Alumni Majlis Belia Malaysia Wilayah Persekutuan

Directions

Alumni Majlis Belia Malaysia Wilayah Persekutuan Persatuan yang menghimpunkan bekas ahli dan pemimpin persatuan-persatuan belia yang pelbagai kaum di

TUJUAN:

(1) Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi dan meningkatkan kesetianegaraan. (2) Mengadakan aktiviti-aktiviti sosial untuk merapatkan hubungan silaturahim antara ahli. (3) Menggalakan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat. (4) Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuhkan sumber kewangan pertubuhan. (5) Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan Alumni MBM.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali ata...
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali atas pemergian beliau ke rahmahtullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapannya, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya, dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Tun sekeluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻

Salam Takziah :

Pengerusi & Ahli Jawatankuasa
Alumni Majlis Belia Malaysia
Wilayah Persekutuan

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲Dalam kepelbagaian, kita belajar memahami. Dalam perpaduan, kita menjadi lebih kuat. Walau ber...
15/09/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

Dalam kepelbagaian, kita belajar memahami. Dalam perpaduan, kita menjadi lebih kuat. Walau berbeza negeri, budaya dan cerita, kita berkongsi satu tanah air yang sama. Inilah Malaysia yang kita sayangi.

Ikhlas Daripada :

Pengerusi & Ahli Jawatankuasa
Alumni Majlis Belia Malaysia
Wilayah Persekutuan

🇲🇾 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙈𝙀𝙉𝙔𝘼𝙈𝘽𝙐𝙏 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙉𝙂𝙎𝘼𝘼𝙉 𝙆𝙀-69 🇲🇾Merdeka itu bukan sekadar laungan, tetapi amanah untuk terus mempertahankan...
30/08/2026

🇲🇾 𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝙈𝙀𝙉𝙔𝘼𝙈𝘽𝙐𝙏 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙉𝙂𝙎𝘼𝘼𝙉 𝙆𝙀-69 🇲🇾

Merdeka itu bukan sekadar laungan, tetapi amanah untuk terus mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kesejahteraan negara yang kita cintai.

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, Alumni MBMWP mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat patriotisme terus menyatukan kita dalam menggalas tanggungjawab demi keamanan tanah air. Bersama kita teguh mempertahankan kedaulatan negara demi generasi masa hadapan.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Ikhlas Daripada:

Pengerusi & Ahli Jawatankuasa
Alumni Majlis Belia Malaysia
Wilayah Persekutuan

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tn Hj. Mohamad Mustafa Bin Latif,  Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia...
27/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tn Hj. Mohamad Mustafa Bin Latif, Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia Wilayah Persekutuan atas pengurniaan Darjah Seri Melaka (D.S.M.) bersempena Hari Jadi Ke-77 TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka.

Semoga penganugerahan ini melakar satu lagi detik sejarah kecemerlangan dan terus memberi semangat kepada Tn Hj. untuk terus menyumbang bakti kepada masyarakat dimasa hadapan.

Ikhlas daripada seluruh barisan Jawatankuasa Alumni Majlis Belia Malaysia Wilayah Persekutuan.

Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati tarikh kelahiran Rasulullah SAW, tetapi menyuburkan kembali rasa cinta kepada ...
25/08/2026

Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati tarikh kelahiran Rasulullah SAW, tetapi menyuburkan kembali rasa cinta kepada Baginda serta menghidupkan sunnah dalam segenap aspek kehidupan kita.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW membimbing hati dan akhlak, serta menjadi bekal yang menguatkan langkah kita.

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M

Ikhlas daripada

Pengerusi & Ahli Jawatankuasa
Alumni Majlis Belia Malaysia Wilayah Persekutuan

Tarikh : 28 Julai 2026, SelasaAlhamdulillah, hari ini AJK Alumni MBM WP, Puan Intan Diana  berkesempatan menziarahi En. ...
28/07/2026

Tarikh : 28 Julai 2026, Selasa

Alhamdulillah, hari ini AJK Alumni MBM WP, Puan Intan Diana berkesempatan menziarahi En. Mohd Faizal Aktivis (mantan Pengerusi MBK Bukit Bintang merangkap Naib Presiden Mbwp), yang kini sedang menerima rawatan di Bangunan Urologi/Nefrologi.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan, mempermudahkan setiap urusan rawatan, serta mengembalikan kesihatan dan kekuatan buat beliau. Aamiin. 🤲

Semoga semangat beliau terus kuat dalam menghadapi ujian ini, dan semoga kehadiran kami sedikit sebanyak dapat memberi sokongan, semangat serta doa yang berterusan.

27.7.2026 Hari ini, Tn Hj Mustafa Al-Latif  Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia (WP) melawat Sdr Mohd Faizal Samsudin...
27/07/2026

27.7.2026 Hari ini, Tn Hj Mustafa Al-Latif Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia (WP) melawat Sdr Mohd Faizal Samsudin @ Mohd Faizal Aktivis (mantan Naib Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan) yang dimasukkan ke hospital bagi menjalani semula pembedahan membaiki "pembedahan dan post opt prosedur sebelum ini, yang dibuat oleh pihak HKL dan tidak align dengan keadaan pesakit".

Perkara sebegini amat serius dan kami memohon agar pihak HKL menyemak semula punca kejadian, dan meningkatkan kualiti tatakelola perubatan dengan lebih berhati².

Turut hadir, Datin Ts Dr Ida Harlina Ikhwan Nasir, Naib Presiden (Pembangunan Komuniti).

Seluruh kepimpinan Alumni MBM WP mendoakan agar Sdr. Faizal diberi kesembuhan dan kesihatan yang lebih baik.

MESYUARAT PERTAMA ALUMNI MBM WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2026–202914.7.2026, Kuala Lumpur - Alhamdulillah, telah berlangsun...
14/07/2026

MESYUARAT PERTAMA ALUMNI MBM WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2026–2029

14.7.2026, Kuala Lumpur - Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Pertama Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) Wilayah Persekutuan bagi Sesi 2026–2029 yang dipengerusikan oleh Tn Hj Mohamad Mustafa Bin Latif selaku Pengerusi Alumni (MBM) Wilayah Persekutuan dalam suasana yang penuh semangat, harmoni dan komited.

Antara agenda utama yang telah dibincangkan adalah pelantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2026–2029, pembentukan biro-biro bagi memperkemaskan gerak kerja organisasi, perbincangan mengenai perancangan aktiviti dan program yang akan dilaksanakan sepanjang sesi ini serta makluman kewangan.

Mesyuarat ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan alumni serta menyusun hala tuju yang lebih tersusun demi memastikan Alumni MBM Wilayah Persekutuan terus relevan dan memberi sumbangan kepada ahli.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui semangat kerjasama, kesepakatan dan komitmen semua pihak.

04/03/2026
03/03/2026

Address

Majlis Belia Malaysia, Wisma MBM, No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Majlis Belia Malaysia Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Sponsored

Share