Belia 4B Bukit Bintang

Directions Website Contact the organization

Belia 4B Bukit Bintang Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang
Sesi 2025 - 2028

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menjayakan Program Rakan Mahir: Kursus Asas Barista Peringkat Kawasan...
22/09/2026

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menjayakan Program Rakan Mahir: Kursus Asas Barista Peringkat Kawasan Bukit Bintang 2026 yang telah berlangsung pada 19 September 2026 di Outreach Coffee, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang (MAYC Bukit Bintang).

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi langkah dalam membina kemahiran baharu dalam diri belia. πŸ€Žβ˜•

Selamat Menyambut Hari Malaysia diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Hari ini menjadi kesempatan untuk kita menghay...
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Hari ini menjadi kesempatan untuk kita menghayati semula erti perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan yang menjadi asas kekuatan negara.

Sebagai golongan belia, kita mempunyai peranan penting dalam memelihara perpaduan, menghormati kepelbagaian serta bersama-sama menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Perbezaan bukanlah penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan dalam membina Malaysia yang lebih harmoni dan progresif.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh ukhuwah dan berganding bahu dalam membina masa depan negara yang lebih gemilang.

07/09/2026

Sebuah tayangan montaj yang merakam kembali perjalanan, aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh Gerakan Belia 4B Kawasan Bukit Bintang sepanjang tahun 2026.

Setiap program yang dilaksanakan menjadi sebahagian daripada perjalanan dalam memperkukuh ukhuwah, memperkasa golongan belia serta membina komuniti yang lebih aktif dan progresif.

Di sebalik setiap gambar dan rakaman, tersimpan pelbagai kenangan, usaha, cabaran serta kerjasama daripada seluruh barisan kepimpinan, ahli, sukarelawan dan semua pihak yang sentiasa bersama dalam menjayakan agenda belia.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Ini bukan sekadar montaj, tetapi himpunan kenangan dan usaha yang telah kita bina bersama. πŸ’šπŸ’›

LENGGONG, 30 OGOS 2026 – Kursus Kemahiran Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 2 Peringkat Zon Tengah Tahun 2026 telah melabuhka...
07/09/2026

LENGGONG, 30 OGOS 2026 – Kursus Kemahiran Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 2 Peringkat Zon Tengah Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama lapan hari tujuh malam di Pusat Kepimpinan Pelajar (PUSKEP) MARA, Lenggong, Perak.

Gerakan Belia 4B Kawasan Bukit Bintang turut berbangga kerana berpeluang menghantar wakil untuk menyertai kursus ini bersama peserta dari pelbagai negeri dan wilayah. Penyertaan ini merupakan satu peluang yang amat bermakna dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kompetensi dalam bidang rekreasi luar.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pembelajaran merangkumi pengenalan kepada rekreasi luar, kepimpinan, perkhemahan, orienteering, navigasi, aktiviti rekreasi air, aktiviti tali, bantu mula, pengurusan risiko, simulasi hutan serta ikhtiar hidup.

Keseluruhan pembelajaran dilaksanakan melalui pendekatan teori dan praktikal bagi meningkatkan pengetahuan, kompetensi serta keupayaan peserta dalam mengendalikan aktiviti rekreasi luar secara selamat, sistematik dan bertanggungjawab.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN BUKIT BINTANG TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, Mesyuarat Agung Per...
07/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN BUKIT BINTANG TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Perwakilan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bukit Bintang Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 September 2026 bertempat di Tunku Abdul Rahman Business Centre.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam membincangkan hala tuju, perkembangan serta perancangan organisasi dalam memperkukuh gerakan belia di kawasan Bukit Bintang. Ia turut menjadi ruang untuk para perwakilan menyuarakan pandangan, bertukar idea serta bersama-sama memastikan agenda pembangunan belia terus diberi perhatian.

Majlis ini turut dirasmikan oleh Y.M. Datuk Tengku Azman bin Tengku Zainol Abidin, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan kepimpinan, para perwakilan dan semua ahli Gerakan Belia 4B Kawasan Bukit Bintang atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat ini.

Bersama memperkukuh organisasi, memperkasa belia. πŸ’šπŸ’›

πŸ‡²πŸ‡Ύ MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN BUKIT BINTANG TAHUN 2026 πŸ”₯πŸ“… 06 SEPTEMBER 2026 (AHAD)⏰ 11.00 P...
04/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN BUKIT BINTANG TAHUN 2026 πŸ”₯

πŸ“… 06 SEPTEMBER 2026 (AHAD)
⏰ 11.00 PAGI
πŸ“ TUNKU ABDUL RAHMAN BUSINESS CENTRE
πŸ‘• DRESS CODE: SMART CASUAL
✨ Baju disediakan oleh pihak urus setia.

Mesyuarat Agung Perwakilan ini menjadi platform penting untuk kita bersama-sama menilai pencapaian, memperkukuh gerakan organisasi serta membincangkan hala tuju dan perancangan belia Bukit Bintang bagi tahun yang akan datang.

Ayuh seluruh perwakilan bersama-sama hadir dengan semangat, komitmen dan iltizam untuk terus menggerakkan agenda pembangunan belia di Bukit Bintang.

πŸ”₯ HEBATKAN BELIA BUKIT BINTANG! πŸ”₯

Bersama kita perkasa belia, bersama kita bina masa depan!

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos bukan sekadar sebuah tarikh dalam sejarah, tetapi merupakan lambang...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos bukan sekadar sebuah tarikh dalam sejarah, tetapi merupakan lambang perjuangan, pengorbanan dan semangat penyatuan seluruh rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ini, Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Bukit Bintang menyeru seluruh generasi muda untuk terus menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan serta menjadi generasi yang berani membawa perubahan demi masa depan negara.

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan generasi terdahulu. Menjadi tanggungjawab kita sebagai generasi pewaris untuk mempertahankan keharmonian, keamanan dan kedaulatan Malaysia.

Belia Pemacu Negara, Pewaris Kemerdekaan!

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada:
Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Bukit Bintang

πŸ“’ JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT πŸ“’Assalamualaikum & salam sejahtera,Dengan segala hormatnya, semua ahli dijemput untuk me...
26/08/2026

πŸ“’ JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT πŸ“’

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya, semua ahli dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Kawasan yang akan diadakan seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 6 September 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Tunku Abdul Rahman Business Centre (TARBIZ)

✨ UNTUK MAKLUMAN SEMUA:

🍽️ Makanan, minuman dan tiket cabutan bertuah disediakan untuk semua yang hadir.

πŸ‘• Baju rasmi organisasi akan disediakan untuk setiap ahli.

🎁 Goodie bag turut disediakan bagi setiap ahli.

Jangan lupa untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan program kita! 😊Kehadiran dan komitmen semua ahli amatlah dihargai bagi memastikan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar serta segala perkara yang berkaitan dapat dibincangkan dan diputuskan bersama.

πŸ“ Sila sahkan kehadiran (RSVP) melalui Google Form di bawah:

πŸ‘‰ https://forms.gle/nrfJ7YjbeDqSS9xb8

πŸ“Œ Tarikh akhir RSVP: 31 Ogos 2026

Kerjasama semua untuk mengisi borang RSVP amat dihargai.

Terima kasih dan jumpa anda di mesyuarat nanti! πŸ™πŸ»

πŸ† PELUANG MENYERTAI PENCALONAN ANUGERAH! πŸ†Assalamualaikum & salam sejahtera,Kami dengan sukacitanya menjemput semua indi...
17/08/2026

πŸ† PELUANG MENYERTAI PENCALONAN ANUGERAH! πŸ†

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kami dengan sukacitanya menjemput semua individu yang mempunyai pencapaian, sumbangan, kepimpinan dan impak yang membanggakan untuk memohon dan mencalonkan diri bagi anugerah- yang dipertandingkan. 🌟

Anugerah ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada individu yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberikan sumbangan bermakna kepada organisasi, komuniti, industri dan masyarakat.

✨ Jika anda mempunyai pencapaian yang wajar diketengahkan, inilah peluang anda!

πŸ“Œ Permohonan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeG9N-tmqQR7UOcEHteSAYhbCGZBKS0KlS1WJ2Ws_sNsq-5CQ/viewform?usp=dialog
πŸ“… Tarikh tutup: 31 Ogos 2026
πŸ† Kategori:
1) Ikon Remaja Harapan
2) Ikon Beliawanis Harapan
3) Ikon Belia 4B Kawasan Bukit Bintang

Jangan lepaskan peluang ini untuk menonjolkan pencapaian anda dan menerima pengiktirafan atas usaha serta sumbangan yang telah diberikan.

Mohon kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan atau individu yang mungkin layak dan berminat.

Terima kasih dan selamat maju jaya! 🌟

🌿 PROGRAM KEM PEMERKASAAN PENERANGAN 4B MALAYSIA 2026 🌿Alhamdulillah, Program Kem Pemerkasaan Penerangan 4B Malaysia 202...
09/08/2026

🌿 PROGRAM KEM PEMERKASAAN PENERANGAN 4B MALAYSIA 2026 🌿

Alhamdulillah, Program Kem Pemerkasaan Penerangan 4B Malaysia 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 7 hingga 2 Ogos 2026 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Lipis, Pahang.

Program ini menjadi platform dalam memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta peranan belia dalam bidang penerangan, di samping membentuk barisan belia yang lebih yakin, berdaya saing dan mampu menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Terima kasih juga kepada barisan urus setia, fasilitator dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan ukhuwah yang diperoleh sepanjang kem ini dapat dimanfaatkan dan menjadi bekalan dalam memperkasakan gerakan belia pada masa akan datang. πŸ’šβœ¨

Address

D/A Tingkat 3, Tunku Abdul Rahman Business Centre, No. 399 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
50100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia 4B Bukit Bintang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia 4B Bukit Bintang:

Shortcuts

Sponsored

Share