PSSCM Pusat Latihan Selayang

Call Directions Website Contact the organization

PSSCM Pusat Latihan Selayang Silat Cekak merupakan seni bela diri Melayu yang asli berasal daripada Kedah, dan pernah diamalkan oleh panglima2 kanan Kerajaan Negeri Kedah dahulu kala.

Ditubuhkan sejak 1965.

SEMUA ORANG BOLEH BERUBAH“Silat Cekak Malaysia Membina Keberanian, Bukan Keganasan”Pernah memilih untuk menyakiti.Pernah...
06/10/2026

SEMUA ORANG BOLEH BERUBAH

“Silat Cekak Malaysia Membina Keberanian, Bukan Keganasan”

Pernah memilih untuk menyakiti.
Pernah menganggap buli itu sekadar gurauan.
Namun, sedar bahawa setiap perbuatan ada akibatnya.

Berubah bukan bermaksud melupakan kesalahan, tetapi memilih untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

Dan kadang-kadang, perubahan itu bermula dengan satu langkah kecil.

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian insan tersayang.إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إ...
28/09/2026

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian insan tersayang.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا، وَارْحَمْهَا، وَعَافِهَا، وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah tempat persinggahannya dan lapangkanlah tempat masuknya.”
Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkan beliau dalam rahmat serta kasih sayangNya.

SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERDUKA.

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya atas pemergian
Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali,
isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Seluruh warga PSSCM mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan solehah.

Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.

Ikhlas daripada:
YBhg. Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah
Guru Utama & Presiden PSSCM
serta seluruh Barisan Jawatankuasa Pusat dan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,*PROGRAM BERJALAN SANTAI 1.0, HARI MALAYSIA 2026*📆 *26 September 2026 (Sabtu)...
28/09/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

*PROGRAM BERJALAN SANTAI 1.0, HARI MALAYSIA 2026*

📆 *26 September 2026 (Sabtu)*
⏰ *7.00 pagi – 12.00 tengah hari*
📍 *Sekitar Kampung Selayang Lama*

Alhamdulillah, PSSCM Pusat Latihan Selayang telah dijemput oleh pihak Penganjur iaitu Persatuan Penduduk Kampung Selayang Lama untuk bersama-sama membantu menjayakan Program Berjalan Santai 1.0, Hari Malaysia 2026.

Program telah berlangsung di sekitar Kampung Selayang Lama dengan melibatkan beberapa lokasi iaitu KAFA Nur Saadah, Sekolah Kebangsaan Kampung Selayang Lama, Masjid Anas dan Dewan Komuniti Kampung Selayang Lama.

Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Idawatie binti Pariman, Ahli Lembaga Penasihat DBKL.

PSSCM Pusat Latihan Selayang bersama pihak Masjid Anas telah membantu dalam penyediaan juadah ringan serta mengendalikan permainan tradisional seperti jentik getah, baling tin dan baling getah untuk para peserta dan komuniti setempat.

Selain itu, PSSCM Pusat Latihan Selayang turut dijemput untuk mengadakan demonstrasi persembahan silat bermuzik di Dewan Komuniti Kampung Selayang Lama.

Seramai kira-kira 10 orang ahli PSSCM Pusat Latihan Selayang dan 8 orang skuad demonstrasi telah hadir bagi membantu serta menjayakan program ini.

Penglibatan ini merupakan salah satu usaha PSSCM Pusat Latihan Selayang dalam menjalinkan hubungan dan kerjasama strategik bersama pihak masjid, persatuan penduduk serta komuniti setempat, selaras dengan misi, visi dan strategi PSSCM dalam memberi khidmat serta manfaat kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, pihak Masjid Anas serta semua pihak yang terlibat atas ruang, kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Terima kasih juga buat semua ahli PSSCM Pusat Latihan Selayang dan skuad demonstrasi yang telah memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.

Terima kasih semua!




15/09/2026

*KAMI MENCARI ANDA UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA SILAT CEKAK MALAYSIA!*

Bina keyakinan diri, disiplin dan jati diri anda dan anak-anak sejak kecil 💪

📌 Terbuka kepada:
👦 Tunas (7 – 15 tahun)
🧑 Dewasa (16 tahun ke atas)

✨ *“OUR SAFETY IN OUR HANDS!”* ✨

Latihan bukan sekadar seni mempertahankan diri,
tetapi membentuk sahsiah dan peribadi diri.

🔗 Dapatkan maklumat terkini tentang kelas latihan:
https://forms.gle/3nv44xiwkQTYq9a9A

📲 Sebarang pertanyaan sila hubungi:

📞 *Cikgu Hilmi*
https://wa.me/60196451327?text=JomSilat

📞 *Amir Hamzah*
https://wa.me/60192555686?text=JomSilat

📞 *Siti Rashidah*
https://wa.me/601155236855?text=JomSilat

16/07/2026
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangk...
16/07/2026

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta keluarga & KDPB Pemangku Raja Pahang ke Program Kunjungan Muhibbah DiRaja.

Silat Cekak:
Dari Istana ke Jiwa Bangsa.

Silat Cekak:
Adat dijunjung, Daulat disanjung.

Silat Cekak:
Silat DiRaja, Bangsa Berdaulat.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

16/06/2026

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YTM Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku Sarafudin Badlishah atas kejayaan menamatkan pengajian serta menerima pengiktirafan sebagai Ontario Scholar sempena Majlis Graduasi ke-70 Canadian International Matriculation Programme (CIMP) di Sunway College, semalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman telah perkenan berangkat ke majlis tersebut bagi meraikan kejayaan YTM Tunku Sulaiman.

Turut berangkat ke majlis yang sama ialah DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah, serta DYTM Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YTM Tunku Sulaiman Badlishah atas kejayaan yang membanggakan ini.

Semoga pencapaian tersebut menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Sumber 📸 : Kedah Royal Family





JEMPUTAN DEMONTRSASI SILAT DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD16 Mei 2026, Sabtu, 29 Zulkaedah 1447HAlhamduLilla...
21/05/2026

JEMPUTAN DEMONTRSASI SILAT DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD

16 Mei 2026, Sabtu, 29 Zulkaedah 1447H

AlhamduLillah dengan kehendak dan izin Allah, syafaat Nabi Muhammad SAW, berkat guru-guru, keramah dan hikmah kedua ibu bapa, telah selesai persembahan Demonstrasi Silat di KUIZM Sabtu lalu.

Persembahan demonstrasi terdiri daripada 5 orang lelaki dan 4 orang wanita daripada kelas Kg. Selayang Lama. Persembahan skuad demonstrasi telah ketuai oleh En Khalil Gibran bin Safian.

Diharapkan persembahan demonstrasi pada kali ini dapat menarik minat kepada penonton untuk mempelajari seni mempertahankan diri serta kepentingan dalam menjaga diri.

Sekian terima kasih.



MAJLIS PENERANGAN DAN DEMONTRASI PSSCM PUSAT LATIHAN SELAYANG18 Mei 2026, Isnin, 1 Zulhijjah 1447HAlhamduLillah dengan k...
21/05/2026

MAJLIS PENERANGAN DAN DEMONTRASI PSSCM PUSAT LATIHAN SELAYANG

18 Mei 2026, Isnin, 1 Zulhijjah 1447H

AlhamduLillah dengan kehendak dan izin Allah, syafaat Nabi Muhammad SAW, berkat guru-guru, keramah dan hikmah kedua ibu bapa, telah selesai Majlis Penerangan dan Mini Demonstrasi PSSCM PL Selayang yang diadakan malam tadi di Kelas Latihan Kg Selayang Lama.

Program ini adalah sebahagian dari aktiviti yang telah disenaraikan di dalam takwim 2026 AJK PSSCM PL Selayang.

Penerangan silat cekak telah disampaikan oleh Ir Mohd Nashriq bin Zulkefle, Ketua Pengurusan PL Selayang. Persembahan dari skuad demonstrasi yang diketuai oleh En Khalil Gibran bin Safian disertai keseluruhannya oleh tenaga pengajar dan ahli-ahli tamat PL Selayang.

Seramai hampir 30 orang ibu bapa dan kanak-kanak telah hadir ke program ini.

Dari maklum balas yang diperolehi semasa jamuan ringan selepas program, ibu bapa berpuas hati dan tertarik untuk menghantar anak-anak menyertai kelas tunas.

Hasil dari majlis penerangan ini juga seramai 4 orang dewasa (3 lelaki dan 1 perempuan) telah mengisi borang permohonan.

Sesi pembelajaran bagi kemasukan ahli baharu ini akan bermula pada isnin pertama bulan Jun 2026 sementara menunggu majlis pengijazahan pertama.

Sekian laporan aktiviti PSSCM PL Selayang.

Terima kasih kepada YM Datuk Guru Utama yang telah memberi izin dan restu serta mendoakan kelancaran majlis malam tadi.

Sekian terima kasih.

21/05/2026

Address

Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 21:00 - 23:30
Wednesday 21:00 - 23:30

Telephone

+60105229700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM Pusat Latihan Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PSSCM Pusat Latihan Selayang:

Shortcuts

Sponsored

Share