Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi

Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi diasaskan oleh Puan Ummi Azizah Saad dan suaminya En. Omar Ab. Gha Menjadikan alam sekitar sebagai media pembelajaran.

BAITUL EHSAN ........bermula dari niat sekadar ingin membantu dan meringankan keluarga yang tak mampu, kemudian berubah menjadi impian menjadikan anak didik sebagai pemimpin berkarakter Islami. Menghasilkan lulusan yang berakhlak mulia
Menyertakan anak didik sebagai lulusan yang aktif, dan kreatif. Menjadikan Al Qur an dan Assunnah sebagai rujukan utama. Membentuk anak didik yang bersandar kepa

da para salafulummah sebagai sandaran dalam memahami Al Qur’an dan Assunnah..........maka dengan harapan hanya kepada Allah SWT dan mengajak handai taulan yang sefaham dan berazam secara ikhlas untuk merealisasikan semangat berdakwah dan membangun asas perkumpulan islami sebagai wadah perjuangan. tak lepas dari kekhilafan dan kekurangan kami menyapa, dan mengajak para muhsinin / penderma untuk membantu dan mengingatkan kami agar perjuangan ini diredhai oleh Allah ta’ala.

Part 2
23/07/2026

Part 2

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAlhamdulillah...Empat hari tiga malam yang begitu pantas berlalu. Namun setiap deti...
23/07/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah...

Empat hari tiga malam yang begitu pantas berlalu. Namun setiap detik yang dilalui bersama akan terus terpahat sebagai kenangan yang indah, penuh tarbiah, ukhuwwah dan kasih sayang kerana Allah.

Bagi pihak seluruh keluarga Baitul Ehsan Al-Khairi, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Rehlah Baitul Ehsan Al-Khairi di Kuantan, Pahang.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami tujukan kepada Serenity Homestay atas penginapan yang selesa, kepada seluruh warga Dar Aisyah Lil Tahfiz Al-Quran (Qism Banat) atas sambutan yang penuh mesra, dan kepada seluruh warga Al-Jaafar Centre atas layanan (hospitality) yang begitu luar biasa sepanjang kami berada di sana. Keikhlasan dan kemuliaan akhlak yang ditunjukkan benar-benar menyentuh hati kami.

Tidak dilupakan juga buat para asatizah Baitul Ehsan Al-Khairi yang bertungkus-lumus sejak sebelum program bermula sehinggalah rehlah ini berakhir. Merekalah yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai persiapan, memasak, mengurus kebajikan dan keselamatan anak-anak Baitul Ehsan, serta memastikan setiap perjalanan program berjalan dengan lancar. Semoga setiap penat lelah, setiap titisan peluh dan setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi pemberat timbangan amal soleh di sisi Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada sahabat yang begitu pemurah hati, yang sanggup meluangkan masa, berkongsi pengalaman, membantu sepanjang program serta meminjamkan sebuah van untuk kegunaan rehlah ini. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan tersebut dengan ganjaran yang jauh lebih besar, melimpahkan keberkatan pada umur, keluarga, rezeki dan amalannya.

Rasulullah ﷺ bersabda:

«"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)»

Dan Baginda ﷺ juga bersabda:

«"Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah."
(Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi, hadis sahih)»

Firman Allah SWT:

«"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara."
(Surah al-Hujurat: 10)»

Benarlah, rehlah ini bukan sekadar sebuah perjalanan. Ia adalah madrasah tarbiah yang mengajar erti pengorbanan, kerjasama, khidmat kepada orang lain, memuliakan tetamu dan mengukuhkan ukhuwwah kerana Allah.

Semoga setiap langkah kaki, setiap senyuman yang diukir, setiap hidangan yang disediakan, setiap kenderaan yang dipinjamkan, setiap tenaga yang dicurahkan dan setiap saat yang diwakafkan menjadi sedekah jariah yang terus mengalir pahalanya walaupun program ini telah berakhir.

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat, sama ada yang menyumbang tenaga, masa, harta, doa mahupun sokongan.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kita, memberkati perjuangan dakwah ini, mengukuhkan ikatan hati-hati kita di atas al-Quran dan as-Sunnah, serta menghimpunkan kita semua di Syurga Firdaus bersama para nabi, siddiqin, syuhada' dan orang-orang soleh.

بارك الله فيكم، وجزاكم الله خير الجزاء.

Sehingga bertemu lagi dalam rehlah dan perjuangan yang akan datang, insya-Allah. ❤️

Memperbanyakkan berselawat ke atas RasulALLAH ﷺ.Dalam sebuah riwayat RasulALLAH ﷺ bersabda:“Perbanyaklah selawat kepadak...
17/07/2026

Memperbanyakkan berselawat ke atas RasulALLAH ﷺ.
Dalam sebuah riwayat RasulALLAH ﷺ bersabda:
“Perbanyaklah selawat kepadaku pada setiap Jumaat kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat. Barangsiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti.”
(HR. Baihaqi)

🌺Membaca surah Al-Kahfi

🌺Memperbanyakkan infaq, hadiah dan sedekah

🌺Memperbanyakkan doa khususnya setelah solat Asar hari Jumaat

🌺Memperbanyakkan membaca Al-Quran

🌺Memotong kuku

🌺Memakai pakaian yang cantik & bersih

🌺Bersuci dan Mandi wajib bg yg berkenaan; Mandi sunat hari Jumaat kpd yg lainnya.

🌺Pergi awal ke masjid (bagi lelaki untuk solat jumaat)

🌺Memakai minyak wangi (bagi lelaki)

🌺اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى مُحَمَّد عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبيِّ الاُمِیِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسلِيمًا.
🌺ALLAHumma Jadikanlah Jumaat hari ini sebagai hari Jumaat yg penuh dengan kelegaan, kebaikkan, kesembuhan, kebahagiaan, perlindungan, keafiatan dan ketenangan untuk kami semua.

🌺Semoga Allah ﷻ menjadikan kita termasuk orang² yang sentiasa melimpahkan selawat dengan penuh kecintaan ke atas Kekasih-Nya Nabi Muhammad ﷺ

🌺Jom sama² kita raikan diri kita dgn banyakkan selawat sebagai tanda kita CINTAKAN RasulALLAH ﷺ dgn membaca selawat

Jemput bagi mereka yg ingin melakukan ibadah korban bersama kami. Kami sangat mengalukan .. dahing ini akan diberikan un...
18/04/2026

Jemput bagi mereka yg ingin melakukan ibadah korban bersama kami. Kami sangat mengalukan .. dahing ini akan diberikan untuk kegunaan memasak untuk anak pelajar kami insyallah.. jazakumullahu khoirron .. mohon disebarkan.. terima kasih

23/02/2026
30/11/2025

Semoga kita beramal dgn amalan yg mengikuti sunnah Nabi s.a.w.... Jazakumullahu khoirron Kathiran

Address

Jalan Wirawati 6, Taman Maluri
Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share