Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA

Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA Kumpulan Aktivis Sahabat Alam - KUASA, berdaftar sebagai Persatuan Aktivis Sahabat Alam [PPM-033-08-14112012] di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS)

Gabungan aktivis-aktivis yang sebelum ini bergerak secara individu membawa isu setempat, kini bergabung sepakat membina sebuah organisasi secara rasmi. Namun, konsep 'leaderless movement' terbiasa dipraktikkan dalam gabungan ini dlm memberi keadilan kepada alam sekitar. Perkembangan organisasi tumbuh secara semulajadi, antara faktor aktivis punyai satu misi dlm jiwanya, alam untuk semua! Kita Semua Adalah Aktivis, Alam Sekitar Tanggungjawab Kita.

18/08/2026

Kerajaan Persekutuan harus bantu ekonomi negeri Kelantan bagi menghalang negeri daripada terus musnahkan hutan secara tak terkawal

“Apakah antara harapan Kuasa apabila menjalankan program-program kesedaran mengenai alam sekitar?—————-Antara visi dan m...
17/08/2026

“Apakah antara harapan Kuasa apabila menjalankan program-program kesedaran mengenai alam sekitar?

—————-

Antara visi dan misi kami untuk memperbanyakkan aktivis baharu, selain memastikan orang awam lebih peka dengan kepen­tingan melindungi alam sekitar.

Kami menggunakan pelbagai pendekatan untuk memberi pendedahan mengenai isu alam sekitar. Disebabkan itu daripada beroperasi di Manjung sahaja, kami keluar ke kawasan lain se­perti Sungai Siput, sebelum ke negeri lain seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Pahang.

Kami mahu aktivis ini lebih peka tentang bentuk pembangunan, contohnya di dalam hutan berdekatan tempat tinggal mereka yang berpotensi menjejaskan alam sekitar. Mereka harus tahu apa perlu dibuat sekiranya ada isu di kawasan masing-masing.

Tanpa pengetahuan mengenai isu-isu tersebut, bagaimana mereka mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Aktivis-aktivis baharu ini akan melatih orang lain supaya cakna dengan isu semasa, seterusnya melahirkan generasi baharu pejuang alam sekitar.”

Meletakkan diri seseorang aktivis alam sekitar dalam keadaan berbahaya apabila terpaksa berkonfrontasi dengan pihak tertentu.

Berita penuh https://www.kosmo.com.my/2026/08/16/kerana-alam-sekitar-aktivis-kami-pernah-diancam/

14/08/2026

Sidang Media: Kemusnahan Gunung Kanthan, Perak

At KUASA, we believe true forest stewardship begins with the people who live alongside and protect the forest.We recentl...
14/08/2026

At KUASA, we believe true forest stewardship begins with the people who live alongside and protect the forest.

We recently hosted Maria Luisa from PEFC International for a series of ground engagements with the Orang Asli communities of KOA Pos Piah and Pos Yum in Perak, as well as KOA Pos Lenjang in Pahang.

The goal? To gather direct ground perspectives on building a practical, community-led, and meaningful Free, Prior, and Informed Consent (FPIC) framework within forest certification standards, both for Malaysia and as a reference for global practice.

Key takeaways from our discussions with the villagers:

Forest Stewardship: The deep, ancestral bond they share with their lands.

Documentation: The vital need to map and record customary knowledge.

Capacity Building: Empowering communities with tools to advocate for their rights.

This trip marks a promising step toward inclusive, participatory forest management. We are already looking forward to returning next year for the community capacity-building workshops!

KUASA Bersembang: Demokrasi Alam SekitarAyuh bersama kami untuk membincangkan amalan demokrasi alam sekitar di negara ki...
12/08/2026

KUASA Bersembang: Demokrasi Alam Sekitar

Ayuh bersama kami untuk membincangkan amalan demokrasi alam sekitar di negara kita yang mempengaruhi proses mencapai pembangunan lestari di Malaysia.

🗓️ 16 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 10 pagi hingga 4 petang
📍Rumah MANDIRI, Petaling Jaya

Dalam demokrasi alam sekitar, tiga perkara asas yang ditekankan ialah:

1.⁠ ⁠Akses kepada maklumat yang telus
2.⁠ ⁠Penglibatan orang awam dalam proses pembangunan
3.⁠ ⁠Keadilan terhadap hak alam sekitar

Adakah tiga perkara asas ini diamalkan & diintegrasikan dalam polisi pembangunan di Malaysia? Jom ikuti sesi KUASA Bersembang ini untuk memahami demokrasi alam sekitar dengan lebih mendalam!

Daftar di sini: https://forms.gle/Szc74FMCp6HRDFdy5

Anda boleh menghubungi Nazir, 0196372868 untuk maklumat lanjut.

SUKARELAWAN DIPERLUKAN untuk Program Bengkel Jelajah Ekologi, Jati Diri, Air dan Kebudayaan (JEJAK) 4.0Bengkel ini merup...
09/08/2026

SUKARELAWAN DIPERLUKAN untuk Program Bengkel Jelajah Ekologi, Jati Diri, Air dan Kebudayaan (JEJAK) 4.0

Bengkel ini merupakan salah satu komponen di bawah Projek Pemerkasaan Belia Orang Asli Negeri Perak di bawah pendanaan Youth Environment Living Labs (YELL) dan kerjasama Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA) , Youths United For Earth (YUFE) serta Dapur Jalanan Kuala Lumpur dengan menekankan penglibatan belia Orang Asli dalam perlindungan alam sekitar.

🗓️ Tarikh: 21, 22 dan 23 Ogos 2026
🏕️ Tempat: Dewan Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Raba, RPS Banun, Gerik, Perak

*Makan minum dan penginapan disediakan sepanjang program ; Pengangkutan ke lokasi program adalah tanggungan sendiri.*

Bengkel JEJAK 4.0 akan beri tumpuan kepada usaha mendokumentasi budaya setempat, herba tradisional, serta aspek sosio-ekonomi komuniti Orang Asli. Aktiviti ini akan dijalankan bersama tokoh masyarakat sebagai penyumbang maklumat utama, manakala belia akan memainkan peranan sebagai pemeta dan pendokumentasi, dan akhirnya membantu komuniti mengarkibkan profil komuniti mereka dalam bentuk buku, video, foto dan pameran lain.

*Agenda Bengkel JEJAK 4.0 turut disertakan dan akan dikemaskini sebaik sahaja peserta dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp.*

Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/GsAeMvBrXbM21xQv7 atau klik pautan di bio.

📌 Tempat adalah terhad. Penyertaan adalah tertakluk kepada pengesahan. Sebaik sahaja terpilih, peserta akan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp.

⚠️ YURAN KOMITMEN SEBANYAK RM 65 UNTUK SETIAP PENYERTAAN

Untuk sebarang pertanyaan,

📞Nizam - 0196941870
📞Nazir - 0196372868

06/08/2026

Kenapa perlu dokumenkan kawasan tadahan air?

Aktiviti dokumentasi ini merupakan salah satu komponen daripada program Jelajah Ekologi, Jati Diri, Air, dan Kebudayaan (JEJAK) Siri 2, sebuah program di bawah dana Youth Environment Living Labs (YELL) dengan kerjasama Dapur Jalanan Kuala Lumpur dan Youths United For Earth (YUFE) bertempat di KOA Pos Perwor, Sungai Siput, Perak.

Follow, like, dan share, serta nantikan kemaskini terbaru daripada kami!

KENYATAAN BERSAMA“HENTIKAN INTIMIDASI KE ATAS AKTIVIS KEADILAN ALAM SEKITAR, SHAKILA ZEN”Kami, pertubuhan masyarakat siv...
04/08/2026

KENYATAAN BERSAMA
“HENTIKAN INTIMIDASI KE ATAS AKTIVIS KEADILAN ALAM SEKITAR, SHAKILA ZEN”

Kami, pertubuhan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan yang tersenarai mengecam cubaan mengintimidasi aktivis keadilan alam sekitar, Shakila Zen dalam proses siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan melumpuhkan Himpunan Solidariti Shakila Zen dengan perubahan lokasi memberi keterangan daripada IPD Pekan ke IPD Petaling Jaya ke IPD Pekan semula.

MENGAPA?

Pada 24 Julai 2026, aktivis keadilan alam sekitar KUASA, Shakila Zen telah menerima surat daripada IPD Pekan yang meminta Shakila menghadirkan diri ke IPD Pekan pada 30 Julai 2026 untuk memberi keterangan bagi satu siasatan ke atas satu hantaran di akaun media sosialnya.

Setelah berbincang dengan peguam, Zaid Malek, pada 27 Julai, tarikh 30 Julai tersebut telah dipersetujui bersama pihak Pegawai Penyiasat untuk dipinda ke 7 Ogos 2026 di IPD Pekan.

Satu kenyataan daripada KUASA telah dikeluarkan dan panggilan solidariti kepada orang awam untuk berhimpun telah digerakkan bagi memberi sokongan kepada Shakila dan juga bagi menuntut prinsip-prinsip demokrasi alam sekitar dipertahankan dalam perjuangan keadilan alam sekitar.

Seminggu kemudian, pada 3 Ogos 2026, Pegawai Penyiasat telah menghubungi Shakila & peguamnya untuk mencadangkan pertukaran tarikh sekali lagi kepada 5 Ogos 2026. Namun pertukaran tarikh di saat akhir ini tidak dipersetujui oleh Shakila & peguamnya kerana Shakila & suaminya telah mengambil cuti dan persiapan telah dibuat untuk tarikh 7 Ogos 2026.

Setelah peguam berbincang bersama Pegawai Penyiasat, tarikh memberi keterangan dikekalkan pada 7 Ogos 2026 namun lokasi telah bertukar daripada IPD Pekan kepada IPD Petaling Jaya.

Usaha untuk memaklumkan rakan-rakan solidariti yang ingin menghadirkan diri untuk Himpunan Solidariti Shakila Zen telah dibuat, persiapan logistik juga telah diuruskan bagi himpunan yang akan berlangsung di IPD Petaling Jaya.

Namun, pada hari ini, 4 Ogos 2026, pihak peguam memaklumkan bahawa Pegawai Penyiasat telah memutuskan untuk keterangan diambil di IPD Pekan semula walaupun persetujuan untuk perubahan lokasi pengambilan keterangan telah dibuat semalam.

Kami memandang perubahan-perubahan dalam proses siasatan ini sebagai satu taktik intimidasi kepada aktivis keadilan alam sekitar kami, Shakila untuk melemahkan perjuangan menuntut keadilan alam sekitar di negara ini. Dengan jelas, Shakila memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan ini, namun kerjasama ini telah dipermainkan apabila cubaan-cubaan untuk menyukarkan proses memberi keterangan dan dilihat ingin melumpuhkan Himpunan Solidariti Shakila Zen yang telah dirancang. Apakah alasan tarikh dan lokasi memberi keterangan dipinda berkali-kali, tanpa penjelasan yang kukuh?

Kami menuntut penjelasan daripada PDRM mengenai percubaan untuk menukar tarikh dan lokasi yang menjejaskan persiapan logistik Shakila, peguamnya dan orang awam yang ingin bersolidariti bagi keadilan alam sekitar.

Kita tidak boleh membiarkan budaya intimidasi dan pembungkaman menjadi norma dalam proses pembangunan yang berlandaskan prinsip demokrasi alam sekitar. Suara rakyat dalam perjuangan keadilan alam sekitar tidak sepatutnya dianggap sebagai satu jenayah. Mempertahankan alam sekitar bukan satu kesalahan.

Kenyataan bersama daripada:

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
Greenpeace Malaysia
MANDIRI
Suara Mahasiswa UMS
Jurnal Sang Pemula
Sebbuku
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia
Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia
Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Ruang Lawan Malaysia
Gabungan Darurat Iklim Malaysia
Alliance of River Three
Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat
Lawyer Kamek
Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
Kolektif Feminis Malaysia
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)

31/07/2026

Konsultan EIA perlu jujur, kongsikan maklumat, ajar penduduk pantau pengurusan alam sekitar, bukan tipu & manipulasi penduduk

Sempena menyambut Hari Harimau Sedunia: Ulang siar dokumentari kes serangan harimau di Gua Musang yang telah mengorbanka...
30/07/2026

Sempena menyambut Hari Harimau Sedunia: Ulang siar dokumentari kes serangan harimau di Gua Musang yang telah mengorbankan 4 nyawa tidak berdosa (termasuk 2 Orang Asli Pos Bihai & Pasik) akibat kemusnahan hutan dan habitat yang didakwa oleh komuniti, dilakukan oleh kapitalis balak & ladang dengan restu Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

Dokumentari ini dihasilkan daripada temuramah bersama penduduk kamp...

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA:

Shortcuts

Featured

Share