehingga kini, baru 6% dana wakaf tercapai dan masjid memerlukan sebanyak RM1,294,117.65 untuk naik taraf fasiliti masjid.

Jom, dihari mulia ini, kita berwakaf RM 10 untuk Masjid Al-Muqarrabin

Klik link untuk berwakaf : https://wakafwilayah.com.my/naik-taraf-masjid-al-muqarrabin-bandar-tasik-selatan/





03/09/2026

Bukan Sekadar Berwakaf, Tapi Melihat Sendiri Impak Kebaikan !

Program Safar Tour adalah satu inisiatif baharu daripada Wakaf Wilayah Persekutuan untuk memberi peluang kepada para pewakaf melihat sendiri tapak projek dan perkembangan dana yang disumbangkan.

Dengar apa kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan menerusi video highlight Safar Tour Siri 1 ini:

"Satu dimensi baharu dalam memperkenalkan wakaf sebagai ibadah dan wakaf sebagai nadi pembangunan ekonomi ummah".

Semoga apa yang kita wakafkan akan menjadi amal soleh dan pahalanya mengalir sehingga kita bertemu Allah SWT kelak.

--

Nantikan Safar Tour Siri 2!

Program ini akan diteruskan lagi pada 26 September 2026 untuk membawa anda menelusuri lebih banyak tapak projek berimpak tinggi.

Masih terdapat 34 projek wakaf yang memerlukan sokongan anda untuk direalisasikan.

Jom bersama suburkan legasi kebaikan dan nikmati potongan cukai pendapatan sehingga 10%!

Ingin berwakaf terus hari ini? Klik pautan rasmi di bawah:

https://wakafwilayah.com.my/





25/08/2026

Kita Masih Ada Mak Ayah... Tapi Pernah Tak Terfikir Tentang Baginda Rasulullah ? 🥺❤️

Dengarkan perkongsian yang sangat menyentuh hati daripada Ustaz Don Daniyal ini.

Kita hari ini beruntung masih diberi peluang memeluk, mencium, dan berbakti kepada orang tua kita.

Namun, sejauh mana kita telah sediakan 'saham akhirat' untuk mereka?

Sempena bulan yang mulia ini, mari kita terjemahkan cinta kepada Nabi SAW dan kasih kepada mak ayah kita melalui amalan yang pahalanya mengalir tanpa henti.

Hadiahkan Wakaf Atas Nama Ibu Ayah Tercinta 🩷

Sama ada mereka masih ada di sisi atau telah mendahului kita ke alam barzakh, niatkan sebahagian rezeki kita sebagai wakaf jariah buat mereka.

Tonton video penuh & salurkan wakaf kasih sayang anda di sini:

https://wakafwilayah.com.my/





21/08/2026

Kejayaan bukan bila anda ada segalanya tapi bila anda tinggalkan sesuatu untuk semua. 🤍
Wakaf, kebaikan yang tak pernah henti.
klik link di bio untuk berwakaf





Akhirnya, azan pertama akan berkumandang di sini… Lama sudah warga Labuan menanti untuk mempunyai sebuah surau di Jabata...
11/08/2026

Akhirnya, azan pertama akan berkumandang di sini…

Lama sudah warga Labuan menanti untuk mempunyai sebuah surau di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dahulu, di sini tiada surau. Setiap kali masuk waktu solat, warga kerja, pesakit, keluarga serta para pelawat perlu mencari ruang dan bergerak lebih jauh untuk menunaikan kewajipan.

Namun, penantian itu sedikit demi sedikit menemui sinarnya.

Alhamdulillah, hasil usaha mengumpul dana dan sumbangan wakaf, Surau Al-Kausar, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan kini semakin hampir untuk disiapkan, insya-Allah.

Tidak lama lagi, laungan azan pertama akan bergema dari surau ini.

Tidak perlu lagi keluar jauh untuk menunaikan solat berjemaah. Tidak perlu lagi tercari-cari ruang untuk bersolat.

Kerana di sinilah nanti, insya-Allah, akan bersujudnya para pekerja, pesakit dan pelawat.

Di sinilah akan berlangsungnya solat berjemaah, majlis ilmu dan menjadi ruang untuk hati berehat seketika daripada kesibukan.

Setiap batu yang disusun, setiap ruang yang dibina, bukan sekadar sebuah binaan.

Ia sedang membina tempat untuk manusia bersujud kepada Allah.

Buat mereka yang pernah menghulurkan wakaf untuk pembangunan Surau Al-Kausar ini, mungkin suatu hari nanti kita tidak lagi mengingati berapa jumlah yang pernah kita beri.

Tetapi setiap kali azan bergema, setiap kali seseorang bersolat, setiap kali ayat al-Quran dibaca dan setiap kali ilmu disampaikan di sini…

insya-Allah, ada pahala yang terus mengalir buat para pewakaf.

Dari satu wakaf, lahir sebuah tempat untuk beribadah.

Dari satu sumbangan, lahir manfaat yang mudah-mudahan berpanjangan.

Surau Al-Kausar. Sebuah penantian yang bakal menjadi kenyataan.

Semoga Allah menerima setiap wakaf dan sumbangan yang telah diberikan, serta menjadikannya sebagai amal jariah yang tidak terputus.

11/08/2026

Bukan Untuk Orang Lain, Tapi Untuk Diri Sendiri... 🤍

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu..."(Surah Al-Isra': 7)

Kadang-kadang kita fikir, apabila kita memberi atau berwakaf, kita sedang menolong orang lain.
Hakikatnya, kita sedang menyediakan 'saham' paling selamat untuk diri sendiri di akhirat kelak.
Setiap ringgit yang kita lepaskan hari ini tidak pernah hilang.
Ia akan kembali kepada kita dalam bentuk pahala yang mengalir tanpa henti walaupun selepas kita sudah tiada di dunia ini.

Jangan tunggu esok untuk mula mengumpul bekalan abadi anda.
Jom buat kebaikan dengan berwakaf hari ini:👉 www.wakafwilayah.com.my





07/08/2026

Jom buat sesuatu yang berbeza Jumaat ini ! ❤️
Dengan RM 10 anda boleh jadi sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf Masjid Sallehin,Pulapol.
Sebuah masjid untuk wira-wira negara kita.
Ganjaran Solat Jumaat ditambah p**a dengan pahala wakaf berterusan.
Jadi jom sama-sama kita berwakaf untuk manfaat semua.

Klik link dan berwakaf sekarang ---> https://wakafwilayah.com.my/naik-taraf-masjid-sallehin-p**apol/





04/08/2026

Setiap kali hujan lebat, air sungai melimpah dan menenggelamkan Masjid Sallehin, PULAPOL.

Ini adalah masjid bagi wira-wira negara kita.

Jom bersama-sama kita naik taraf struktur masjid ini supaya bebas banjir dan beri keselesaan kepada para jemaah.

"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan membina baginya rumah di syurga." (HR. Muslim)

Bersempena bulan kemerdekaan ini, jom kita sebar kebaikan dengan berwakaf Masjid Sallehin, Pulapol.

Klik link dan berwakaf sekarang ---> https://wakafwilayah.com.my/naik-taraf-masjid-sallehin-p**apol/





Wakaf Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan Program Safar Tour iaitu satu inisiatif baharu bagi memberi pendedahan se...
01/08/2026

Wakaf Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan Program Safar Tour iaitu satu inisiatif baharu bagi memberi pendedahan secara langsung kepada para pewakaf dan rakan strategik korporat untuk menyaksikan sendiri perkembangan projek wakaf berimpak tinggi yang sedang dibangunkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata program berkenaan membawa dimensi baharu dalam menyebarluaskan ibadah wakaf apabila masyarakat dapat melihat secara dekat bagaimana setiap ringgit sumbangan diterjemahkan kepada manfaat yang nyata demi kemajuan ummah.

Menerusi pelancaran siri pertama program Safar Tour, tiga lokasi utama telah menjadi destinasi lawatan peserta iaitu tapak pembangunan Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP yang berkonsepkan Kampus Pintar, fasiliti kesihatan Pusat Fisioterapi MAIWP di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah bagi kegunaan golongan asnaf, serta tapak projek pembangunan semula Masjid Al-Mubarakah di Taman Bukit Cheras.

Program berkenaan yang turut dihadiri bersama barisan kepimpinan MAIWP dan PPZ-MAIWP serta seramai 35 peserta terdiri daripada individu serta wakil organisasi korporat, selain menyaksikan simbolik serahan wakaf tunai bernilai RM461,000.

Tambahan sebanyak 34 projek wakaf kini masih memerlukan dana berjumlah RM410 juta dan Wakaf Wilayah Persekutuan menyeru orang ramai serta sektor korporat untuk terus menyumbang menerusi pelbagai saluran digital atau fizikal, di mana setiap penyumbang layak mendapat potongan cukai pendapatan sehingga 10 peratus.

Jadi jom Bersama Suburkan Legasi Kebaikan!

Setiap ringgit wakaf anda adalah pelaburan akhirat yang terus mengalirkan pahala dan memberi keselesaan kepada mereka yang memerlukan.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada 34 projek wakaf berimpak tinggi ini.

Salurkan Wakaf Tunai anda hari ini menerusi pautan rasmi di bawah:

👉 www.wakafwilayah.com.my

01/08/2026

KUALA LUMPUR: Wakaf contributors will no longer have to rely solely on reports or updates to track the impact of their contributions, as the Federal Territories Waqf Safar Tour Programme will allow them to visit completed projects firsthand.

Address

Pusat Pungutan Zakat/MAIWP, Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Taman Shamelin Perkasa, Cheras
Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wakaf Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share