Team Walabot

Team Walabot Perpaduan Melayu Melangkaui Politik Kepartian
?
?

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al...
28/02/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah

28 Februari 2026 bersamaan 11 Ramadan 1447 Hijrah

๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”1.    Wah!!2.    Mantan-mantan berpendapat ART tidak gadai kedaulatan negara.3.    Mari kita adakan per...
12/12/2025

๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

1. Wah!!

2. Mantan-mantan berpendapat ART tidak gadai kedaulatan negara.

3. Mari kita adakan perbahasan terbuka antara mantan-mantan supaya ditentukan Malaysia sudah digadai atau tidak.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 Disember 2025

๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ1.Apakah reformasi yang dituntut oleh DAP?2.Anwar tak perlu layan DAP.3.Mereka tidak boleh keluar dari Kerajaan...
12/12/2025

๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ

1.Apakah reformasi yang dituntut oleh DAP?

2.Anwar tak perlu layan DAP.

3.Mereka tidak boleh keluar dari Kerajaan.

4.Mereka keluar Kerajaan jatuh.

5.DAP juga jatuh.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 Disember 2025

PERJANJIAN KERJASAMA PERTAHANAN1. Terdapat laporan dalam media bahawa Kerajaan Malaysia telah menandatangani satu perjan...
11/12/2025

PERJANJIAN KERJASAMA PERTAHANAN

1. Terdapat laporan dalam media bahawa Kerajaan Malaysia telah menandatangani satu perjanjian kerjasama pertahanan baharu dengan Amerika Syarikat. Perkara ini dilakukan empat hari selepas Perjanjian Perdagangan Timbal Balik ditandatangani.

2. Setakat ini Kerajaan belum mendedahkan sepenuhnya MoU (memorandum persefahaman) tersebut kepada umum.

3. Ini adalah perkara yang serius. Kerajaan tidak seharusnya menyembunyikan MoU ini kerana ia menjejaskan dasar Malaysia yang bersahabat dengan semua negara serta ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali).

4. Menyembunyikan perjanjian sebegini boleh membawa implikasi undang-undang yang serius.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
11 Disember 2025

Kenyataan MediaMajlis Menteri Besar SG4 (Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis)SG4 TEGAS MINERAL NADIR BUMI (REE) ADALA...
30/10/2025

Kenyataan Media
Majlis Menteri Besar SG4 (Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis)

SG4 TEGAS MINERAL NADIR BUMI (REE) ADALAH HAK NEGERI DAN KERJASAMA DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MESTI BERTERASKAN KEADILAN SERTA KELESTARIAN MANFAAT

Majlis Menteri Besar SG4 yang dianggotai oleh negeri Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis menegaskan bahawa segala sumber mineral nadir bumi (Rare Earth Elements โ€“ REE) yang terdapat di dalam sempadan negeri adalah hak milik negeri sebagaimana termaktub di bawah Jadual Kesembilan (9), Perlembagaan Persekutuan. Dengan gabungan empat negeri ini mewakili 70% sumber REE terbesar negara, SG4 komited untuk memastikan hasil kekayaan bumi ini diurus secara bertanggungjawab, lestari dan memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan generasi akan datang.

Pelan dan Polisi Negeri untuk Kelestarian Manfaat
Setiap negeri di bawah SG4 kini melaksanakan kajian terperinci serta membangunkan pelan strategik pengurusan dan pembangunan REE yang diselaraskan secara bersama. Pelan ini meliputi aspek eksplorasi, perlombongan lestari, pengurusan alam sekitar, pemindahan teknologi serta pembangunan modal insan tempatan. Polisi semasa juga menetapkan mineral kritikal ini kekal di dalam SG4 dengan menarik penyertaan pelbagai pihak industri dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat sendiri.

Selari dengan Aspirasi Persekutuan
SG4 juga menyatakan sokongan terhadap aspirasi Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan ekosistem huluan, pertengahan dan hiliran dalam industri nadir bumi Malaysia. Kami memahami keperluan untuk mewujudkan rantaian nilai menyeluruh dari penerokaan hingga kepada pemprosesan dan penghasilan produk berasaskan REE yang bernilai tinggi. Namun demikian, SG4 menegaskan bahawa sebarang perancangan nasional mesti mengambil kira kedudukan negeri-negeri pemilik sumber dan tidak boleh dilakukan tanpa libat urus rasmi bersama kerajaan negeri.

Kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan Tanpa Mengulangi Kesilapan Lama
SG4 sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam semangat federalisme yang adil dan saling menghormati. Namun, kami juga menuntut agar pengalaman lampau berhubung perjanjian royalti minyak tidak berulang dalam konteks industri REE. Pengurusan dan pembahagian hasil perlu berasaskan prinsip ketelusan, keadilan dan perkongsian keuntungan yang seimbang.

Menuntut Model Baharu Pembahagian Hasil
SG4 berpandangan bahawa pembangunan industri REE negara harus dilaksanakan di negeri pemilik sumber tersebut supaya limpahan ekonomi dan ekosistem industri turut dinikmati rakyat setempat. Hasil negeri juga tidak boleh terhad kepada royalti semata-mata, tetapi mesti melibatkan penyertaan ekuiti, perkongsian keuntungan dan pemindahan teknologi yang nyata kepada negeri dan rakyatnya.

SG4 juga menyeru agar sebarang pelan pembangunan REE peringkat nasional serta rundingan antarabangsa menghormati hak negeri dan menyertakan wakil negeri-negeri sumber dalam setiap peringkat perancangan dan pelaksanaan.

YAB Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu (Pengerusi)

YAB Datoโ€™ P.Perang Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud
Menteri Besar Kelantan

YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah

YAB Tuan Mohd Shukri Ramli
Menteri Besar Perlis

29 OKTOBER 2025

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูSalam Maulidur Rasul12 Rabiulawal 1447HSelamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447HH...
04/09/2025

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Salam Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1447H

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H

Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah detik untuk kita memperbaharui rasa cinta dan syukur kepada Baginda. ๐ŸŒธ

Marilah kita memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak mulia, serta menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, agar kita tergolong dalam umat yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู’ู†ูŽ

Ikhlas Daripada
Sir Azri dan Admin Team Walabot

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Meraikan Perjalanan Malaysia dan Legasi Tun Dr Mahathir โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พYKP jemput anda semua teroka 2 pameran istimewa, hingga 3...
04/09/2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Meraikan Perjalanan Malaysia dan Legasi Tun Dr Mahathir โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
YKP jemput anda semua teroka 2 pameran istimewa, hingga 30 Sept 2025, meraikan kemajuan & kepimpinan Malaysia.

๐Ÿ“Œ Pameran Merdeka: Malaysia โ€“ Legasi Kemajuan: Dari Kemerdekaan ke Kemajuan

Perjalanan luar biasa Malaysia sejak 1957, mempamerkan transformasi negara dari kemerdekaan kpd kemajuan masa kini:

Aktiviti menarik, termasuk:

๐ŸŽฌ Tayangan Dokumentari | ๐Ÿง  Kuiz Merdeka | ๐ŸŽ Cabaran Menarik | ๐Ÿ“ Papan Pelekat Harapan untuk Malaysia

๐Ÿ“Œ Pameran Khas: Sambutan 100 Tahun

Sebagai penghormatan kepada ulang tahun ke-100 Tun Dr Mahathir Mohamad, pameran ini menonjolkan perjalanan kepimpinan, ucapan, pengalaman hidup, dan sumbangan beliau dalam membentuk masa depan Malaysia.

๐Ÿ•˜ Dibuka Isnin โ€“ Sabtu, 9:00 PG โ€“ 5:00 PTG

๐Ÿ“… Juga dibuka pada 15 & 16 September (Cuti Umum)

๐ŸŽŸ๏ธ Masuk PERCUMA

๐Ÿ“ Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

โœจ Jadilah sebahagian kisah Malaysia โ€” di mana sejarah bertemu inspirasi!

SIR AZRI DIBEBAS DAN DILEPASKAN DARI PERTUDUHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 19481. Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deri...
03/09/2025

SIR AZRI DIBEBAS DAN DILEPASKAN DARI PERTUDUHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948

1. Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Sir Azri hari ini bebas dari pertuduhan hasutan melalui kenyataannya โ€œAnwar Pro-Israel dan Pro-Baratโ€ pada 2024

2. Akta Hasutan adalah bersifat drakonian yang masih belum dimansuhkan walaupun kerajaan Anwar Ibrahim berjanji untuk berbuat demikian

3. Sir Azri turut menggesa Anwar untuk bertindak sebagai anak jantan dan jangan menggunakan peguam negara dan agensi kerajaan untuk melindungi diri sendiri

4. Sir Azri cabar Anwar Ibrahim untuk kemuka saman dan lawan di mahkamah

-Malay Digest

Turun Turun. Turun Anwar!Mengapakah Himpunan Turun Anwar pada 26hb Julai yang lalu telah mendapat sambutan yang amat lua...
12/08/2025

Turun Turun.
Turun Anwar!

Mengapakah Himpunan Turun Anwar pada 26hb Julai yang lalu telah mendapat sambutan yang amat luar biasa?

Apakah punca yang menyebabkan begitu ramai rakyat Malaysia yang mahukan Anwar untuk turun?

Adakah kerana rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi?
Isu- isu Percukaian?
Masalah Buli?
Sistem Pendidikan?
Hal Ehwal Antarabangsa?

Saksikan ulasan dan kupasan menarik topik kali ini secara โ€˜liveโ€™ bersama Saudara Muhammad Rafique Rashid Ali, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair yang juga digelar Peguam Rakyat di Podcast Pejuang, 12 Ogos 2025 jam 9.00 malam.

*** TEAM WALABOT malam ni kita dengar sendiri apa yang akan Tuan Rafique peguam kita sampaikan berhubung perkembangan terbaru ANWAR PM HARAM

https://www.facebook.com/share/p/15h8FexDun/

๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐—œ๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ1. Semalam di Dewan Rakyat, saya telah dijatuh hukum sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat...
23/07/2025

๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐—œ๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ

1. Semalam di Dewan Rakyat, saya telah dijatuh hukum sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Putih.

2. Walaupun saya dijatuh hukum bersalah tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya.

3. Yang hukum saya bersalah ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.

4. Yang umum saya tak perlu diambil tindakan ialah Datuk Seri Anwar.

5. Ini bermakna Datuk Seri Anwar bukan sahaja PM, dia juga hakim dan juga pendakwaraya. Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut Perdana Menteri boleh jadi pendakwaraya atau hakim.

6. Dia kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti.

7. Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan.

8. Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
23 Julai 2025

๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ต๐—ฏ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ (English Translation below)1. Pada 26 hari bulan Julai satu perhimpuan raksasa akan diadakan di Data...
22/07/2025

๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ต๐—ฏ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ
(English Translation below)

1. Pada 26 hari bulan Julai satu perhimpuan raksasa akan diadakan di Dataran Merdeka.

2. Perhimpunan ini aman mengikut Perlembagaan Negara.

3. Mengikut laporan dalam media 2000 (dua ribu) polis konon akan tentukan tidak ada senjata dibawa oleh peserta.

4. Seperti di Alor Setar semua jalan ke Kuala Lumpur akan ada road block sebelum dan pada 26hb Julai.

5. Undang-undang negara membenar sekatan jalan oleh polis. Tetapi undang-undang juga melarang sebarang tindakan yang akan gagalkan kehadiran di rapat raksasa.

6. Akan ada puak tertentu yang akan bawa senjata. Ini cara mereka untuk polis ada road block.

7. Inilah cara PMX.

8. Undang-undang tidak diturut tetapi disalah guna.

9. Tidak ada rule of law dalam Kerajaan PMX.

10. Hanya seperti dahulu salah guna kuasa.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
22 Julai 2025

๐—๐—จ๐—Ÿ๐—ฌ ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ง๐—› ๐—š๐—”๐—ง๐—›๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š

1. On the 26th of July Kuala Lumpur will see a big gathering at Dataran Merdeka.

2. It will be a peaceful gathering as permitted by the law.

3. According to press reports 2000 (two thousand) policemen will ensure it is a peaceful gathering. How? By road blocks to search for weapons.

4. In Alor Setar there were road blocks. So all roads to Kuala Lumpur will be blocked on 26th July.

5. The Constitution allows for road blocks by the police. But the Constitution also stipulates that nothing should be done to obstruct the gathering.

6. The organisers have warned the public not to carry weapons.

7. However there will be certain groups who will carry weapons. They intend to show that the check at the blocks are justified.

8. This is a kind of deliberate abuse of power. We saw this in the Yusoff Rawther case. It is typical of PMX. Last time it was also abuse of power.

9. No rule of the law.

10. Only abuse of power.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
22 July 2025

LIVE SIR AZRIMalam ni Sir live di Tik Tok & X Twitter jam 9.30 malamLink akan diberikan dalam Team WalabotPANAS ๐Ÿ”ฅ
21/07/2025

LIVE SIR AZRI

Malam ni Sir live di Tik Tok & X Twitter jam 9.30 malam

Link akan diberikan dalam Team Walabot

PANAS ๐Ÿ”ฅ

Perpaduan Melayu Melangkaui Politik Kepartian Walabot ni adalah satu kumpulan yang bersama dengan Sir Azri berjuang demi menjayakan perjuangan yang belum selesai Ayahanda Tun Dr Mahathir.

Address

Kuala Lumpur

Website

https://twitter.com/team_walabot

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Walabot posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Team Walabot:

Featured

Share