Pertubuhan Kebajikan Bersatu Karisma Ukhwah BKU HQ

Call Directions Contact the organization

Pertubuhan Kebajikan Bersatu Karisma Ukhwah BKU HQ ASSALAMUALAIKUM W.B.T
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BKU ADALAH SEBUAH ORGANISASI BUKAN KERAJAAN YANG BERDAFTAR

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.Salam takziah diucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sel...
28/09/2026

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Salam takziah diucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia. Negara pastinya akan sentiasa mengenang jasa, bakti, dan kebaikan yang telah dicurahkan oleh sosok "Ibu Negara" ini sepanjang hayatnya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala khilafnya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Didoakan agar Tun Dr. Mahathir sekeluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah.🤲🏻

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.Sempena Sambutan Hari Malaysia 202...
16/09/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 ini, kami di peringkat kepimpinan dan seluruh warga kerja Pertubuhan Kebajikan Bersatu Karisma Ukhwah (BKU) & MBW Charity ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia yang tercinta di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.

Tarikh 16 September terus menjadi lambang kukuh perpaduan, titik pertemuan kepelbagaian budaya, dan semangat muhibah yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar.

Sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sentiasa komited mendekati masyarakat, kami percaya bahawa kekuatan negara ini terletak pada keprihatinan, toleransi, dan kesediaan kita untuk saling membantu tanpa mengira latar belakang.Marilah kita bersama-sama memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian, serta terus menerus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan pembangunan mampan negara.

“Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati.”
Selamat Hari Malaysia 2026!

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H. Detik ini bukan sekadar untuk memperingati, tetapi untuk menggerakkan jiwa kita ...
24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H. Detik ini bukan sekadar untuk memperingati, tetapi untuk menggerakkan jiwa kita meneladani sifat Rahmatan lil 'Alamin (rahmat seluruh alam) yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Terima kasih kepada semua penaja, rakan-rakan strategik dan sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Bersatu Karisma Ukhwah (BKU) yang sentiasa konsisten turun padang membantu masyarakat. Semoga usaha kerdil kita ini diberkati dan diredhai Allah SWT.
Sabda baginda:
"Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia."
Madani Dihayati, Ummah Diberkati.
12 Rabiulawal 1448H / 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Jom Kongsi Rezeki Sumbangan Bakul Makanan Asnaf Siri 1/2026 https://fb.me/e/ixc8UVu...
09/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Jom Kongsi Rezeki Sumbangan Bakul Makanan Asnaf Siri 1/2026 https://fb.me/e/ixc8UVuhz 🧺✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penaja khususnya Yayasan Taqwa-MAIWP, para penyumbang, seluruh warga kerja yang terlibat (team Pertubuhan Kebajikan Bersatu Karisma Ukhwah BKU HQ dan sahabat-sahabat NGO daripada NGO Walid Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Teguh Kita Menang Bersama serta tuan rumah KRT Seksyen 16 Shah Alam.

Tanpa sokongan, kerjasama, dan tenaga daripada anda semua, pastinya program murni ini tidak dapat berjalan dengan lancar.

Kami juga memohon maaf andai terdapat kekurangan sepanjang program berlangsung. Semoga setiap kebaikan, keringat, dan keikhlasan yang dicurahkan dibalas dengan rezeki yang melimpah-ruah serta diberkati Allah SWT.

Paling penting, moga ukhuwah dan semangat kerjasama kita ini terus berkekalan demi membela nasib mereka yang memerlukan. Korang memang terbaik! Tidak lupa kepada para penerima yang sudi meluangkan masa bersama-sama menjayakan program ini. Bersama kita ringankan beban sesama kita. 🤝❤️

09/08/2026
Selesai tugasan. Semalam jumpa dengan pihak SB. Harini p**a pergi tinjau lokasi program bersama pihak KRT Seksyen 16 Sha...
02/08/2026

Selesai tugasan. Semalam jumpa dengan pihak SB. Harini p**a pergi tinjau lokasi program bersama pihak KRT Seksyen 16 Shah Alam. Terima kasih kerana sudi menyambut tangan kami untuk kerjasama ini. Jumpa kita program Ahad depan🤲🌹

Di sebalik secawan minuman, terselit satu misi kebajikan..Terima kasih team SB Shah Alam..dapat juga tambah-tambah kenal...
01/08/2026

Di sebalik secawan minuman, terselit satu misi kebajikan..
Terima kasih team SB Shah Alam..dapat juga tambah-tambah kenalan kan🌹

Ramai ingat NGO cuma turun padang hulur bantuan. Hakikatnya, banyak proses yang perlu dipatuhi termasuk pemeriksaan dan ...
01/08/2026

Ramai ingat NGO cuma turun padang hulur bantuan. Hakikatnya, banyak proses yang perlu dipatuhi termasuk pemeriksaan dan semakan oleh pihak berkuasa.
Hari ini BKU melalui salah satu proses tersebut bersama Kementerian Dalam Negeri. Semoga terus diberi kekuatan untuk memikul amanah ini. ❤️

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60146061545

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Bersatu Karisma Ukhwah BKU HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Bersatu Karisma Ukhwah BKU HQ:

Shortcuts

Sponsored

Share