01/09/2026
๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐ฃ๐๐๐จ ๐๐๐ง๐๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ๐จ๐ก
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ญ ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Wanita PERKIM Kebangsaan terus memperkukuh gerak kerja organisasi menerusi perancangan pelbagai aktiviti dan program yang lebih tersusun, proaktif serta bersepadu bagi memperkasakan peranan Wanita PERKIM di peringkat bahagian dan cawangan.
Sehubungan itu, Mesyuarat Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan Bilangan 3/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Tingkat 6, Bangunan PERKIM hari ini dipengerusikan oleh ๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ๐ฎ๐ป, ๐ฌ๐ง๐ ๐ง๐๐ป๐ธ๐ ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฟ๐ถ ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐๐ฎ๐ท๐ท๐ฎ๐ต ๐ก๐ผ๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ถ ๐ง๐๐ป๐ธ๐ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น ๐ฅ๐ฎ๐ต๐บ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐๐ฟ๐ฎ ๐๐น-๐๐ฎ๐ท.
Turut hadir ialah ๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐๐, ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐๐ฎ๐๐ถ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐๐ฎ๐ท๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ต๐ฎ๐บ๐๐ถ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ฑ. ๐ฌ๐ฎ๐๐๐ถ๐ป.
Hadir sama Pengerusi Tetap, Hajah Hasnah Mohamed, serta Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg. Datin Hajah Mawanchik Che Jais, YBhg. Datin Paduka Hajah Norsiah Haron, Puan Hajah Norizan Ismail, YBhg. Datin Hajah Normala Mohmad Zin, Puan Azlifa Md. Idris, YBhg. Datin Hajah Mariah Haji Hitam, YBhg. Datin Hajah Wan Norasyikin Wan Chik, Puan Hajah Rokiah Saad dan Puan Gharizah Hashim.
Dalam ucapan alu-aluan, Tunku Noor Hayati merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan yang meluangkan masa untuk hadir serta bersama-sama menjayakan mesyuarat berkenaan.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada mantan Setiausaha Kehormat Wanita PERKIM Kebangsaan, Datoโ Hajah Maznah Dasmi dan mantan Bendahari Kehormat Wanita PERKIM Kebangsaan, Dr. Nurโazah Datoโ Abdul Manaf atas khidmat dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Mesyuarat turut menyaksikan pengumuman pelantikan Setiausaha Kehormat Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg. Datoโ Dr. Hajah Munirah Mohd Hassan dan Bendahari Kehormat Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg. Datin Hajah Jamaayah Che Ros bagi sesi 2026 hingga 2029.
Tunku Noor Hayati berkata, pelantikan kepimpinan baharu itu diharapkan dapat memperkukuh gerak kerja Wanita PERKIM Kebangsaan untuk bergerak lebih proaktif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti serta program, di samping memastikan gerak kerja Wanita PERKIM terus aktif di peringkat bahagian dan cawangan.
โDengan adanya pelantikan baharu ini, kita berharap Wanita PERKIM dapat bergerak lebih proaktif dan melaksanakan lebih banyak aktiviti baharu secara aktif, di samping terus memperkukuh gerak kerja di bahagian dan cawangan masing-masing,โ katanya.
Pada mesyuarat itu, Tunku Noor Hayati turut menjemput Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat yang baharu untuk memperkenalkan diri serta berkongsi latar belakang masing-masing dengan Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan.
YBhg. Datoโ Dr. Hajah Munirah Mohd Hassan yang berasal dari Sarawak dan kini menetap di Kuala Lumpur, sebelum ini merupakan seorang usahawan wanita dan menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan serta bersama-sama menggerakkan Wanita PERKIM ke arah yang lebih maju pada masa hadapan.
Sementara itu, YBhg. Datin Hajah Jamaayah Che Ros, yang lebih dikenali sebagai Datin Maya, mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam mengusahakan syarikat kontraktor dan kini berkhidmat sebagai penasihat.
Beliau turut memaklumkan bahawa beliau kini mengusahakan sebuah syarikat pelancongan dengan memberi tumpuan kepada usaha kebajikan, termasuk membawa golongan mualaf menunaikan ibadah umrah.
Perkongsian berkenaan turut memperlihatkan komitmen kepimpinan baharu Wanita PERKIM Kebangsaan untuk bersama-sama memperkukuh gerak kerja organisasi serta melaksanakan usaha kebajikan dan dakwah secara lebih tersusun.
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan agenda pengesahan Minit Mesyuarat Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan Bilangan 2/2026, sebelum membincangkan perkara-perkara berbangkit.
Selain itu, mesyuarat turut menerima dan membincangkan laporan oleh Bendahari Kehormat serta membincangkan pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi memperkemas pelaksanaan gerak kerja Wanita PERKIM Kebangsaan.
Dalam agenda hal-hal lain, mesyuarat turut membincangkan cadangan kerjasama secara usaha sama (๐ซ๐ฐ๐ช๐ฏ๐ต ๐ท๐ฆ๐ฏ๐ต๐ถ๐ณ๐ฆ) dengan Sudee Sdn. Bhd., termasuk cadangan mengadakan program secara usaha sama.
Mesyuarat turut membincangkan cadangan penyediaan aktiviti menerusi takwim tahunan bagi memastikan penyelarasan bersama antara biro-biro Wanita PERKIM dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Perbincangan yang diadakan mencerminkan usaha berterusan Wanita PERKIM Kebangsaan untuk memperkemas perancangan aktiviti, memperkukuh penyelarasan antara biro serta memastikan gerak kerja di peringkat kebangsaan, bahagian dan cawangan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun.