14/10/2026
๐ค *KUNJUNGAN HORMAT DPMUM KE PIKM*
๐
13 Oktober 2026 | Selasa
๐ Alhamdulillah, DPMUM telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bagi mempererat hubungan dan meneroka peluang kerjasama strategik.
๐ Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada YBhg. Mejar (K) Datuk Mohammad Ubaidillah, Presiden PIKM dan seluruh barisan kepimpinan PIKM yang telah menyambut baik delegasi DPMUM yang telah diketuai oleh YBhg. Datuk Hj Md Yahaya, Penasihat DPMUM bersama Tn. Hj. Muhammed Ismail, YDP DPMUM dalam sesi kunjungan hormat ini.
Antara perkara yang telah dibincangkan sepanjang sesi kunjungan hormat ini adalah:
โ
Pengenalan DPMUM kepada pihak PIKM.
โ
Pembentangan cadangan My-EVcard oleh syarikat ahli DPMUM, Mycom Global Solutions.
โ
Perkongsian pandangan PIKM mengenai keperluan industri, perlindungan data serta potensi pelaksanaan projek rintis untuk penelitian lanjut.
โ
Peluang kerjasama latihan, termasuk keselamatan kebakaran, pertolongan cemas, penggunaan AED dan keselamatan jalan raya.
โ
Perkongsian program kebajikan serta jaringan keahlian DPMUM.
๐ DPMUM sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan wakil PIKM atas sambutan serta pandangan yang telah diberikan. Semoga pertemuan ini membuka ruang kerjasama yang bermanfaat kepada ahli kedua-dua pertubuhan.
Sekian.
_"Bersatu Demi Keutuhan Ummah"_